Skip to main content

Posts

Showing posts with the label holiday

MEDIA DIRAIKAN DALAM ACARA WELLNESS RETREAT SEMPENA ULANG TAHUN GUARDIAN KE-51

Oktober memang cukup meriah apabila Guardian Malaysia meraikan ulang tahun ke-51. Seperti yang dinyatakan dalam artikel sebelum ini, para media telah diraikan sempena ulang tahun ke-51 ini. Lebih hebat bila Guardian Malaysia telah mengadakan acara Wellness Retreat bersama Media dan Blogger di Melaka. Untuk makluman, sepanjang Oktober ini, semua Guardian seluruh Malaysia memberi ganjaran kepada pelanggan dengan tawaran istimewa, termasuk penjimatan atas pembelian produk terpilih. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati penjimatan hebat ini. Anda masih ada masa! Berbalik kepada acara Wellness Retreat ini, seramai 30 peserta telah dibawa bersantai ke Melaka dalam program 2 hari 1 malam ini. Kami telah dibawa dengan sebuah bas dari ibu pejabat Guardian di Shah Alam ke Philea Resort And Spa Melaka, Air Keroh Melaka. Wellness Untuk Semua Sebaik sampai, pebagai acara menarik telah disusun antaranya ialah bermula dengan acara mukadimah oleh BioEssence & Pantene. Selain penerangan mengenai ...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...