Skip to main content

Posts

Showing posts with the label mengandung

9 MAKANAN SIHAT UNTUK IBU MENGANDUNG DAN SI MANJA

Sepanjang kehamilan banyak perkara yan perlu kita berikan perhatian supaya kandungan terjaga dengan baik. Salah satunya, bab makanan sihat untuk ibu mengandung. Sebenarnya bukan semua makanan boleh kita santap!   Ada makanan yang disarankan dan tidak disarankan buat wanita yang sedang mengandung. Bagi anda yang sedang mengandung, informasi tentang makanan sihat untuk ibu mengandung ini perlu diberikan perhatian.   Berikut 9 Jenis Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung: 1. TELUR Sepanjang tempoh mengandung, pengambilan protein tidak sepatutnya kita hindari dari jadual pemakanan seharian. Protein diperlukan untuk pembentukan sel tubuh.   Cara paling mudah untuk mendapatkan protein adalah dengan menikmati telur. Di dalam telur mengandungi 12 vitamin dan mineral yang baik untuk ibu mengandung.   Di samping itu, kolin dalam telur juga dikatakan bagus untuk perkembangan bayi, otak dan sarafnya. 2. SUSU Pertambahan berat badan ketika mengandung membuatkan badan cepat penat, ter...

7 CARA ATASI SUSAH TIDUR KETIKA MENGANDUNG DENGAN MUDAH

SUKAR MELELAPKAN MATA ATAU TIDUR PADA MALAM HARI SERING DIALAMI OLEH WANITA MENGANDUNG. MASALAH INI BIASANYA BERLAKU PADA TRIMESTER KETIGA ATAU KETIKA USIA KANDUNGAN MENCECAH 8 BULAN. JADI, KETAHUI 7 CARA ATASI SUSAH TIDUR MALAM INI DENGAN MEMBACA ARTIKEL INI SAMPAI HABIS!   Susah tidur boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya kerana suhu panas kerana tiada pengudaraan yang baik dalam bilik atau rumah, keadaan perut yang semakin membesar, pergerakan bayi dalam kandungan, rasa senak pada ulu hati dan sebagainya. Itulah yang  membuatkan ramai ibu mengandung yang sukar memiliki tidur dengan lena atau nyenyak pada malam hari.   Ada beberapa cara atasi susah tidur pada ibu mengandung yang boleh dilakukan dengan mengikuti beberapa tip mudah. Masalah susah tidur ini perlu diatasi kerana disebabkan kurang tidur juga kesihatan badan ibu mengandung akan terganggu. Akibat kurang tidur badan akan terasa lemah, lesu, tidak bermaya sehingga nampak seperti orang yang kurang sihat. ...

JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG DAN BAYI

APAKAH JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG? SEBENARNYA ADA BANYAK JUS BUAH YANG BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG. LAGIPUN JUS BUAH BANYAK MENGANDUNGI MINERAL, NUTRISI DAN VITAMIN.   Pengambilan jus buah ini sangat disarankan buat ibu mengandung. Buah-buahan yang berkhasiat dibuat jus mempunyai banyak manfaat untuk ibu mengandung dan janinnya.   Kandungan vitamin  dalam jus terbaik daripada buah-buahan terpilih berguna untuk mencegah kecacatan pada janin dan masalah kesihatan pada si ibu.   Ada banyak jenis buah dan sayur yang boleh dijadikan sebagai menu minuman sihat sepanjang kehamilan tersebut. Selain kaya dengan vitamin, terdapat asid folik, zat besi dan nutrisi lain yang penting untuk tumbesaran janin dalam kandungan.   BERIKUT BEBERAPA JENIS JUS TERBAIK UNTUK IBU MENGANDUNG: JUS TOMATO Tomato kaya dengan vitamin A, C dan E. Selain itu, kandungan asid folik, asid sitrat dan likopen mamu membantu ibu mengandung menjaga kesihatannya.   JUS LOBAK MERAH Lobak merah adal...

INI DIA PENYEBAB DAN CARA MENGATASI GATAL-GATAL PADA KULIT KETIKA MENGANDUNG

Gatal-gatal pada kulit ketika mengandung adalah perkara yang normal dan biasanya muncul di trimester ketiga (7-9 bulan). Gatal gatal pada kulit ibu mengandung biasanya terjadi di sekitar perut dan payudara. Ini disebabkan oleh perubahan hormon. Peningkatan hormone chorionic gonadotropin dan hormone estrogen sering menjadi penyebab utama timbulnya gangguan kesihatan ini. Regangan yang terjadi pada kulit disebabkan semakin membesarnya payudara dan perut juga boleh menjadi penyebab gatal-gatal pada kulit ibu mengandung. Namun, tidak semua ibu mengandung yang merasakan kegatalan ini. Masalah gatal-gatal pada kulit ibu mengandung biasanya muncul pada trimester ketiga kehamilan. Gejala ini akan terus menjadi parah seiring dengan perkembangan tahap kehamilan.  Apatah lagi, jika dibiarkan begitu sahaja. Rasa gatal tersebut akan jadi semakin menggila dan tentunya sangat menganggu aktiviti harian ibu mengandung. Rasa gatal ini berbeza-beza pada setiap ibu mengandung, dan kerap menyerang di k...

6 KHASIAT MADU UNTUK IBU MENGANDUNG DAN JUGA BAYI

Khasiat madu untuk ibu mengandung juga tidak kurang hebatnya. Pengambilan madu pada setiap hari oleh ibu mengandung akan menambah kekuatan ibu mengandung. Madu merupakan salah satu hasil semulajadi dari lebah. Ia sangat baik untuk kesihatan badan dan juga kecantikan muka. Madu mengandungi zat besi, vitamin, kalium, thiamin, natrium, glukosa, naisin, magnesium, riboflavin, mangan dan banyak lagi. Salah satu keunggulan khasiat madu adalah antibiotik yang berguna sebagai sumber energi dan sangat disarankan buat ibu mengandung. Ibu mengandung boleh menikmati madu secara terus atau mencampurkannya pada jus buah ataupun susu ibu mengandung. Kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan sangat penting untuk dijaga. Secara khususnya madu dapat membantu perkembangan fizikal dan mental bayi yang dikandung sehingga dapat membesar dengan lebih sihat. Jadi, sebab itulah kita perlu ketahui khasiat madu untuk ibu mengandung. BACA: KETAHUI CARA MENGHILANGKAN RASA MUAL DENGAN 20 LANGKAH [btn text=”LIKE ...

KEKURANGAN KALSIUM UNDANG BAHAYA IBU MENGANDUNG DAN BAYI

Kalsium merupakan salah satu unsur penting yang wajib ada dalam menu makanan ibu mengandung sepanjang kehamilan. Kekurangan kalsium boleh mengundang bahaya kepada ibu dan bayi. Kalsium sangat bermanfaat untuk pertumbuhan tulang janin. Jika pengambilan kalsium sepanjang masa kehamilan tidak mencukupi, janin akan mula mengambil kalsium dari tulang ibunya, sehingga membuatkan si ibu berisiko terkena osteoporosis . Kalsium boleh didapati dari makanan yang dinikmati pada setiap hari. Antara makanan yang kaya dengan kalsium ialah produk susu, daging, sayur-sayuran hijau, ikan salmon, buah-buahan kering, kacang-kacangan, bijirin dan telur. Bagi ibu mengandung yang vegetarian boleh memperoleh kalsium dari sumber kalsium non -haiwan atau suplemen kalsium. Pada tempoh kehamilan, kalsium sangat diperlukan terutama di trimester kedua dan ketiga. Ini adalah kerana pada ketika ini janin mula berkembang dengan pesat berbanding sebelumnya. Kepantasan pertambahan berat badan bayi juga akan meningkat. J...

Panduan menyusukan bayi sewaktu hamil

Kredit: YoungParents.com Apa? Mengandung? Saya sedang menyusukan bayi saya, mustahil saya hamil! Jerit Juriza sewaktu mendapat tahu yang dia hamil lagi. Perhatian semua ibu-ibu, perkara ini bukan mustahil dan anda tidak perlu risau untuk terus menyusukan bayi.

Ketahui Bahaya Minum Kopi Kepada Anda

Bahaya minum kopi. Kopi adalah salah satu minuman kegemaran ramai. Sungguhpun begitu, kopi mempunyai efek sampingan yang kurang baik untuk kesihatan apabila diambil secara berlebihan.