Skip to main content

Cadbury Dairy Milk Dan MYDIN Lakar Nama Dalam Malaysia Book of Records

Cadbury Dairy Milk

Cadbury Dairy Milk dengan kerjasama MYDIN berjaya melaksanakan program Kuih Raya Dari Hati di empat lokasi terpilih seluruh negara. Menerusi program ini, Cadbury Dairy Milk telah berkongsi kemanisan Ramadan bersama rakyat Malaysia untuk turut sama mencipta kenangan dengan membuat kuih Tart Cadbury dan berkongsi kebaikan untuk disumbangkan kepada badan kebajikan melalui MYDIN Prihatin.

Kempen Kuih Raya Dari Hati bersama Cadbury Dairy Milk

Matlamat utama kempen Kuih Raya Dari Hati adalah untuk berkongsi kebaikan Ramadan dengan menyumbangkan kuih tart yang dihasilkan bersama kepada komuniti yang memerlukan. Dengan sokongan daripada chef selebriti Dato’ Fazley Yaakob, Sue Razip dan Mohd Shafiq bin Zulkarnain, (juga dikenali sebagai shafiquecute) rakyat Malaysia dapat mengeratkan ikatan silaturahim dan berjaya menghasilkan sebanyak 26,550 kuih Tart Cadbury.

Cadbury Dairy Milk

“Kami tersentuh hati dan berasa bangga dengan sambutan daripada rakyat Malaysia yang menunjukkan sifat pemurah dengan menyumbangkan masa, tenaga serta keprihatinan untuk berkongsi keceriaan bersama golongan yang memerlukan. Kami juga berterima kasih kepada MYDIN selaku penganjur yang banyak memberi sokongan serta dedikasi sepanjang program ini berlangsung. Acara ini membuktikan bahawa kebahagiaan boleh dikongsi melalui sumbangan dan dapat memberikan impak positif kepada komuniti,” kata Narmeen Khan, Pengarah Urusan Mondelēz International Malaysia & Singapore.

“Kami di MYDIN amat berbesar hati dapat bekerjasama dalam kempen Kuih Raya Dari Hati bersama Cadbury Dairy Milk untuk menjadikan Ramadan ini suatu kenangan bermakna buat komuniti yang memerlukan melalui MYDIN Prihatin. Hasilnya, sebanyak 26,550 kuih tart Cadbury berjaya disalurkan kepada 21 badan dan rumah kebajikan yang  memberikan manfaat kepada lebih 900 penghuni. Kempen ini memberi peluang kepada rakyat untuk turut serta dalam kebajikan sambil meluangkan masa bersama insan tersayang,” kata Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN).

Artikel Lain: “The ideal companion for any kitchen”

Cadbury Dairy Milk

Majlis keraian kejayaan penghasilan kuih tart Cadbury yang banyak dalam jangka masa yang singkat telah diadakan di pejabat Mondelēz International pada 7 April yang lalu. Sijil pencapaian telah disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Siti Nurhanim Mohd Noh dan Siti Hajar Johor kepada Narmeen Khan. Turut hadir wakil MYDIN iaitu, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin dan Pengarah Eksekutif MYDIN, Datin Wira (Dr) Hajah Siti Hawa Mohd bersama chef selebriti Sue Razip dan Mohd Shafiq Zulkarnain. Tidak ketinggalan, pengacara majlis iaitu Nazrudin Rahman dan Chris MJ yang memeriahkan lagi suasana majlis tersebut. 

Dapatkan peluang untuk menebus barangan eksklusif dUCk x Cadbury Dairy Milk seperti tudung eksklusif, apron, sarung tangan ketuhar, set membuat kuih raya atau baucar diskaun dUCk dengan setiap pembelian produk Cadbury Dairy Milk bernilai minimum RM15 dalam satu resit. Dapatkan maklumat lanjut mengenai tempoh penebusan di seluruh negara hingga 30 April ini dengan melayari https://bit.ly/CDMRaya23

Maklumat lanjut mengenai Cadbury Dairy Milk Malaysia boleh didapati di laman Facebook https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .