Waktu dinanti-nanti si kecil sudah tiba untuk mereka ketawa, bermain sambil belajar dengan pilihan program jenama baharu, Cartoonito yang disajikan setiap pagi menerusi saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD). Cartoonito Tawar Pendekatan Moden Baru sahaja dilancarkan, Cartoonito menawarkan pendekatan moden yang diprogramkan buat kanak-kanak berumur lingkungan 2 hingga 5 tahun. Ia merupakan ruang buat mereka untuk merasai sendiri keseronakkan dan pada masa yang sama, memupuk pemikiran kreatif di mana setiap rancangan dicipta demi menyokong potensi unik setiap seorang daripadanya. Perkara tersebut dicapai dengan rangka kerja dipanggil “Humancentric Learning”. Dicipta oleh pakar pendidikan awal kanak-kanak, Dr Laura Brown, kurikulum berkenaan terdiri daripada empat tiang utama: Creativity (kreativiti), Caring (rasa sayang), Curiosity (rasa ingin tahu) and Courage (keberanian). Artikel Lain : Tanam Mint (Pudina) Di Rumah Jadi Inspirasi Kanak-Kanak Cara pembelajaran bertujuan memberi insp...