Skip to main content

Posts

Showing posts with the label dUCk

Cadbury Dairy Milk Dan MYDIN Lakar Nama Dalam Malaysia Book of Records

Cadbury Dairy Milk dengan kerjasama MYDIN berjaya melaksanakan program Kuih Raya Dari Hati di empat lokasi terpilih seluruh negara. Menerusi program ini, Cadbury Dairy Milk telah berkongsi kemanisan Ramadan bersama rakyat Malaysia untuk turut sama mencipta kenangan dengan membuat kuih Tart Cadbury dan berkongsi kebaikan untuk disumbangkan kepada badan kebajikan melalui MYDIN Prihatin. Kempen Kuih Raya Dari Hati bersama Cadbury Dairy Milk Matlamat utama kempen Kuih Raya Dari Hati adalah untuk berkongsi kebaikan Ramadan dengan menyumbangkan kuih tart yang dihasilkan bersama kepada komuniti yang memerlukan. Dengan sokongan daripada chef selebriti Dato’ Fazley Yaakob, Sue Razip dan Mohd Shafiq bin Zulkarnain, (juga dikenali sebagai shafiquecute) rakyat Malaysia dapat mengeratkan ikatan silaturahim dan berjaya menghasilkan sebanyak 26,550 kuih Tart Cadbury. “Kami tersentuh hati dan berasa bangga dengan sambutan daripada rakyat Malaysia yang menunjukkan sifat pemurah dengan menyumbangkan ma...