Kembung perut kerap terjadi terutama di kalangan mereka yang sudah berusia. Apakah cara yang bagus untuk mengatasinya. Baca sampai habis ya! Apakah cara terbaik untuk mengatasi kembung perut? Masalah ini kerap terjadi akibat saluran pencernaan dimasuki udara atau gas yang berlebihan sehingga menimbulkan rasa senak atau pedih hulu hati, perut membuncit dan menimbulkan rasa yang tidak selesa. Ia disebabkan oleh beberapa keadaan gangguan kesihatan seperti masuk angin,gastrik, sehingga kekurangan enzim. Selain itu, penyebabnya juga boleh disebabkan pelbagai kebiasaan yang dianggap perkara biasa, seperti makan sambil berbaring setelah makan, mengambil makanan pedas dan berlemak, makan terlalu cepat atau merokok. 1. Kunyahlah Makanan Dengan Sempurna Jangan kunyah makanan dengan cepat kerana ia boleh menyebabkan kemasukkan udara yang banyak ke dalam saluran pencernaan. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan, sampai hancur supaya dapat meringankan gerak kerja saluran pencernaan. 2. Elakkan M...