SAMA ADA ANDA YANG MAHU BALIK KAMPUNG ATAUPUN BERKONVOI MENZIARAHI SANAK SAUDARA, MASALAH MENGANTUK MEMANG BAHAYA. JOM IKUTI CARA ELAK MENGANTUK SEBELUM KERANA MALANG TAK BERBAU. Apatah lagi bila memandu dalam keadaan perut kenyang selepas sakan beraya. Memang mencabar! Rasa nak tongkat aje mata tu kan? Biarpun rasa mengantuk itu adalah salah satu tindakbalas yang semulajadi dan sering dialami oleh ramai orang, tetapi jika rasa mengantuk itu berlebihan dan tidak kena pada tempat serta waktunya, boleh juga menimbulkan banyak masalah. Tambahan pula jika kita sedang memandu kenderaan untuk perjalanan jauh. Memandu dalam keadaan yang mengantuk sangat berbahaya dan kebanyakan pemandu terutama lelaki mengakui pernah mengalami microsleep ketika memandu. Jangan dibuat main. Banyak kemalangan berpunca daripada masalah terlelap seketika ini. APA ITU MICROSLEEP? Microsleep adalah suatu keadaan di mana kita tertidur atau terlelap seketika, selama 5-10 saat. Dalam tempoh micros...