Skip to main content

Panduan menyusukan bayi sewaktu hamil

menyusukan bayi
Kredit: YoungParents.com

Apa? Mengandung? Saya sedang menyusukan bayi saya, mustahil saya hamil! Jerit Juriza sewaktu mendapat tahu yang dia hamil lagi. Perhatian semua ibu-ibu, perkara ini bukan mustahil dan anda tidak perlu risau untuk terus menyusukan bayi.

Ikuti artikel berkaitan menyusukan bayi sewaktu hamil ini oleh Pakar Laktasi, Zaleha Mustapha.

Ada ibu yang membuat pilihan untuk menjarakkan kehamilan kedua atas pelbagai faktor. Namun, ibu perlu sentiasa bersedia dengan “keputusan” dari-Nya. Sebaik mana kita merancang, perancangan dari-Nya lebih tepat dan sesuai untuk kita.

Apabila ibu sudah menetapkan dalam minda begitu, ibu tidak akan rasa terlalu tertekan dan insya-Allah boleh menjalani tempoh kehamilan dengan lebih tenang dan gembira seperti kehamilan yang pertama.

Secara umumnya, ibu boleh terus menyusukan bayi walaupun telah hamil dengan syarat tiada sejarah kehamilan bermasalah seperti:

– Pernah keguguran
– Melahirkan bayi pra-matang
– Kurang berat badan yang banyak
– Pendarahan

Jika ibu pernah mengalami kehamilan berisiko seperti di atas, kemungkinan besar doktor akan mencadangkan supaya memberhentikan sementara penyusuan.

menyusukan bayi
Kredit: gypsymomma.com

Perubahan hormon semasa mengandung akan menyebabkan ibu merasa sakit pada puting payudara apabila menyusukan bayi, begitu juga ibu akan merasa kontraksi. Ada ibu yang tidak sanggup menahan kesakitan ditambah lagi dengan keletihan akibat alahan. Maka mereka memilih untuk memberhentikan sementara penyusuan. Walaubagaimanapun, ada ibu yang sanggup bertahan kerana kasihan dengan anak yang masih menyusu.

Susu juga akan berkurang kerana perubahan hormon semasa hamil. Susu akan berubah rasa (menjadi masin atau pahit) yang menyebabkan anak tidak mahu menyusu dengan sendirinya. Namun ada anak yang masih mahu menyusu walaupun susu sedikit dan berubah rasa.

Panduan untuk ibu:
1. Akui kemampuan diri – adakah ibu rasa mampu untuk teruskan menyusu atau memberhentikan sementara dan menyambung kembali apabila bayi telah lahir.

2. Periksa tahap kesihatan – ibu boleh teruskan menyusu jika  tiada alahan teruk hingga menyebabkan kehilangan berat badan dan keletihan.

3. Lihat umur dan tahap kesihatan anak – bayi yang melebihi 6 bulan sudah boleh makan dan susu ibu sebagai pelengkap. Ibu boleh pelbagaikan jenis makanan yang sesuai kepada bayi. Jika di bawah umur tersebut, ibu boleh mendapatkan susu dari ibu susuan jika tiada stok susu perahan.

4. Jaga pemakanan – ibu perlu mengambil diet seimbang dan minum banyak air untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan.

5. Sentiasa bertanya doktor dan kaunselor laktasi – ibu boleh sentiasa merujuk doktor jika ada sebarang keraguan dan mendapatkan pandangan dari kaunselor laktasi dari semasa ke semasa.

Bagi ibu yang ingin menyusukan bayi walaupun telah hamil, tahniah saya ucapkan kerana hanya ibu yang cekal dan kuat sahaja mampu melakukannya dengan izin Allah. Ibu boleh menikmati momen indah serentak : menyusu dan mengandung, pastinya ia menjadi pengalaman bermakna buat ibu.

 

Dipetik dengan izin daripada zaleha-mustapha.blogspot.my

 

 

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .