Skip to main content

REPLIKA AIS KRIM TERBESAR MENGGUNAKAN BAHAN KITAR SEMULA

Baru-baru ini, lebih 200 orang kanak-kanak dari rumah anak-anak yatim di sekitar Johor bersama-sama Paddle Pop dan LEGOLAND® Malaysia Resort telah memanfaatkan 8,000 batang aiskrim bagi membina Replika Ais Krim Terbesar Menggunakan Bahan Kitar Semula.

Replika aiskrim menakjubkan ini dianjurkan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, yang mana ianya telah berjaya disenaraikan ke dalam Malaysia Book of Records. Bertemakan seni mesra alam, Paddle Pop telah membina rangka replika aiskrim tersebut.

Anak-anak yatim berkenaan kemudiannya berusaha mengumpul batang-batang aiskrim menerusi beberapa siri permainan yang menyeronokkan. Batang aiskrim berkenaan kemudiannya diwarnakan bagi menghasilkan replika aiskrim yang bertemakan pelangi.

Bahan Kitar Semula

Replika aiskrim terbesar berukuran 3.2 meter tinggi, 1.2 meter lebar dan berkedalaman 0.1 meter (11 kaki x 4 kaki) itu ditempatkan di LEGOLAND® Malaysia Resort di Iskandar Puteri.

Struktur aiskrim bertemakan pelangi itu dipilih kerana ia melambangkan Papple Pop sebagai jenama aiskrim terkenal dalam kalangan kanak-kanak.

Bahan Kitar Semula

Mencipta pengalaman yang bermanfaat dengan bahan kitar semula

Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Shiv Sahgal turut teruja melihat anak-anak ini begitu tekun dan bersungguh sewaktu membina replika aiskrim tersebut.

“Mereka kelihatan sangat gembira kerana dapat mengambil bahagian di dalam aktiviti ini untuk mengitar dan mengguna semula barang-barang yang biasa ditemui daripada dibuang begitu sahaja. Hari Kanak-Kanak Sedunia mengingatkan kami untuk terus menyediakan peluang supaya kanak-kanak ini dapat bermain dan mencipta pengalaman yang bermanfaat.  Pengalaman ini dapat membantu mereka memahami peranan yang boleh dimainkan oleh semua pihak dalam melindungi alam sekitar.”

 Bahan Kitar Semula

Kekal Di Legoland® Malaysia Resort

Replika berkenaan akan dikekalkan di LEGOLAND® Malaysia Resort sebagai peringatan kepada kanak-kanak lain setiapkali berkunjung ke taman tema LEGOLAND®”.

Rekod berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Operasi, Penyelidikan dan Pemasaran, Malaysia Book of Records Sdn Bhd, Edwin Yeoh Tiong Chin kepada Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Shiv Sahgal, dan disaksikan oleh Pengarah Jualan dan Pemasaran LEGOLAND® Malaysia Resort, Thila Munusamy

Bahan Kitar Semula

“Saya amat gembira kerana Paddle Pop dan LEGOLAND® Malaysia Resort telah berjaya mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records dengan bantuan kanak-kanak ini. Pada masa sama, memupuk kesedaran tentang kebaikan mengitar semula. Kami amat berbesar hati kerana diberi pengiktirafan serta anugerah ini. Ia menyemarakkan lagi semangat kami untuk terus berusaha memupuk kesedaran mengenai alam sekitar ke dalam diri kanak-kanak secara lebih menyeluruh. Ini turut melambangkan kanak-kanak untuk terus bergembira sementara mereka masih kecil dan juga berteraskan kepercayaan jenama Paddle Pop iaitu ‘Let Kids be Kids’,” tambah Shiv.

Menurut Pengarah Jualan dan Pemasaran LEGOLAND® Malaysia Resort, Thila Munusamy,  kolaborasi bersama Paddle Pop ini amat penting supaya mereka berterusan dapat memberi kegembiraan kepada kanak-kanak.

Bahan Kitar Semula

“Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan pembelajaran yang menyeronokkan, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk bermain dan berkembang melalui bermain. Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia tahun ini amat bermakna kerana kami dapat berkongsi pengalaman memecah rekod dengan membina replika aiskrim terbesar menggunakan bahan kitar semula bersama-sama dengan kanak-kanak dari rumah anak-anak yatim. Kegembiraan yang terpancar di wajah mereka menjadi bukti bahawa kami telah berjaya mencipta satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk mereka.”

Bahan Kitar Semula

Sepanjang  aktiviti Hari Kanak-Kanak Sedunia berlangsung, kesemua 246 kanak-kanak ini telah dibawa untuk merasai pengalaman yang mengujakan di taman tema LEGOLAND® Malaysia Resort.

“Kami amat berbesar hati kerana dijemput oleh Paddle Pop untuk menyertai acara ini. Ia merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan di samping penuh dengan ilmu pengetahuan yang sangat bermakna buat anak-anak ini,” jelas Datuk Haji Mohamad dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kota Tingg, merupakan penjaga salah sebuah rumah anak yatim   yang mengambil bahagian dalam pembinaan Replika Ais Krim Terbesar Menggunakan Bahan Kitar Semula itu.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .