Telur ayam dikenali sebagai makanan yang memiliki sumber protein yang sangat tinggi. Menurut pakar pemakanan, telur adalah makanan yang paling padat gizi. Kandungan gizi telur antaranya adalah mengandungi 90% kalsium, mineral, 6 gram protein dan asid amino esensial dalam putih telur. Manakala zat besi terdapat dalam kuning telur. Ia boleh dianggap sebagai makanan SUPER kerana ia dapat meningkatkan sistem imun, mencegah kanser dan mengatasi obesiti. BACA: RESEPI SIHAT SALAD TELUR REBUS TELUR AYAM! INI 5 ALASAN KENAPA ANDA HARUS MENIKMATINYA 1. Kandungan Vitamin yang tinggi Sebiji telur kecil mengandungi beberapa vitamin penting iaitu: Vitamin B2 yang membantu tubuh memecah makanan menjadi energi; Vitamin B12 yang sangat penting untuk memproduksi sel darah merah; Vitamin A yang sangat baik untuk penglihatan; Vitamin D yang membuat tulang, gigi kekal kuat dan sihat; Vitamin E yang berperang melawan radikal bebas punca kerosakan jaringan sel dan menyebabkan kanser; Vitamin A dan B12 y...