Rangkaian pembekal bahan bakeri No. 1 di Malaysia, Bake With Yen (BWY) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia, khasnya baker atau individu yang membuat kek dan kuih bagi menikmati musim perayaan ini sepenuhnya. Selepas melalui pelbagai kawalan dan sekatan pergerakan selama dua tahun, rakyat Malaysia kini boleh meraikan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang lebih meriah, seperti tahun-tahun sebelum – dengan berbuka puasa bersama, kembara merentasi sempadan untuk pulang ke kampung halaman dan paling utama, memasak dan menyediakan pelbagai juadah serta kuih-muih untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang. Memahami kepentingan ini, Bake With Yen (BWY) telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia, khasnya baker atau individu yang membuat kek dan kuih untuk menikmati musim perayaan ini sepenuhnya dengan seruan lantang “Raya Penuh-Penuh”. Inisiatif yang diadakan termasuk program “Jimat Penuh-Penuh” yang menawarkan barangan asas da...