Skip to main content

MAMA’S CHOICE PERLUAS PASARAN KE MALAYSIA TAWAR PRODUK SELAMAT, SEMULA JADI DAN HALAL UNTUK IBU DAN BAYI

Liku-liku perjalanan kehamilan yang dilalui oleh ibu mengandung termasuk banyak perubahan fizikal dan emosional, dan pelbagai cabaran ­– daripada mabuk hamil dan tekanan darah tinggi kepada keletihan dan perubahan mood.

Oleh sebab bayi dalam kandungan terdedah kepada segala yang dialami oleh ibu mereka, ibu-ibu yang mengandung ini bukan sahaja perlu menjaga soal pemakanan tetapi juga mengambil tahu bahan-bahan kimia yang memudaratkan di sekeliling mereka dan dalam produk yang digunakan mereka.

Menurut satu kajian keratan lintang yang diterbitkan pada 2020 oleh Institut Penerbitan Digital Berbilang Disiplin atau Multidisciplinary Digital Publishing Institute (MDPI)* dalam keluaran khas jurnal Cosmetics bertajuk Cosmetovigilance: Public Health Perspective (Dari Sudut Kesihatan Awam), pengguna kosmetik di Malaysia kurang pengetahuan tentang keselamatan kosmetik, terutama sekali berkaitan bahan yang digunakan dalam produk kosmetik dan kesan-kesan buruk beberapa produk kosmetik yang biasa digunakan.

Hakikatnya ibu-ibu perlu menyedari bahawa bahan-bahan toksik tertentu yang terdapat dalam produk penjagaan diri boleh diserap ke dalam saluran darah menerusi kulit dan boleh memberi kesan negatif kepada bayi dalam kandungan. Bahan-bahan pengawet seperti paraben dan bahan kimia wangian seperti ftalat (phthalate) boleh menyebabkan kecacatan kelahiran manakala triklosan boleh menjejaskan sistem imun dan tumbesaran bayi.

Kaum ibu dalam pasukan Mama’s Choice sendiri mengalami kebimbangan yang sama semasa mengandung, dan ini mendorong mereka untuk membangunkan produk mereka sendiri untuk menangani kebimbangan ibu-ibu lain yang sedang melalui liku-liku perjalanan kehamilan yang sama. Diilhamkan sebagai jenama yang dibangunkan oleh ibu untuk ibu, Mama’s Choice komited untuk memberi ketenangan fikiran kepada golongan ibu dan memperkasakan mereka untuk membuat pilihan terbaik semasa awal kehamilan mereka. 

Menggunakan ramuan yang diperolehi dari sumber alam, Mama’s Choice telah menghasilkan produk penjagaan badan dan diri semula jadi dan disahkan halal untuk keperluan pranatal (semasa hamil) dan postpartum (selepas bersalin), yang selamat untuk ibu-ibu dan bayi mereka. Produk mereka dibangunkan dan menjalani ujian makmal di Singapura, dan dirumus untuk bebas daripada bahan kimia keras dan memudaratkan seperti paraben, triklosan, ftalat, alkohol, fluorida, dan natrium lauril sulfat (SLS).

Ketua Pegawai Eksekutif Mama’s Choice Duri Granziol

“Produk Mama’s Choice dihasilkan selepas menjalankan penyelidikan pasaran yang luas untuk mengetahui bagaimana kami boleh menangani keperluan ibu-ibu. Produk kami dibuat untuk menambah keceriaan pengalaman menjadi ibu dan diilhamkan untuk membantu ibu-ibu merasa hebat tanpa menggunakan sebarang bahan yang boleh membawa mudarat kepada mereka dan bayi mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Mama’s Choice Duri Granziol.

“Produk kami cepat mendapat sambutan yang memberangsangkan di Singapura, Indonesia dan Thailand. Lebih 500,000 unit telah dijual sepanjang satu tahun yang lepas, dengan Stretch Mark Cream (krim penghilang kesan regangan kulit) menduduki tempat nombor satu di semua pasaran,” tambahnya. “Ibu mengandung dan ibu yang baru bersalin di Malaysia kini boleh memanfaatkan kelebihan krim pemenang anugerah ini dan juga merasai sendiri keberkesanan Intensive Nipple Cream (krim puting payu dara rapi).”

“Mama’s Choice dengan teliti telah memilih produk yang dirasai sesuai untuk pasaran Malaysia, dan kami komited untuk membantu ibu-ibu di seluruh Malaysia melalui liku-liku perjalanan kehamilan mereka dengan lebih selamat, menyeronokkan dan tanpa kerisauan,” tambah Belinda Gunadi, Ketua Penjenamaan bagi Mama’s Choice. “Selain produk penjagaan diri, Mama’s Choice sedang membangunkan produk lain, dan kami akan menawarkan produk penjagaan bayi, penjagaan rumah dan banyak lagi pada masa akan datang.”

Produk utama Mama’s Choice yang kini boleh didapati di Malaysia termasuk:

· Stretch Mark Cream (RM32.90, 100ml) – Krim ini cepat meresap hingga jauh ke dalam kulit untuk membantu mencegah dan mengurangkan kemunculan kesan-kesan regangan kulit. Produk ini mengandungi aloe vera untuk melegakan kegatalan kulit dan bahan pelembap seperti mentega shea, minyak zaitun dan minyak jojoba, dan juga Lipobelle Soyaglycone™ untuk meningkatkan pengeluaran kolagen kulit.

· Intensive Nipple Cream (RM23.90, 15ml) – Dibuat dengan 100% ekstrak palma kurma semula jadi, mentega shea dan minyak kelapa untuk melembut, menghidrat dan melegakan kepedihan dan rekahan puting payu dara. Krim ini menggunakan bahan-bahan gred makanan seperti lanolin, yang menjadikannya selamat untuk digunakan oleh ibu-ibu yang menyusukan bayi.

· Relaxing Massage Oil (RM34.90, 100ml) – Minyak urut yang dirumus dengan minyak pati semula jadi, khususnya lavender, limau gedang dan oren, untuk membantu menenangkan badan dan fikiran dan membantu melegakan tekanan dan kerisauan pranatal.

· Non-Fluoride Toothpaste (RM13.90, 100g) – Ubat gigi semula jadi tanpa SLS ini dirumus tanpa fluorida untuk membersihkan gigi dengan lembut dan menyegarkan nafas dengan pudina. Produk ini mengandungi ekstrak pudina, alantoin, klorofil, miswak dan kalsium.

· Natural Mouthwash (RM11.90, 100ml) – Ubat kumur mulut semula jadi tanpa alkohol dan fluorida dengan ekstrak pudina, alantoin dan klorofil ini membantu mengurangkan bau nafas yang tidak menyenangkan dan menyegarkan nafas. Ia dimuatkan dalam botol saiz kecil yang mudah dibawa dalam beg tangan supaya ibu-ibu boleh menyegarkan nafas dalam perjalanan.

· Gentle Face Wash (RM26.90, 100ml) – Diilhamkan untuk menanggalkan debu, kotoran dan mekap nipis dengan lembut, pembersih muka ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif dan bercampur. Formula lembut mengandungi ekstrak beras yang menenangkan dan ekstrak kolagen terhidrolisis untuk membersih, mencerah dan menyuburkan kulit.

· Daily Protection Face Moisturiser (RM32.90, 100ml) – Pelembap dengan tabir suria mineral ini memberikan penghidratan mendalam sambil memberikan perlindungan UVA/UVB. Produk ini mengandungi ekstrak beras dan asid hialuronik untuk membantu mencerah dan melembapkan kulit, menjadikan kulit cantik berseri secara semula jadi.

Produk semula jadi sepenuhnya Mama’s Choice selamat untuk digunakan semasa mengandung dan menyusukan bayi kerana tidak mengandungi alkohol, tidak menimbulkan alahan dan diuji secara dermatologi. Pilihan produk Mama’s Choice dijual pada harga RM11.90 ke atas dan boleh dibeli menerusi laman web rasminya (www.mamaschoice.my), dan juga melalui laman web e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mama’s Choice dan produknya, sila layari www.mamaschoice.my atau kunjungi laman media sosial Facebook mereka (www.facebook.com/mamaschoice.my/) dan Instagram (www.instagram.com/mamaschoice.my/).

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .