Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tanaman

KLUANG TAWAR LOKASI PERCUTIAN AGRO PELANCONGAN MENARIK

Hari ini merupakan hari ketiga, Colours of Lives Travelogue Malaysia berada di Joho r.  Seperti yang telah dijadualkan, hari ini kami akan dibawa ke tempat agro pelancongan menarik dan unik di sekitar Kluang. Kluang memang terkenal dengan bumi hijaunya yang sesuai untuk pertanian atau kini sering disebut sebagai destinasi agro pelancongan (agro tourism).   Sarapan Enak Mee Bandung Abu Bakar Hanipah Ternyata Muar bukan sahaja destinasi percutian yang menyeronokkan, kaya dengan sejarah, warisan dan budaya. Memang terdapat banyak makanan tradisional dan enak di Muar. Sebelum ke Kluang, kami singgah dahulu di restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanipah yang menjadi destinasi pertama kami menjamu selera pagi ini. Bagi yang suka makan mee bandung, anda wajib singgah ke sini. Sudahlah murah harganya, RM5 semangkuk, kuahnya pekat dan rencahnya banyak. Ada telur, daging, sayur dan juga udang kecil-kecil. Selain mi bandung, terdapat juga satay yang tidak kurang hebat kesedapannya. Rugi rasanya ka...

MARI MAKAN LENGKUAS UNTUK ELAK DARIPADA KANSER DAN NYAYUK

LENGKUAS MERUPAKAN RAMUAN WAJIB DALAM KEBANYAKAN MASYARAKAT MELAYU. BAGAIMANAPUN, IA SEMAKIN DILUPAKAN LANTARAN RAMAI YANG TIDAK TAHU MANFAATNYA. SEDANGKAN KALAU KITA TAHU PASTINYA KITA AKAN UTAMAKAN LENGKUAS DALAM MASAKAN.   Ketahuilah betapa bijaknya orang tua-tua dulu. Meskipun mereka tidak tahu mengenai kanser secara saintifik tetapi mereka pastikan bahawa dalam setiap masakan ada kunyit, halia dan lengkuas. Lengkuas ini mirip halia tetapi tektur lengkuas tua lebih keras, bau lebih kuat dan rasanya sedikit pedau/kuat. Lengkuas tua. Lengkuas kering   Ketiga-tiga rempah ratus itu sememangnya diketahui dapat membantu mengelak pelbagai penyakit. Bagaimanapun, lengkuas adalah lebih tinggi khasiatnya. Ingatlah bahawa makanan yang sihat adalah penawar kepada penyakit. Bukannya makanan punca penyakit.   Lengkuas seberat 64gram mengandungi 45 kalori dan 2 g serat. Kaya dengan sodium, zat besi, vitamin A. vitamin C, flavonoid, fitonutrien, emodin, beta-sitosterol dan querc...