Apa punca munculnya stretch mark (regangan berlebihan pada kulit) pada bahagian tubuh kita seperti di atas perut, paha, payudara dan juga punggung? Kesan regangan yang pada mulanya berwarna merah jambu atau ungu, lama kelamaan akan berubah menjadi warna putih atau kelabu, bergantung pada warna kulit seseorang. Masalah stretch mark ini bukan sahaja dialami oleh wanita mengandung. Jadi, adalah lebih baik jika kita ketahui punca stretch mark dan cara untuk mengatasinya. Beberapa Punca Stretch Mark Mengandung Ramai ibu mengandung yang keliru dan beranggapan stretch mark ini muncul disebabkan tabiat suka menggaru di perut atau paha. Sedangkan rasa gatal tersebut timbul sebagai petanda awal munculnya stretch mark. Ketika kulit meregang dengan cepat akibat anggota badan mengembang, lapisan tengah kulit akan menipis sehingga lapisan di bawahnya muncul ke permukaan. Keadaan inilah yang dikatakan stretch mark. Obesiti Pertambahan berat badan secara mendadak bole...