Skip to main content

Posts

Showing posts with the label puasa

BERZAKAT DI BULAN RAMADAN LEBIH BANYAK KEBERKATANNYA

Umat Islam akan menyambut kehadiran bulan Ramadan mulai malam ini. Selain bertarawih, umat Islam juga akan berebut-rebut untuk memberikan sedekah dan membayar zakat. Hal ini dimaklumkan oleh Tuan Hj Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ_MAIWP dalam satu sidang akhbar khas di Wisma PPZ, Kuala Lumpur pagi tadi. Menurut beliau, bulan Ramadan berbeza dengan bulan lain kerana keberkatan dan pahala orang yang melakukan kebaikan, akan digandakan oleh Allah SWT. Sebab itu, semua orang berebut-rebut untuk berbuat kebaikan misalnya dengan menginfakkan hartanya. Sesuai dengan sebuah hadis nabi mengenai seorang sahabat yang bertanya kepada Nabi SAW, “Apakah sedekah yang paling afdal?” Maka Rasullulah SAW menjawab, “Sedekah di bulan Ramadan.” Justeru, dengan kehadiran bulan mulia ini, PPZ-MAIWP telah mengangkat tema “Ramadan Dinanti, Zakat Dihati” sepanjang kempen pungutan zakat selama sebulan ini dengan menggunakan hastag  #ramadanterbaik bagi pengguna media sosial untuk turut sama berk...

RESEPI BROWNIES MUDAH DAN SEDAP

JIKA ANDA PENGGEMAR BROWNIES, JANGAN TERAGAK-AGAK UNTUK MENCUBA RESEPI BROWNIES YANG CUKUP MUDAH DAN SEDAP INI.   Rasanya yang manis dan berwarna coklat pekat tentu sudah dapat membuatkan kita terbayang akan keenakan brownies. Jika teringin untuk membuatnya dan tidak tahu resepi dan juga cara untuk membuatnya, dikongsikan Resepi Brownies.   RESEPI BROWNIES YANG SEDAP DAN MUDAH     BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN: 85 gram tepung naik sendiri 150 gram gula pasir 15 gram serbuk koko (Van Houten) 50 gram kacang gajus (dikisar kasar) – jika suka 100 gram coklat masakan (Dark Compound Chocolate) 100 gram mentega 2 biji telur ayam (gred A) 1 sudu kecil esen vanilla   CARA MEMBUATNYA: Cairkan coklat masakan dan mentega dengan cara double boiler sehingga meleleh. Ketepikan dan biarkan seketika sehingga sejuk.   Setelah itu, pukul telur bersama gula pasir sehingga mengental, kemudian tambahkan esen vanilla. Kacau lagi sehingga berbaur sebati.     Atur kepantas...

6 CARA DIET BULAN PUASA SIHAT & BOLEH KURUS!

KALAU TAK KENA CARA DIET BULAN PUASA, JANGAN TERKEJUT KALAU BERAT BADAN KITA JADI BERTAMBAH NAIK! PENGAMBILAN MAKANAN YANG BERLEBIHAN, DAN KURANG MELAKUKAN AKTIVITI SAMPINGAN  BOLEH MEMBUATKAN BERAT BADAN KITA JADI BERTAMBAH.   Pengambilan makanan yang berlebihan, dan kurang melakukan aktiviti sampingan  boleh membuatkan berat badan kita jadi bertambah. Tambahan pula ketika berpuasa metabolisme  dalam badan kita turut menurun sehingga pembakaran kalori menjadi lebih sedikit.   Di samping itu ketika berpuasa biasanya terjadi pergeseran antara sumber energi dan lemak. Lemak itu sendiri merupakan sumber energi kedua yang lebih mudah diolah daripada protein.   Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan jika tidak mahu berat badan kita bertambah naik sepanjang bulan Ramadan ini. Antaranya cuba amalkan diet bulan puasa dengan sebaik mungkin.   DIET BULAN PUASA YANG BOLEH DIPRAKTIK BAGI MENDAPATKAN BERAT BADAN YANG IDEAL   MENU SAHUR Rasa lapar tidak boleh dihindari ...

8 SOLUSI BERKESAN ATASI BIBIR KERING DAN PECAH KETIKA BERPUASA

PADA BULAN PUASA INI TENTU RAMAI DI ANTARA KITA YANG MENGALAMI MASALAH BIBIR KERING DAN PECAH-PECAH. INI ADALAH KERANA KETIKA BERPUASA TUBUH KITA CENDERUNG KEKURANGAN CECAIR.   Apakah cara terbaik atau paling berkesan untuk mengatasi masalah bibir kering ini? Merawat bibir dengan cara yang betul merupakan kunci bagi mendapatkan bibir yang cantik dan sihat pada bulan puasa.   Bibir kering pasti sangat menganggu penampilan kita. Memandangkan di bulan puasa tentulah tak banyak perkara yang boleh kita lakukan selagi belum sampai waktu berbuka puasa.     ADA 8 PERKARA YANG BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH BIBIR KERING DAN PECAH   MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA Air masak sangat berguna untuk mengembalikan cairan dalam badan sehingga bibir menjadi lebih lembab.   Ketika bersahur dan berbuka puasa, pastikan kita mengambil air masak secukupnya. Ia mampu membantu kita mengatasi bibir kering.     KURANGKAN PENGAMBILAN MAKAN PEDAS DAN MASIN Selain boleh...

RESEPI KIMBALL NASI KERABU, AYAM MASALA & KEK VELVET HITAM

DALAM BAHAGIAN 1 YANG DISIARKAN SEMALAM, 123MAMANET TELAH BERKONGSI DUA RESEPI KIMBALL IAITU GADO-GADO DAN TAUFU SUMBAT .  SEPERTI YANG TELAH DIJANJIKAN, DI BAHAGIAN AKHIR ARTIKEL SAJIAN BIJAK RAYA KIMBALL INI, 123MAMANET KONGSIKAN TIGA LAGI RESEPI SAJIAN BIJAK RAYA KIMBALL IAITU RESEPI KIMBALL NASI KERABU GORENG, AYAM MASALA DAN KEK VELVET HITAM.   Berikut ialah cara-cara untuk untuk menyediakan tiga lagi resepi tradisional yang diubahsuai menjadi lebih ringkas dengan menggunakan produk Kimball. Dengan bajet RM100, lima resepi Kimball  siap sedia untuk dihidangkan kepada tetamu. Selamat mencuba!     KEK VELVET HITAM KIMBALL Masa Penyediaan: 15 minit Masa Membakar: 35 minit Saiz Hidangan: 8 orang Disediakan oleh: Chef Rohani Jelani Kos: + RM16.00 Bahan-bahan: Untuk kek: 280 g tepung, diayak 1 sudu teh soda bikarbonat, diayak ½ sudu teh serbuk penaik, diayak ½ sudu teh garam, diayak Adunan koko (225ml air panas + 90g serbuk koko kacau bersama sehinnga larut) 120 ...

PANDUAN SENAMAN BULAN PUASA YANG AKAN BUAT BADAN LEBIH SEGAR

BIARPUN BERPUASA, ADA DI ANTARA KITA YANG TETAP MELAKUKAN SENAMAN BAGI MENJAGA KESEGARAN BADANNYA. KEPADA YANG SUDAH BIASA, SENAMAN BULAN PUASA BUKAN SESUATU YANG SUKAR ATAU BOLEH MEMBERI KESAN BURUK.   Sebaliknya, ia dapat mengelakkan diri kita daripada letiih atau lesu sepanjang hari. Jadi, bagaimanakah cara menjalankan senaman bulan puasa yang sebaiknya kita praktikkan? Lagipun berpuasa bukan menjadi alasan untuk kita bermalas-malasan dan langsung tidak bersenam.   Meskipun kita sedang berpuasa, senaman masih tetap diperlukan supaya badan tetap segar.   4 JAWAPAN KENAPA ANDA PERLU SENAMAN BULAN PUASA! WAKTU BERSENAM Perkara pertama yang perlu kita perhatikan jika mahu lakukan senaman bulan puasa adalah soal masa atau waktu melakukannya.   Ada yang beranggapan tidak bagus melakukan senaman di bulan puasa. Ini adalah kerana ketika berpuasa perut kita dalam keadaan kosong.   Ada pula mengatakan waktu terbaik melakukan senaman setelah kita berbuka puasa. Setela...

SAJIAN HEBAT SERUNDING TUNA DENGAN RESEPI RAYA AYAM BRAND™

DALAM SIRI PERTAMA RESEPI RAMADAN DAN RAYA  YANG DISIARKAN SEMALAM, ANDA DISARANKAN AGAR MENCABAR DERIA RASA AHLI KELUARGA DAN TETAMU ANDA DENGAN RESEPI RAYA ‘MI KUAH SANTAN’ BERSAMA KEPEDASAN AYAM BRAND™ ‘FIRE HOT CHILI’.   Pasti dapat merangsangkan lidah anda dengan sup yang pedas dan berkrim, membuatkan semua orang terus menambah.   Masukkan juga sentuhan eksotik hidangan Hari Raya anda dengan ‘Thai Basil Chili Sardines’ yang dipadankan bersama nasi, roti naan atau chapatti. Pada Hari Raya, serunding mesti ada. Tambahkan Ayam Brand™ ‘Flakes Spicy Tuna in Olive Oil’ untuk lebih rasa dan aroma. Memang padan dengan lontong, lemang atau ketupat.   BANYAK LAGI RESEPI RAYA UNTUK ANDA Resepi-resepi lain Ayam Brand™ yang sihat, mudah dan sedap untuk Ramadan dan Raya ini termasuklah Kari Ikan Tenggiri, ‘Spicy Tuna Coconut Quiches’, Mee Hoon Pelangi Tuna, Mee Wantan dengan Tenggiri Garing Berkrim, Kerabu Tuna, Cucur Tuna, Roti John, Sardin Sambal T...

6 SOLUSI BIJAK SUPAYA KITA LEBIH MUDAH BANGUN SAHUR

BUKAN SEMUA DI ANTARA KITA YANG SENANG BANGUN SAHUR. APATAH LAGI KALAU KITA JENIS ORANG YANG SUKA BERJAGA SAMPAI LEWAT PAGI.   Makan sahur adalah sunnah. Selain menjadikan kita lebih bertenaga dan bersemangat, bersahur juga memberikan kita kesempatan untuk meraih pahala.   Kadang-kadang bukan kita sengaja untuk melambatkan sahur, tetapi disebabkan tak sedar. Tau-tahu sahaja dah kesiangan dan waktu sahur pun dah habis!  Supaya situasi itu tidak berulang lagi, semak beberapa tip dari Mamanet ini. Paling penting, anda sempat menjamah kurma, minum air kosong, jus atau susu.     BERIKUT ENAM SOLUSI UNTUK LEBIH MUDAH BANGUN SAHUR: PASANG NIAT Memasang niat adalah perkara pertama yang perlu kita lakukan dalam setiap perkara yang kita buat.   Sebelum tidur, kita kenalah pasang niat untuk bangun lebih awal. Niat akan membuatkan seluruh badan dan jiwa kita seakan bersiap sedia untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang.   Dengan niat yang bersungguh-sungguh, sudah pasti kita boleh bangun sahu...

RESEPI AYAM MASAK MERAH TERLAJAK SEDAP

RESEPI AYAM MASAK MERAH INI BOLEH DIJADIKAN ALTERNATIF LAUK YANG SEDAP UNTUK HIDANGAN BERBUKA PUASA ATAUPUN BERSAHUR.   Rasanya yang sedikit pedas, manis dan sedikit masam bakal menambat selera kita ketika berbuka puasa nanti. Rempahnya yang meresap sempurna hingga ke serat daging menambahkan lagi keenakan Resepi Ayam Masak Merah Terlajak Sedap ini.   Cukup nikmat apabila dimakan bersama nasi panas. Sesuai untuk yang sering tak lalu makan.   BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK RESEPI AYAM MASAK MERAH TERLAJAK SEDAP INI: Seekor ayam, dicuci bersih, potong beberapa bahagian mengikut citarasa sendiri 1 sudu besar serbuk kunyit 1 sudu kecil garam halus 1 biji bawang Bombay (dipotong bulat) 6 biji bawang merah (dikisar halus) 3 ulas bawang putih (dikisar halus) 5 sudu besar cili kering(merah, dikisar halus) 2cm halia (dikisar halus) 3 sudu besar sos chili 3 sudu besar sos tomato 2 biji tomato (dicincang kasar) 2 sudu kecil gula pasir. 2 batang serai (ambil bahagian putih dan ketuk-ketukkan) 2...

7 SOLUSI ATAU CARA MENGATASI BADAN LESU KETIKA BERPUASA

KETIKA BERPUASA TENTU ADA DI ANTARA KITA YANG BERASA LESU DAN SEOLAH-OLAH TIDAK ADA ENERGI.  Apakah penyebab badan terasa lesu di bulan puasa dan apakah solusi terbaik dan berkesan untuk mengatasinya? Oleh kerana badan sering lesu ramai yang sedang berpuasa mengambil keputusan untuk tidur seharian atau malas melakukan sebarang aktiviti. Kononnya mahu menyimpan sisa-sisa tenaga. Sedangkan, badan lesu ketika berpuasa boleh kita cegah atau cari cara mengatasinya. Sebenarnya kesegaran badan pada waktu siang ketika berpuasa sangat dipengaruhi oleh makanan dan minuman yang kita makan sewaktu berbuka puasa dan bersahur serta aktviti seharian kita. Menyediakan makanan atau makan apa sahaja tanpa memikirkan jumlah atau ketepatan nutrisinya boleh menjadi penyebab badan kita menjadi lemah atau lesu serta kurang aktif dalam bulan puasa ini. Bahkan sikap gemar bermalas-malasan akan membuatkan kita bertambah lesu kerana mood kita jadi negatif dan hilang semangat. BERIKUT 7 CARA MENGATASI BADAN LESU...