Sebagai wanita, anda pasti mahu memiliki kulit wajah yang bebas daripada sebarang masalah seperti kulit kusam, kering, berjeragat serta liang pori-pori tersumbat. Anda boleh mencapai hasrat tesebut dengan bantuan rangkaian produk Nutox Renewing Treatment serba baharu yang telah dipertingkatkan kehebatannya! Singkirkan segala rasa kebimbangan dan ketidakyakinan anda itu dengan mencapai keremajaan kulit wajah yang sentiasa sihat,nampak lembab dan berseri-seri dengan Nutox Renewing Treatment. Misi rangkaian produk Nutox Renewing Treatment ini bukan sahaja untuk memperbaharui kulit, bahkan pada masa yang sama dapat meningkatkan penghidratan dan keserian kulit menerusi Actistem Gold Nest. Penemuan ulung teknologi Tri-Lumines Complex™ yang dihasilkan ini khusus untuk memperbaiki kulit yang kusam. Setiap produk juga diformulasikan khusus untuk membantu menangani kebimbangan kulit yang berpunca daripada stres, kurang tidur dan terlalu terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan kulit...