Skip to main content

Posts

Showing posts with the label bayi

MUSTELA PRODUK PENJAGAAN KULIT SENSITIF, LEMBUT DAN SELAMAT UNTUK BAYI

Anda pernah dengar Mustela, brand penjagaan bayi dari Perancis yang telah ditubuhkan lebih 70 tahun lalu?Brand ini juga menjadi produk penjagaan kulit ibu dan bayi nombor satu di Eropah. Sesuai digunakan untuk ibu mengandung dan juga bayi yang baru lahir. Apa yang lebih menyakinkan, produk ini sememangnya dicipta untuk menyelesaikan beberapa isu penjaagan kulit yang paling dominan melanda anak dari saatnya dilahirkan sehinggalah mencapai usia tiga tahun. Kulit bayi yang baru lahir sememang lembut, halus dan sensitif. Tetapi, ada juga bayi yang dilahirkan sememangnya memiliki jenis kulit sensitif dan memerlukan penjagaan ekstra daripada kebiasannya.  Tahukah anda kulit kanak-kanak adalah kira-kira 30% lebih nipis daripada orang dewasa, menjadikannya lebih sensitif dan reaktif kepada alergen biasa?  Terdapat pelbagai gangguan masalah kulit yang berlaku di fasa awal  selepas kelahiran. Jadi, kita perlu lebih peka dan jika masalah tersebut bukan biasa-biasa, jangan berta...

MAMA’S CHOICE PERLUAS PASARAN KE MALAYSIA TAWAR PRODUK SELAMAT, SEMULA JADI DAN HALAL UNTUK IBU DAN BAYI

Liku-liku perjalanan kehamilan yang dilalui oleh ibu mengandung termasuk banyak perubahan fizikal dan emosional, dan pelbagai cabaran ­– daripada mabuk hamil dan tekanan darah tinggi kepada keletihan dan perubahan mood. Oleh sebab bayi dalam kandungan terdedah kepada segala yang dialami oleh ibu mereka, ibu-ibu yang mengandung ini bukan sahaja perlu menjaga soal pemakanan tetapi juga mengambil tahu bahan-bahan kimia yang memudaratkan di sekeliling mereka dan dalam produk yang digunakan mereka. Menurut satu kajian keratan lintang yang diterbitkan pada 2020 oleh Institut Penerbitan Digital Berbilang Disiplin atau Multidisciplinary Digital Publishing Institute (MDPI)* dalam keluaran khas jurnal Cosmetics bertajuk Cosmetovigilance: Public Health Perspective (Dari Sudut Kesihatan Awam), pengguna kosmetik di Malaysia kurang pengetahuan tentang keselamatan kosmetik, terutama sekali berkaitan bahan yang digunakan dalam produk kosmetik dan kesan-kesan buruk beberapa produk kosmetik yang biasa d...

9 MAKANAN SIHAT UNTUK IBU MENGANDUNG DAN SI MANJA

Sepanjang kehamilan banyak perkara yan perlu kita berikan perhatian supaya kandungan terjaga dengan baik. Salah satunya, bab makanan sihat untuk ibu mengandung. Sebenarnya bukan semua makanan boleh kita santap!   Ada makanan yang disarankan dan tidak disarankan buat wanita yang sedang mengandung. Bagi anda yang sedang mengandung, informasi tentang makanan sihat untuk ibu mengandung ini perlu diberikan perhatian.   Berikut 9 Jenis Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung: 1. TELUR Sepanjang tempoh mengandung, pengambilan protein tidak sepatutnya kita hindari dari jadual pemakanan seharian. Protein diperlukan untuk pembentukan sel tubuh.   Cara paling mudah untuk mendapatkan protein adalah dengan menikmati telur. Di dalam telur mengandungi 12 vitamin dan mineral yang baik untuk ibu mengandung.   Di samping itu, kolin dalam telur juga dikatakan bagus untuk perkembangan bayi, otak dan sarafnya. 2. SUSU Pertambahan berat badan ketika mengandung membuatkan badan cepat penat, ter...

JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG DAN BAYI

APAKAH JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG? SEBENARNYA ADA BANYAK JUS BUAH YANG BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG. LAGIPUN JUS BUAH BANYAK MENGANDUNGI MINERAL, NUTRISI DAN VITAMIN.   Pengambilan jus buah ini sangat disarankan buat ibu mengandung. Buah-buahan yang berkhasiat dibuat jus mempunyai banyak manfaat untuk ibu mengandung dan janinnya.   Kandungan vitamin  dalam jus terbaik daripada buah-buahan terpilih berguna untuk mencegah kecacatan pada janin dan masalah kesihatan pada si ibu.   Ada banyak jenis buah dan sayur yang boleh dijadikan sebagai menu minuman sihat sepanjang kehamilan tersebut. Selain kaya dengan vitamin, terdapat asid folik, zat besi dan nutrisi lain yang penting untuk tumbesaran janin dalam kandungan.   BERIKUT BEBERAPA JENIS JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG: JUS TOMATO Tomato kaya dengan vitamin A, C dan E. Selain itu, kandungan asid folik, asid sitrat dan likopen mamu membantu ibu mengandung menjaga kesihatannya.   JUS LOBAK MERAH Lobak merah adal...

5 SOLUSI ATASI MASALAH BAYI SUSAH TIDUR MALAM

BAYI MEMERLUKAN WAKTU TIDUR YANG JAUH LEBIH BANYAK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KITA. NAMUN, BILA  MASALAH BAYI SUSAH TIDUR MALAM BERLAKU DIKHUATIRI TUMBESARANNYA AKAN TERJEJAS.   Jangkamasa atau tempoh tidur bayi yang mencukupi amat penting. Bayi yang berusia bawah enam bulan perlu tidur lebih kurang 15 jam. Kemudian waktu tidurnya akan berkurang sedikit demi sedikit sesuai dengan perkembangan dan aktiviti yang dijalankannya.   Jadi, bayi yang kurang tidur boleh mendatangkan pelbagai masalah. Ini adalah kerana sebahagian besar kerja-kerja hormon terjadi ketika tidur, termasuklah hormon pertumbuhan otak bayi.   Jelas membuktikan tidur adalah aktiviti penting buat bayi. Ini bermakna mereka memerlukan waktu tidur lebih lama untuk perkembangan tubuh dan otaknya.     5  TIP YANG BOLEH MEMBANTU MENGATASI BAYI SUSAH TIDUR PADA MALAM HARI:   MANDIKAN DENGAN AIR SUAM Memandikan bayi dengan air suam dikatakan dapat membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak pada malam hari. ...

TRAGEDI RAMADAN KE-10 YANG TAK TERDUGA BERLAKU DEPAN MATA

SEMUA ORANG TAK SABAR HENDAK MENANTI KEHADIRAN LEBARAN YANG BAKAL TIBA DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN. BERAYA BERSAMA ANAK-ANAK DENGAN BAJU SEDONDON ADALAH IDAMAN KEBANYAKAN IBU BAPA. NAMUN, MALANG TIDAK BERBAU BAGI IBU BAPA INI. TRAGEDI RAMADAN TELAH MELENYAPKAN KEGEMBIRAAN MEREKA.   Bersama-sama ini 123Mamanet ingin berkongsi kisah duka, pengalaman seorang petugas perubatan di bahagian Kecemasan yang tersiar lewat laman sosial baru-baru ini. TRAGEDI RAMADAN, BEGINI KISAHNYA… Di sini aku nak kongsi dengan korang. Satu kisah sedih yang baru saja berlaku di bulan Ramadan tahun ni. Ya, Ramadan ke-10. Aku harap sangat agar kisah ni boleh dijadikan pengajaran dan iktibar kepada pembaca terutamanya kepada ibu bapa.   Untuk menjelaskan cerita, aku ni bekerja sebagai salah seorang healthcare provider sektor swasta. Aku seorang Penolong Pegawai Perubatan dan sekarang aku bekerja di sebuah lapangan terbang domestik belah utara bahagian perubatan kecemasan.   Tugasan kami merespond setia...

4 MAINAN PERTAMA BAYI INI BAGUS UNTUK MERANGSANG OTAKNYA

KEPERLUAN BAYI BUKAN PADA SETAKAT CUKUP MAKAN DAN PAKAINYA SAHAJA. OTAKNYA PUN PERLU DIRANGSANG MELALUI MAINAN PERTAMA BAYI YANG SESUAI. Pada usia 2 bulan pertama, bayi tidak memerlukan sebarang alat mainan kerana dia belum mampu memegang sesuatu dan sebaliknya dia memerlukan perhatian ibu bapa sepenuhnya. Sentuhan, dakapan, agahan, ciuman, renungan dan senyuman ibu bapa adalah ‘mainan’ pertama yang paling diperlukan olehnya saat ini. Apabila dia sudah mencapai usia 3 bulan, anda perlulah menggalakkan dia agar meneroka suasana sekeliling dan bermain dengan alat mainan yang merangsang otaknya. Saat ini, anda tidak boleh membiarkan sahaja dia tidur sepanjang hari atau berjaga dan hanya bermain sendirian. Bayi anda sudah boleh bermain dengan tangan dan kakinya sendiri selama beberapa minit. Anda mungkin akan melihat bayi anda ‘bising’ saat dia bermain sendirian. Bahkan air liurnya akan meleleh atau disembur kerana keterujaannya itu. Untuk, anda mempunyai begitu banyak pilihan produk maina...

TIP MEMILIH BAJU MENYUSU SUPAYA ANDA TIDAK STRESS KETIKA MENYUSUKAN ANAK DI TEMPAT AWAM

Pasti ramai kaum ibu yang pening memikirkan baju menyusu yang sesuai. Apatah lagi dengan keadaan kehidupan yang sudah banyak berubah, terutama bentuk badan! Bagi anda yang sedang menyusukan anak, tak perlu risau sebab sekarang ini terlalu banyak rekaan dan potongan baju menyusu yang turut dikenali sebagai nursing clothes atau breastfeeding clothes yang ditawarkan di pasaran. Semakin tinggi perkembangan fesyen masa kini, semakin kreatif juga para pereka mencipta koleksi pakaian yang sesuai dengan fungsinya. Malah kehadiran baju menyusu yang sesuai untuk para muslimah yang juga menghapuskan segala alasan untuk kaum ibu berhenti menyusu. Kini, tidak ada lagi alasan susah dan rasa malu hendak menyusukan bayi ketika berada di luar rumah. Para ibu perlu sentiasa bersiap sedia untuk menyusukan bayinya pada bila-bila masa sahaja dan dimanapun ketika si comel memerlukannya. Jadi,  untuk memudahkan proses menyusu, para ibu boleh memakai baju menyusu. BERIKUT BEBERAPA PERKARA ATAU PANDUAN YAN DI...