Skip to main content

Posts

Showing posts with the label payudara

MILIKI KOLEKSI ZERO FEEL LACE TERBAHARU DARIPADA sloggi

Sebagai wanita dah tentulah kenal dengan jenama pakaian dalam wanita yang satu ini. sloggi, menjadi salah satu jenama bra yang mampu memenuhi keperluan wanita dengan produknya yang berkualiti. Jika anda pencinta setia jenama ini, pasti tahu betapa selesanya memakai koleksi sloggi ZERO Feel yang  serupa kulit itu. Yang bestnya, sekarang ini ia telah dikemaskini dengan sentuhan feminin. Anda boleh memilikinya dalam tiga pilihan warna iaitu Indian Summer, Angora dan Hitam. Terdapat dalam empat gaya iaitu pakaian dalam gaya racer back, bralette bentuk leher V, bandeau tidak bertali dan seluar dalam jenis brief berpinggang tinggi. UTAMAKAN KESELESAAN Keselesaan kita yang memakainya menjadi perkara utama buat sloggi. Bagi menjamin keselesaan tersebut, ZERO Feel Lace menggunakan inovasi teknologi yang unik untuk menghasilkan kelembutan, keregangan 360 darjah dan kebebasan untuk bergerak. Malahan, kemasan tidak berkelim dengan teknologi dot-bonding menghalang penandaan dan kerengsaan ...

KETAHUI PUNCA SEBENAR PAYUDARA GATAL DAN SOLUSI PALING MUDAH MENGATASINYA

MASALAH PAYUDARA GATAL SERING DIALAMI OLEH MEREKA YANG KURANG MENITIKBERATKAN SOAL KEBERSIHAN PAYUDARA. MALAHAN, DIA MUNGKIN TIDAK PERNAH MERAWAT PAYUDARANYA PUN! Sungguhpun begitu, masalah payudara gatal ini boleh disebabkan kerana perubahan hormon sepanjang kehamilan atau menstruasi. Kegatalan di payudara boleh menyebabkan kita berasa tidak selesa sehingga menganggu aktiviti seharian kita. Payudara merupakan bahagian tubuh wanita yang cukup sensitif. Kebanyakan wanita yang berbadan besar atau berisi kerap mengalami rasa gatal di payudaranya. Ini adalah kerana wanita yang berpayudara besar memiliki kawasan kulit yang tertutup di bahagian bawah payudara. Kawasan tersebut membentuk lipatan dan kulit menjadi lembab kerana saling bergesel sehingga menimbulkan iritasi dan kegatalan. Okaylah, sebelum kita mengetahui cara untuk mengatasi masalah ini, ada baiknya kalau kita ketahui terlebih dahulu apa penyebab payudara gatal. 4 PENYEBAB PAYUDARA GATAL PEMAKAIAN BRA Ada yang mengalami rasa gat...

MALU PAYUDARA BESAR? CUBA CARA MENGECILKAN PAYUDARA PALING BERKESAN INI!

Bagi yang mempunyai ukuran payudara yang agak besar dan nampak kendur sudah pasti mencari tip atau cara mengecilkan payudara. Mempunyai payudara yang terlalu besar juga boleh menimbulkan beberapa masalah pada tubuh. Sakit belakang kerap dialami oleh wanita yang berpayudara besar. Ini adalah kerana adanya tekanan pada tulang belakang yang lebih besar. Lipatan pada kulit bawah payudara juga akan menimbulkan kegatalan. Bukan itu sahaja, ada ramai wanita yang mempunyai payudara besar juga berasa tidak selesa, malu serta hilang keyakinan diri. Ada banyak faktor yang menyebabkan ukuran payudara lebih besar. Salah satunya adalah faktor berat badan. Berat badan yang berlebihan boleh membuatkan ukuran atau saiz payudara kita menajdi lebih besar. Kemungkinan, ada banyak lemak yang tersimpan di kawasan tersebut. Oleh sebab itulah apabila kita mempunyai kelebihan berat badan,bermakna kita perlu berusaha untuk menurunkan berat badan. Di mana ukuran payudara akan susut seiring dengan penurunan berat...

7 CARA TERBAIK BANTU WANITA CEGAH KANSER PAYUDARA

Salah satu cara yang sangat efektif untuk cegah kanser payudara adalah dengan mengubah gaya hidup sihat. Penyakit kanser payudara ini biasanya terjadi kerana beberapa punca seperti faktor genetik, terdedah kepada bahaya kimia dan gaya hidup yang kurang sihat. Ia menyebabkan kanser berkembang dengan pesat ketika memasuki usia menopaus. Apapun sebagai wanita, kita juga pasti mahukan bentuk badan yang cantik dan menarik serta tidak mengalami gangguan kesihatan atau penyakit yang mengancam nyawa seperti #kanser payudara. Jadi, salah satu cara terbaik untuk menghindari atau cegah kanser payudara adalah dengan mengurangkan risikonya dari sekarang! KETAHUI 6 TANDA AWAL KANSER PANGKAL RAHIM YANG PERLU KITA AMBIL PEDULI. [btn text=” JOM LIKE & SHARE MAMANET (FANPAGE MAJALAH HARIAN WANITA) ” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] CARA TERBAIK UNTUK CEGAH KANSER PAYUDARA: LAKUKAN PEMERIKSAAN...

5 TANDA ANDA PERLU TUKAR BRA BARU DENGAN SEGERA!

Masih ramai di antara kita yang belum tahu apakah saat yang tepat untuk mengganti atau tukar bra kita itu dengan yang baru. Memakai bra atau coli yang tepat dan selesa sememangnya mempengaruhi kesihatan payudara. Jadi, sebagai wanita yang sentiasa sibuk kita perlulah tahu peraturan pemakaian bra atau baju dalam wanita dengan betul. Sebaiknya bra ditukar setiap 3-4 bulan. Ini adalah kerana bra yang kita pakai itu akan meregang dari masa ke semasa. Lebih-lebih lagi kita telah memakainya hampir 12 jam sehari, 3-4 hari dalam seminggu selama empat bulan. Bermakna, lebih dari 10 ribu jam masa yang telah kita habiskan dengan memakai bra. Lama kelamaan bentuk bra kita itu pasti akan berubah dan tidak boleh lagi menyokong payudara kita dengan baik atau sempurna. Selain itu, ada beberapa petanda lain yang menunjukkan kita perlu segara mengganti bra. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita”...

6 Khasiat Bawang Putih

MAMANET percaya, tentu ramai yang tidak menyukai bawang putih. Tambahan pula dengan baunya yang menyengat. Tetapi, khasiat bawang putih cukup hebat untuk kesihatan dan juga kecantikan kita.  

Cara tambah susu ibu yang perlu anda tahu

CARA tambah susu ibu. Ramai ibu yang menyangka susu mereka perlu ada terlebih dahulu sebelum bayi menghisap. Sebenarnya bukan semua ibu bertuah mempunyai susu yang banyak sejak awal. Ada ibu yang perlu bekerja keras dengan memujuk bayi mereka menghisap bagi merangsang susu. Ikuti panduan cara tambah susu ibu yang diberi oleh kaunselor Laktasi, Puan Zaleha Mustafa di bawah ini.

Cara Besarkan Payudara - 5 langkah berkesan

Payudara merupakan simbol kewanitaan yang menjadi  anugerah Tuhan yang tidak ternilai buat kaum wanita. Sekiranya anda tidak mempunyai saiz payudara idaman, jangan kecewa. Anda boleh berusaha mencantikkan diri anda dengan mencuba 5 cara besarkan payudara semulajadi ini.