PADA BULAN PUASA INI TENTU RAMAI DI ANTARA KITA YANG MENGALAMI MASALAH BIBIR KERING DAN PECAH-PECAH. INI ADALAH KERANA KETIKA BERPUASA TUBUH KITA CENDERUNG KEKURANGAN CECAIR. Apakah cara terbaik atau paling berkesan untuk mengatasi masalah bibir kering ini? Merawat bibir dengan cara yang betul merupakan kunci bagi mendapatkan bibir yang cantik dan sihat pada bulan puasa. Bibir kering pasti sangat menganggu penampilan kita. Memandangkan di bulan puasa tentulah tak banyak perkara yang boleh kita lakukan selagi belum sampai waktu berbuka puasa. ADA 8 PERKARA YANG BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH BIBIR KERING DAN PECAH MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA Air masak sangat berguna untuk mengembalikan cairan dalam badan sehingga bibir menjadi lebih lembab. Ketika bersahur dan berbuka puasa, pastikan kita mengambil air masak secukupnya. Ia mampu membantu kita mengatasi bibir kering. KURANGKAN PENGAMBILAN MAKAN PEDAS DAN MASIN Selain boleh...