Baru-baru ini, lebih 200 orang kanak-kanak dari rumah anak-anak yatim di sekitar Johor bersama-sama Paddle Pop dan LEGOLAND® Malaysia Resort telah memanfaatkan 8,000 batang aiskrim bagi membina Replika Ais Krim Terbesar Menggunakan Bahan Kitar Semula. Replika aiskrim menakjubkan ini dianjurkan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, yang mana ianya telah berjaya disenaraikan ke dalam Malaysia Book of Records. Bertemakan seni mesra alam, Paddle Pop telah membina rangka replika aiskrim tersebut. Anak-anak yatim berkenaan kemudiannya berusaha mengumpul batang-batang aiskrim menerusi beberapa siri permainan yang menyeronokkan. Batang aiskrim berkenaan kemudiannya diwarnakan bagi menghasilkan replika aiskrim yang bertemakan pelangi. Replika aiskrim terbesar berukuran 3.2 meter tinggi, 1.2 meter lebar dan berkedalaman 0.1 meter (11 kaki x 4 kaki) itu ditempatkan di LEGOLAND® Malaysia Resort di Iskandar Puteri. Struktur aiskrim bertemakan pelangi itu dipilih kerana ia melambangkan Papple Pop sebaga...