Skip to main content

KLUANG TAWAR LOKASI PERCUTIAN AGRO PELANCONGAN MENARIK

Hari ini merupakan hari ketiga, Colours of Lives Travelogue Malaysia berada di Johor. Seperti yang telah dijadualkan, hari ini kami akan dibawa ke tempat agro pelancongan menarik dan unik di sekitar Kluang.

Kluang memang terkenal dengan bumi hijaunya yang sesuai untuk pertanian atau kini sering disebut sebagai destinasi agro pelancongan (agro tourism).

 

Sarapan Enak Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Ternyata Muar bukan sahaja destinasi percutian yang menyeronokkan, kaya dengan sejarah, warisan dan budaya. Memang terdapat banyak makanan tradisional dan enak di Muar. Sebelum ke Kluang, kami singgah dahulu di restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanipah yang menjadi destinasi pertama kami menjamu selera pagi ini.

agro pelancongan

agro pelancongan

Bagi yang suka makan mee bandung, anda wajib singgah ke sini. Sudahlah murah harganya, RM5 semangkuk, kuahnya pekat dan rencahnya banyak. Ada telur, daging, sayur dan juga udang kecil-kecil.

agro pelancongan

Selain mi bandung, terdapat juga satay yang tidak kurang hebat kesedapannya. Rugi rasanya kalau datang ke Muar, tak singgah merasai keenakan Mee Bandung Abu Bakar Hanipah dan juga satay yang menjadi hidangan sarapan pagi orang Muar ini.

agro pelancongan

Untuk memudahkan para peminat mi bandung, En. Abu Bakar telah menyediakan pes mi bandung segera yang boleh dijadikan buah tangan atau disediakan sendiri di rumah.

agro pelancongan

Perencah mi bandung segera turut dijual. RM10 sebekas.

Alamat: 69-A, Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor.

Beroperasi: 6 pagi – 6 petang  setiap hari, kecuali hari Jumaat (tutup).

Facebook: Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Nota Editor: Ejaan ‘mee’ mengikut Dewan Bahasa & Pustaka sebenarnya ialah ‘mi’.

 

Zenxin Organik Park – Ladang Organik Pertama Terbuka Di Malaysia

Nampaknya konsep agro pelancongan yang diterapkan di negeri Johor ini semakin mendapat perhatian pelancong tempatan dan juga luar negara.

agro pelancongan

 

Zenxin Organic Park adalah tempat sangat menarik untuk dikunjungi. Mengutip pengalaman di ladang yang mengabungkan tujuan pendidikan dan rekreasi adalah sesuatu yang cukup bermakna.

agro pelancongan

agro pelancongan

Kita boleh menghayati sendiri kehidupan sebenar dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh pihak Zenxin Organic Park ini.

agro pelancongan

agro pelancongan

Ladang seluar 100 hektar ini  yang menggunakan kaedah organik tanpa penggunaan baja kimia dan racun perosak ini menempatkan pelbagai tumbuhan herba, sayur-sayuran dan pokok buah-buahan seperti buah naga (dragon fruit).

agro pelancongan

agro pelancongan

Selain itu, terdapat juga  nurseri, rumah hijau atau green house, kolam ikan, kawasan haiwan kesayangan seperti ayam, itik dan arnab.

agro pelancongan

 

 

 

Zenxin Organic Park sangat sesuai dijadikan sebagai lokasi percutian keluarga, sambil bercuti anak-anak boleh belajar. Aktiviti yang disediakan juga banyak. Jika gemarkan aktiviti berbasikal, anda boleh menyewa basikal yang disedaikan untuk melawat sekitar taman organik ini.

agro pelancongan

Di samping berbasikal dan berjalan kaki sendiri  untuk meneroka taman ini, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan pemandu pelancong dengan jadual lawatan yang telah ditetapkan.

agro pelancongan

agro pelancongan

Zenxin Organic dibuka pada setiap hari, bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 6.30 petang. Bayaran masuk dan pembelian tiket boleh dibuat di kaunter utama, mengikut pakej-pakej yang telah disediakan.

agro pelancongan

Alamat: 47A & 47B, Batu 9, Jalan Batu Pahat, Kluang, 86000 Kluang, Johor

Laman web: Zenxin.com.my

Facebook: Zenxin Organic Farm

 

UK Farm Ladang Kambing Terbesar Di Malaysia

Selepas menghabiskan sesi lawatan di Zenxin Organic Park, kami terus ke UK Farm yang juga menjadi daya tarikan argo pelancongan.

agro pelancongan
UK Farm merupakan sebuah ladang kambing yang terbesar di Malaysia, berada di bawah Projek Pertanian Moden Kluang dan dalam naungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia.

agro pelancongan

Di sini kita dapat mengenali budaya penternakan di Malaysia dengan keluasan tanah 100 ekar dan 4000 ekor kambing itu. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di UK Farm, bukan sekadar sesi melihat kambing sahaja.

agro pelancongan

Antara aktiviti menarik adalah melawat ladang kambing, melihat cara pemprosesan susu kambing, melawat ladang itik dan taman burung unta serta berkunjung ke perkampungan orang Asli (suku Jakun) dan masuk ke ladang buah Markisa.

agro pelancongan

Sewaktu melawat ladang kambing, kita boleh pegang dan memberikan susu kepada anak kambing tersebut.

agro pelancongan

Jika penat untuk berjalan kaki, perkhidmatan bas atau trem bersama pemandu pelancong turut disediakan.

agro pelancongan

Di samping itu, terdapat banyak kemudahan yang ditawarkan. Apatah lagi jika kita ingin bermalam atau menginap di situ. Antaranya restoran, bilik seminar, chalet, dorm, tapak perkhemahan, pentas terbuka, kedai serbaneka dan lain lain.

agro pelancongan

Alamat: Projek Pertanian Moden Kluang,, KM13 Jalan Batu Pahat, Kluang, 8, 86000 Kluang, Johor

Laman web: ukrafm.com.my

Penginapan Selesa Di Prime City Hotel Kluang

Prime City Hotel telah dibina pada tahun 1996 dan tak sukar untuk mengesan lokasinya, memandangkan hotel ini adalah antara bangunan yang tertinggi di Bandar Kluang.

agro pelancongan

Biarpun sebuah hotel lama, namun kemudahan lengkap dan kualiti perhotelan yang baik menjadikan Prime City Hotel masih mendapat sambutan ramai sehingga ke hari ini.

agro penginapan

Prime City Hotel mempunyai 112 bilik dengan pelbagai kategori bilik dan kadar harga yang berbeza. Antaranya, Family Deluxe, Superior atau bilik Standard untuk anda yang mahu lebih berjimat cermat.

 

agro perlancongan

Bagi anda yang mahukan kelengkapan serba mewah, bolehlah memilih The Prime Suite Dan City Suite. Paling menarik, jika bernasib baik anda berpeluang untuk menikmati keindahan bandar Kluang dari balkoni bilik.

agro perlancongan

Malam terakhir misi penjelajahan tersebut kami bermalam di sini. Bilik-bilik yang disediakan sangat selesa dan memuaskan.

agro perlancongan

Kami berkesempatan menikmati makan malam dan sarapan pagi di Bistari Café & Restaurant dengan pelbagai pilihan hidangan yang enak dan cukup menambat selera.

agro perlancongan

agro perlancongan

agro pelancongan

 

Alamat: 20, Jalan Bakawali, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

Laman web: Primecity.com

http://primecity.com/

 

Lawatan hari ketiga sudah selesai, kita sambung lagi perjalanan hari terakhir, Colours of Lives Travelogue Malaysia di catatan akan datang.

 

BACA: WAH, PAGOH DAN MUAR PUN BANYAK DESTINASI MENARIK

 

Kredit

Colours of Lives Travelogue Malaysia dikendalikan oleh Borakkita.com dengan sokongan Tourism Malaysia. Manakala 123mamanet.com sebagai rakan media. Terima kasih juga kepada Tourisme Malaysia Johor.

 

Terima kasih kepada para penaja Colours of Lives Travelogue Malaysia – Johor (Utara),Kereta Sewa Gombak- Yushaz Car Rental,Kaseh HQ, Avox Streetwear,Marini Naturale  Magic dan 888tea.

Comments

Popular posts from this blog

KOLEKSI TIN MILO EDISI TERHAD 2021 SUNTIKAN BARU MILO

MILO meraikan kekuatan serta semangat takkan gentar rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia ini. Menerusi kerjasama dengan jenama kreatif tempatan, Loka Made, MILO telah melancarkan Koleksi Tin MILO Edisi Terhad 1.5kg 2021 yang mengungkapkan pertalian erat antara MILO dengan Malaysia, selari dengan tradisi tahunannya untuk menyebarkan keceriaan dengan barangan koleksi yang dinanti-nantikan. Tahun ini, tradisi ini telah diberikan suntikan nafas baharu dengan ciri Realiti Berperantara (AR) buat julung-julung kalinya. Selama lebih 70 tahun, MILO tidak dapat dipisahkan lagi daripada kehidupan rakyat Malaysia. MILO dengan kebaikan malt, susu dan koko serta gabungan enam vitamin dan tiga mineral penting membekalkan tenaga untuk rakyat menghadapi hari. Baik dinikmati sebagai minumum berkhasiat untuk sarapan pagi mahupun pelengkap juadah kegemaran Malaysia, rasa coklat malt ikoniknya menjadikan MILO pilihan nombor satu rakyat dari generasi ke generasi.  “Kami bukan ...

5 TIP WUJUDKAN PERASAAN SAYANG TERHADAP DIRI SENDIRI WALAUPUN ANDA RASA TAK LAWA DAN GEMUK!

Bagaimana kita boleh menyayangi diri sendiri kalau kita tak ada perasaan sayang terhadap diri sendiri? Menyayangi diri sendiri bukanlah suatu proses yang mudah. Sebaliknya ia memerlukan proses yang cukup panjang. Ada ramai wanita yang berbadan besar atau gemuk hilang keyakinan diri, sehingga membuatkannya stres. Sehinggakan ada yang sampai membenci diri sendiri! Tak perlulah jadi seperti itu. Ini bukan zamannya lagi. Kita perlu keluar dari belenggu tersebut dan mengharungi suka duka kehidupan di dunia ini dengan fikiran yang lebih positif. LAKUKAN LIMA CARA BERIKUT INI SUPAYA KITA ADA PERASAAN SAYANG YANG LEBIH TERHADAP DIRI SENDIRI KENA BERFIKIRAN POSITIF Jika kita berfikir bahawa diri kita kurang menarik, mula dari saat ini hentikannya! Berterusan berfikiran negatif seperti itu hanya akan membuatkan kita jadi bertambah benci kepada diri sendiri. Perkara ini tentunya akan membawa kita pada tekanan atau depresi. Ingat tau, wanita yang mengalami depresi akan membuatkan kecantikannya sem...

4 CARA PALING ‘COOL’ JADI WANITA USIA 30AN YANG HEBAT!

Tahun ini dah jadi wanita usia 30an, tapi boyfriend pun tak ada! Stress betul!   Tentu ada di kalangan wanita yang mencecah usia 30an yang mengalami situasi tersebut. Sebenarnya sekalipun masih memegang title ‘single’, namun tidak bermakna sebagai wanita usia 30an , anda tidak layak bahagia sepertimana wanita lain. Lagipun menjangkau usia 30an, wanita dianggap cukup matang. Berbeza dengan ketika kita berusia belasan tahun atau 20-an dahulu. Cuma apabila menjangkau usia 30an ini, ada banyak perkara yang perlu kita lakukan supaya kehidupan kita menjadi lebih baik lagi. Selain itu, sebagai wanita usia 30an , kita juga perlu mengetahui banyak perkara. Bukan hanya untuk diri kita sendiri sahaja, sebaliknya juga untuk orang-orang yang berada di sekeliling kehidupan kita. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BACA: WANITA MATANG LEBIH DIGILAI LELAKI ...