Ternyata bahaya tidur dekat dengan handphone atau telefon bimbit sememangnya tidak boleh kita ketepikan atau buat tak kisah sahaja. Kesan jangka panjangnya untuk kesihatan kita terlalu banyak. Sebelum menyesal tidak berkesudahan di kemudian hari, lebih baik kita hentikan tabiat buruk ini serta-merta selepas membaca artikel ini! Tidak dinafikan ada di kalangan kita yang menjadikan handphone sebagai sahabat sejati. Sebagai sahabat sejati sudah tentulah ia banyak membantu memudahkan kita dalam segala perkara, terutama untuk memudahkan kita berkomunikasi dengan orang lain. Namun, meskipun sebagai sahabat setia ternyata handphone juga mempunyai bahaya tersendiri yang tidak disedari oleh kita. Apatah lagi, ramai di antara kita yang sering tidur atau tertidur dekat dengan handphone , termasuklah meletakkannya di bawah bantal! Handphone mempunyai pancaran radiasi yang tinggi dan tidak nampak dengan mata kasar. Jadi, perkara inilah yang membuatkan kita tidak menyedari akan bahaya tidur ber...