Skip to main content

KEMPEN BAHARU MISTER POTATO, ARTIS K-POP CHA EUN-WOO DIPILIH SEBAGAI DUTA MISTER POTATO

Berita cukup menggembirakan buat semua peminat Nunu dan AROHA.Artis K-pop Cha Eun-Woo telah dipilih sebagai duta jenama terbaharu Mister Potato dalam kempen terkini.

Kerjasama serantau terbaharu ini – Mister Potato x Cha Eun-Woo – adalah sebahagian daripada kempen sambutan ulang tahun ke-30 Mister Potato yang akan diadakan sehingga pertengahan Ogos 2022. 

Pilihan Tepat Sebagai Duta Mister Potato

Kempen ini bakal menyaksikan nama dan imej atau gambar bintang tersebut dipaparkan pada pembungkusan kerepek kentang, banner di tempat jualan serta paparan dagangan jenama Mister Potato di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand sepanjang tempoh akan datang. 

Jenama ini akan turut melancarkan cenderahati edisi terhad yang boleh ditebus di kedai dan menerusi aktiviti yang diadakan, dan juga menghadiahkan cenderahati yang ditandatangani secara eksklusif di negara-negara yang tersenarai di atas. 

Menurut Pierre Pang, Pengarah Eksekutif Kumpulan MAMEE-Double Decker, kesudian Cha Eun-Woo dalam ‘keluarga Mister Potato’ sangat bermakna. 

“Populariti Cha di pentas seni juga cukup mengagumkan. Beliau disukai peminat kerana mempunyai bakat yang luar biasa, sangat versatile. Cha adalah pilihan duta jenama yang paling sesuai.Tambahan pula beliau mengamalkan gaya hidup yang aktif.”

Cha Eun-Woo, bintang Korea daripada kumpulan Astro yang mempunyai bilangan peminat dan pengikut setia yang ramai di pasaran utama di serata Asia Tenggara. 

Kerjasama antara Mister Potato dan bintang berbakat ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang gemar menikmati snek supaya berusaha mengejar impian dan cita-cita mereka sebagaimana artis pujaan mereka menerusi muzik dan hiburan Korea.

Kempen Mister Potato x Cha Eun-Woo Kempen Mister Potato x Cha Eun-Woo iatu “The Ridiculous Mix”,memaparkan kaedah unik Cha mencampurkan aneka perisa dan tekstur kerepek kentang Mister Potato yang sedia ada bagi pengalaman menikmati kerepek kentang yang lain daripada yang lain. 

Sempena pelantikan duta jenama terbaharu ini, pelakon dan penyanyi pemenang anugerah tersebut akan muncul dalam tiga video – “Ridiculous Mix” yang disiarkan di halaman rasmi Mister Potato di pelbagai saluran media sosial. 

Anda mungkin pernah  mendengar tentang Gelombang Korea, tetapi Mister Potato kini memberi peluang kepada pengguna dan peminat budaya pop Korea Selatan untuk menikmati keenakan rasa Mister Potato Jinjja Syok. 

Bagi mencerminkan “Gelombang Korea”, Jinjja Syok menggandingkan kerepek kentang potongan beralun dengan perisa umami misteri untuk pengalaman yang benar-benar unik.

 “Jinjja” dalam bahasa Korea bermaksud “benar-benar”, manakala “syok” dalam bahasa santai Malaysia antara lain bermaksud “menarik hati”.  Pek edisi terhad ini dengan imej Cha akan dijual dalam set pek 65g pada harga runcit RM2.90. 

Rangkaian tersebut termasuk Mister Potato Chips, Mister Potato Crisps dan Mister Potato Crunch. Semua kerepek kentang Mister Potato diperbuat daripada kentang import dan tidak mengandungi kolesterol.

Produk-produk jenama ini dijual dalam kanister, paket dan kotak. Pilihan perisa yang disediakan termasuk: 

•     Mister Potato Crisps – Asli, Pedas & Panas, Krim Masam dan Bawang, Tomato, Barbeku dan Keju Madu, Ubi Keledek, Ubi Keledek Jagung Manis;

•     Mister Potato Chips – Asli, Pedas & Panas, Barbeku, Tomato, dan Keju Madu; 

•     Mister Potato Syok Wave Crinkle Cut Chips – Ayam Goreng Berapi, Barbeku dan Seafood; 

•     Mister Potato Crunch – Garam Himalaya, Krim Masam dan Bawang, dan Keju. 

Produk ini boleh didapati dalam pek 65g hingga 150g, kotak 100g dan kanister 125g hingga 145g dan dijual pada harga RM2.90 dan ke atas. Kesemuanya juga boleh didapati di semua pasar raya, pasar raya besar, pasar mini, kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai runcit di seluruh negara, dan juga menerusi gedung rasmi MAMEE di Lazada (https://bit.ly/3fX5hpE) dan Shopee (https://shp.ee/xim7frj).

Nak tahu lebih lanjut, layari  (www.facebook.com/misterpotatocrisps/) dan Instagram (www.instagram.com/misterpotato_my/)

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .