Skip to main content

Cara tambah susu ibu yang perlu anda tahu

cara menambah susu ibuCARA tambah susu ibu. Ramai ibu yang menyangka susu mereka perlu ada terlebih dahulu sebelum bayi menghisap. Sebenarnya bukan semua ibu bertuah mempunyai susu yang banyak sejak awal. Ada ibu yang perlu bekerja keras dengan memujuk bayi mereka menghisap bagi merangsang susu. Ikuti panduan cara tambah susu ibu yang diberi oleh kaunselor Laktasi, Puan Zaleha Mustafa di bawah ini.

Penyusuan susu ibu adalah proses supply and demand – susu dihasilkan mengikut permintaan. Semakin banyak susu dikeluarkan (melalui hisapan bayi atau perahan), semakin banyaklah susu dihasilkan. Saiz payudara atau keadaan puting payudara tidak mempengaruhi sedikit atau banyaknya susu yang dihasilkan.

 

Bagaimana cara tambah susu ibu boleh merangsang pengeluaran susu ibu?

 

 

https://www.facebook.com/136562643087710/videos/951531784924121/

 

Apabila bayi menyusu, hisapannya akan merangsang saraf pada puting dan aerola, yang akan menghantar signal ke kelenjar pituitari di otak untuk mengeluarkan hormon prolaktin dan oksitosin.

 

Prolaktin membolehkan alveoli menukar protin dan gula dalam darah untuk menjadi susu, manakala oksitosin membolehkan sel-sel di sekitar alveoli bertindak balas untuk menghantar susu ke saluran susu (duct) (contract and eject your milk down the milk ducts).

 

Bayi akan menerima susu dari proses pancutan susu (let down) ini. Begitulah seterusnya proses hisapan bayi akan menggalakkan pengeluaran susu.

 

 

Indahnya aturan Pencipta susu ni kan. Tiada alat yang mampu meniru hisapan bayi (kaedah semulajadi yang diciptakan Tuhan) untuk merangsang pengeluaran susu.

 

cara tambah susu ibuJadi, jika ibu-ibu (rasa) kekurangan susu, hanya tambahkan kekerapan menyusu atau kekerapan memerah susu sebagai cara tambah susu ibu.

Saya pernah mengalami kekurangan susu setelah anakanda puteri berumur 5 bulan lebih. Itu normal kerana bayi sudah mula menghampiri fasa untuk diperkenalkan solid food dan fasa perubahan hormon ibu itu sendiri. Ditakdirkan beliau mengalami chicken pox, jadi saya ambil cuti dan kerjanya mengempeng je lah. Alhamdulillah dalam tempoh seminggu, saya dapat buat stok susu perahan tambahan.

 

Jangan anggap susu kita macam air paip ya. Ia akan bertambah sedikit demi sedikit. Usah terpengaruh dengan impian memenuhkan peti sejuk beku dengan susu perahan dalam kadar singkat. Bukanlah bermakna saya tidak menggalakkan ibu-ibu memerah susu. Bersederhana dan ikut keperluan itu lebih baik. Kerana ada ibu yang stres tengok susu ibu-ibu lain penuh satu peti sejuk. Gambar iklan banyak macam tu kan?

 

Ada ibu-ibu yang perlu stok susu lebih banyak kerana anaknya memang high demand atau rutin kerja yang tidak menentu. Fahami corak penyusuan anak kita.

 

Serahkan sepenuhnya kepada yang Maha Pencipta susu itu. Itu rezeki kita dan anak. Tidak mustahil susu penuh satu peti sejuk terpaksa dibuang begitu sahaja. Ada kes blackout, maid tertutup suis, peti ais rosak dan lain-lain. Syukur dengan apa yang kita dapat dan usaha yang mampu kita buat.

 

Jika ada isu atau cabaran cara tambah susu ibu, insya-Allah ada penyelesaiannya. Pastilah Tuhan telah cukupkan rezeki susu untuk anak kita. Tinggal tugas kita untuk berdoa, cari ilmu dan usaha sehingga sempurna penyusuan susu ibu ini selama 2 tahun sebagaimana yang termaktub dalam Al Qur’an.

“If you want something bad enough you will find a way to make it work”
— Jennifer, The Relaxed Homeschool!

 

Teks: Zaleha Mustapha

Dipetik dengan izin dari zaleha-mustapha.blogspot.my

Ikuti kami di facebook dengan klik sini dan like page mamanet@harianwanita

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .