Skip to main content

PRODUK NUTOX YOUTH RESTORING RAWAT KULIT SENSITIF

Anda mempunyai kulit wajah yang sensitif? Anda boleh cuba rangkaian produk Nutox Youth Restoring. Ia adalah penyelesaian revolusioner bagi memenuhi keperluan anti-penuaan dan kulit sensitif.

Kemerahan, ruam, jerawat dan gatal-gatal merupakan sebahagian daripada petanda kulit sensitif. Dengan konsep tiada kompromi dalam satu inovasi, rangkaian Nutox Youth Restoring mensasarkan dua masalah kulit, diperkaya dengan tiga teknologi anti-penuaan yang menjadi tanda pengenalan Nutox untuk kulit sensitif anda.

Anti Penuaan

Dihasilkan untuk memberi manfaat anti-penuaan yang sama tahapnya dengan produk utama Nutox, barisan baru Nutox Youth Restoring ini berupaya meningkatkan penghasilan kolagen.

Bukan itu sahaja, bahkan dapat memperbaiki keanjalan kulit tanpa menimbulkan masalah keradangan kulit. Secara tak langsung, membuatkan produk ini selamat dan berkesan bagi kulit sensitif. 

Lagipun ia diformulasi secara teliti supaya hipoalergenik dan mempunyai pH seimbang agar dapat melindungi pertahanan kulit. Dihasilkan tanpa bahan pewangi berbahaya, paraben, pewarna dan alkohol, rangkaian Nutox Youth Restoring ini  juga telah menjalani ujian dermatologi untuk melawan tanda anti-penuaan tetapi masih kekal lembut pada kulit.

Nutox Youth Restoring

Meresap Jauh Ke Dalam Kulit

Rangkaian produk terbaru ini terdiri daripada Nutox Youth Restroring Advance Serum Concentrate yang diperkaya dengan bahan penentang-umur yang boleh meresap jauh ke dalam kulit, memperbaiki struktur kulit dan mempercepatkan penghasilan kolagen dan elastin. 

Walaupun tekstur serum ini ringan dan cukup lembut, ia juga mampu menyokong keperluan kulit sensitif yang sedang menua, membuatkan kulit ketara lebih lembut, licin dan muda selepas digunakan. 

Di samping itu, ia dihasilkan menggunakan teknologi yang menjadi tanda pengenalan Nutox, barisan Nutox Youth Restoring ini mengandungi Oxyfusion dan Actigenic+ sebagai tambahan kepada Kolagen Sarang Burung yang memang banyak manfaatnya.

Menurut Vicky Lim, Ketua Pemasaran Tohtonku Sdn Bhd, di  Nutox, mereka sentiasa menginovasi untuk menghasilkan formula yang lebih baik bagi memenuhi keperluan kulit yang berbeza. 

“Untuk memastikan produk penjagaan kulit anti-penuaan boleh dicapai oleh pengguna yang mempunyai kulit sensitif, kami teruja untuk melancarkan produk baru kami Rangkaian Nutox Youth Restoring yang menawarkan hasil Nutox yang sama iaitu lembut pada kulit sensitif anda! 

Kami percaya bahawa kami tidak patut berkompromi dalam soal penjagaan kulit sensitif dan mengekalkan kulit muda dan segar seperti mana kami percaya wanita moden perlu diperkasakan untuk menjalani kehidupan sebaik mungkin tanpa ada kompromi.”

Bagi mencerminkan kemampuan barisan produk baru ini menangani dua masalah kulit ini secara serentak tanpa beralah, Rangkaian Nutox Youth Restoring  menegaskan mesej kempen “Tiada Kompromi”, bertujuan untuk memberi inspirasi dan menggalakkan wanita di mana sahaja supaya tidak berkompromi dalam soal nilai diri dan gaya hidup mereka. 

Nutox Youth Restoring

Antara produk Nutox Youth Restoring adalah:

  • Nutox Youth Restoring Cleansing Gel 150ml berharga RM39.00
  • Nutox Youth Restoring Treatment Lotion 150ml berharga RM69.90
  • Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate 30ml berharga RM95.90
  • Nutox Youth Restoring Eye Refiner 15ml berharga RM69.90

Jom, Beli Sekarang!

Rangkaian produk Nutox Youth Restoring dipasarkan pada harga runcit RM 39 hingga RM 95.90 dan boleh didapati secara online di Watsons, Guardian dan Lazada. 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...