Masih ramai di antara kita yang belum tahu apakah saat yang tepat untuk mengganti atau tukar bra kita itu dengan yang baru. Memakai bra atau coli yang tepat dan selesa sememangnya mempengaruhi kesihatan payudara. Jadi, sebagai wanita yang sentiasa sibuk kita perlulah tahu peraturan pemakaian bra atau baju dalam wanita dengan betul. Sebaiknya bra ditukar setiap 3-4 bulan. Ini adalah kerana bra yang kita pakai itu akan meregang dari masa ke semasa. Lebih-lebih lagi kita telah memakainya hampir 12 jam sehari, 3-4 hari dalam seminggu selama empat bulan. Bermakna, lebih dari 10 ribu jam masa yang telah kita habiskan dengan memakai bra. Lama kelamaan bentuk bra kita itu pasti akan berubah dan tidak boleh lagi menyokong payudara kita dengan baik atau sempurna. Selain itu, ada beberapa petanda lain yang menunjukkan kita perlu segara mengganti bra. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita”...