Cubalah lihat permukaan lidah bayi anda, ada kesan putih-putih pada lidahnya? Biasanya lidah putih yang terdapat pada bayi disebabkan kerana bayi mempunyai milky coating iaitu sisa-sisa susu yang membentuk lapisan putih pada permukaan lidah. Milky coating lebih jelas kelihatan apabila bayi kita kerap meminum susu. Perkara ini adalah normal, tak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana lidah putih pada bayi bukanlah kulat. Lapisan putih pada lidah bayi akan menghilang dengan sendirinya nanti apabila selalu dibersihkan. Cuma kita perlu alert jika kesan putih tersebut tidak hanya terdapat pada lidah, sebaliknya merebak ke bahagian lain. Boleh jadi si comel kita terkena infeksi kulat. Trush atau infeksi kulat pada mulut terjadi kerana kesan-kesan putih menebal atau seperti berbulu. BACA: CARA ATASI MASALAH BAYI SEMBELIT [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank...