Skip to main content

Posts

Showing posts with the label telur kutu

5 CARA MENGHILANGKAN KUTU RAMBUT DAN TELURNYA

Pernah melalui pengalaman rambut dipenuhi kutu rambut? Kalau pernah, tentu tahu betapa terseksa menahan rasa gatal tersebut, selain berusaha mencari cara menghilangkan kutu rambut. Kutu rambut merupakan salah satu penyebab rasa gatal yang terjadi di kepala. Kutu rambut adalah parasit yang hidup di celah-celah rambut dan menghisap darah di kulit kepala. Gigitannya menyebabkan rasa gatal kerana muntahan air liur kutu rambut yang terkena pada kulit kepala. Jangkitan kutu rambut lebih kerap berlaku dan mudah berjangkit terutamanya di kalangan kanak-kanak pra-sekolah dan juga sekolah rendah. Namun, kita yang dewasa ataupun sudah berumur pun boleh terkena serangan kutu rambut sekalipun memakai tudung. Keadaan ini lebih menyeksakan kerana kutu rambut lebih mudah membiak di tempat tertutup. Terkepung dengan tudung dalam keadaan rambut yang masih lembap  mengaktifkan lagi pembiakan kutu rambut. Menggaru kepala boleh menimbulkan masalah baru iaitu kulit kepala akan terluka dan mengalami iritasi ...