Skip to main content

NAK KURUS CEPAT? BACA DULU EFEK BURUK DIET RENDAH KARBOHIDRAT INI!

DIET RENDAH KARBOHIDRAT ADALAH DIET YANG MENGAWAL ATAU MENGURANGKAN SEBARANG BENTUK MAKANAN BERKARBOHIDRAT SEPERTI NASI, KENTANG, ROTI DAN GULA.

 

Diet rendah karbohidrat ini dikatakan lebih baik daripada diet rendah lemak. Sungguhpun begitu, tidak ramai yang tahu efek jangka panjang dari diet rendah karbon ini boleh mengundang maut!

 

Ketika seserang menghadkan pengambilan karbohidrat seperti roti, serial dan buah boleh menyebabkan kanser, penyakit jantung dan diabetis.

 

Tidak menjamah sebarang makan berkarbohidrat  juga membuatkan kita kehilangansesuatu yang sebenarnya bagus untuk menjaga kesihatan badan kita.

 

Selain lemak dan protein, karbohidrat juga merupakan sumber energi utama bagi badan kita. Itulah sebabnya tubuh kita memilih karbohidrat untuk memenuhi keperluan energi.

 

Dengan melakukan diet tersebut kita akan kehilangan sejumlah nutrisi semulajadi  dan jika ia berlangsung dalam tempoh yang panjang sudah tentu membahayakan kesihatan tubuh.

 

diet rendah karbohidrat

BERIKUT ANTARA EFEK NEGATIF DARIPADA DIET RENDAH KARBOHIDRAT YANG PERLU KITA KETAHUI:

 

  1. KEPALA PENING DAN TUBUH KURANG BERMAYA

Di awal proses pembakaran lemak tubuh akan kehilangan energi dan boleh menimbulkan beberapa gangguan kesihatan seperti pening kepala, penat dan susah melelapkan mata.

diet rendah karbohidrat

  1. SEMBELIT

Disebabkan kehilangan sumber-sumber serat yang disediakan oleh karbohidrat, sistem penghadaman kita akan bekerja lebih gigih.

 

Ianya akan membuatkan kita sukar untuk membuang air besar dan sembelit kerana kurangnya pengambilan serat dalam badan. Ini bermakna tubuh  menjadi lebih sukar untuk menghadamkan makanan yang mana pada akhirnya akan membahayakan kesihatan kita.

diet rendah karbohidrat

 

  1. CEPAT LUPA

Menghapuskan atau mengurangkan pengambilan karbohidrat lama kelamaan boleh menyebabkan turunnya daya ingatan atau pelupa pada seseorang.

 

Jika pengambilan karbohidrat berkurangan, pengeluaran gula juga akan berkurang. Ini membuatkan otak yang berfungsi menjadi lebih lambat. Keadaan inilah yang menyebabkan daya ingatan dan kosentrasi untuk lebih fokus menjadi berkurangan.

diet rendah karbohidrat

 

  1. RISIKO KOLESTEROL TINGGI

Efek lain yang boleh ditimbulkan kerana kita mengamalkan diet rendah karbon ini adalah risiko kolesterol tinggi.

 

Perkara ini disebabkan kerana pengambilan lemak dan protein yang berlebihan selama diet ini menyebabkan kadar kolesterol meningkat dalam darah.

diet rendah karbohidrat

 

  1. MEROSAKKAN BUAH PINGGANG

Diet rendah karbohidrat juga boleh merosakkan buah pinggang. Dengan pengambilan protein yang banyak, bermakna ia akan membuatkan buah pinggang bekerja dengan lebih kuat.

 

Jika diet rendah karbohidrat ini terus berlangsung dalam jangkamasa panjang, bermakna semakin tinggi kadar protein yang masuk ke dalam tubuh.

 

Secara tak langsung ia akan memperberatkan lagi tugas buah pinggang, dan mungkin akan merosakkan fungsi buah pinggang.

diet rendah karbohidrat

 

Itulah beberapa bahaya yang mennati apabila kita mengamalkan diet rendah karbohidrat yang ketat. Disarankan agar makanan kaya karbohidrat yang rendah gula dan mengandungi  serat yang tinggi diambil pada setiap hari.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...