Skip to main content

6 CARA DIET BULAN PUASA SIHAT & BOLEH KURUS!

KALAU TAK KENA CARA DIET BULAN PUASA, JANGAN TERKEJUT KALAU BERAT BADAN KITA JADI BERTAMBAH NAIK! PENGAMBILAN MAKANAN YANG BERLEBIHAN, DAN KURANG MELAKUKAN AKTIVITI SAMPINGAN  BOLEH MEMBUATKAN BERAT BADAN KITA JADI BERTAMBAH.

 

Pengambilan makanan yang berlebihan, dan kurang melakukan aktiviti sampingan  boleh membuatkan berat badan kita jadi bertambah. Tambahan pula ketika berpuasa metabolisme  dalam badan kita turut menurun sehingga pembakaran kalori menjadi lebih sedikit.

 

Di samping itu ketika berpuasa biasanya terjadi pergeseran antara sumber energi dan lemak. Lemak itu sendiri merupakan sumber energi kedua yang lebih mudah diolah daripada protein.

 

Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan jika tidak mahu berat badan kita bertambah naik sepanjang bulan Ramadan ini. Antaranya cuba amalkan diet bulan puasa dengan sebaik mungkin.

 

diet bulan puasa

DIET BULAN PUASA YANG BOLEH DIPRAKTIK BAGI MENDAPATKAN BERAT BADAN YANG IDEAL

 

  1. MENU SAHUR

Rasa lapar tidak boleh dihindari sepanjang berjam-jam berpuasa, tetapi kita boleh menundanya dengan makan makanan yang kaya dengan protein ketika bersahur dan karbohidrat kompleks yang tinggi serat seperti nasi merah, oatmeal, sayur-sayuran dan buah-buahan.

 

Kalori daripada karbohidrat terbakar lebih cepat daripada protein. Jadi, ketika bersahur usahakan untuk mengambil makanan yang cukup kalori, protein dan lemak. Cuma, kita tidak digalakkan untuk tidur kembali setelah bersahur kerana pada ketika itu pergerakan usus kita akan jadi lambat.

 

Sekiranya kita tidur kembali, gerakan usus akan jadi semakin lambat dan makanan tidak akan terhadam dengan sempurna. Tentu sahaja perkara ini menjadi sumber penyakit kita pada kemudian hari.

diet bulan puasa
Susu dikisar bersama kurma dan badam atau kacang lain sesuai dijadikan menu sahur yang mengenyangkan.

 

 

  1. KUNYAH MAKAN PERLAHAN DAN HANCUR

Makanlah secara perlahan dan kunyah makanan dengan sebaik mungkin. Disebabkan telah berlapar hampir sepanjang hari, kita cenderung akan makan dalam jumlah yang banyak dan makan dengan cepat.

 

Berbuka untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam badan dan bukannya memuasakan rasa lapar atau membalas dendam setelah  seharian kita berpuasa.

 

Lagipun makan yang terburu-buru ketika berbuka atau bersahur boleh menganggu kesihatan sistem penghadaman kita.

 

diet bulan puasa

 

  1. MINUM AIR SECUKUPNYA

Sepanjang bulan puasa ini kita mudah mengalami dehidrasi jika tidak minum air secukupnya. Puasa ataupun tidak semua itu tidak boleh kita jadikan alasan untuk tidak minum air dengan jumlah yang mencukupi.

 

Ketika berpuasa, air masak akan membantu menghilangkan pelbagai racun dalam badan. Pengambilan air masak yang banyak akan lebih efektif untuk menghilangkan racun dalam tubuh.

 

Ketika berbuka puasa sebaiknya dimulakan dengan meminum air masak, kemudian makanlah buah kurma atau buah-buahan secukupnya.

diet bulan puasa

 

  1. HADKAN PENGAMBILAN MAKANAN MANIS DAN BERSANTAN

Makanan dan minuman manis diperlukan ketika berbuka puasa untuk mengembalikan kadar gula darah dalam badan supaya kembali kembali normal dengan cepat.

 

Sungguhpun begitu, kita tetap perlu hadkan pengambilan kuih, kek, sirap dan makanan manis yang lain setelah berbuka dan bersahur. Karbohidrat sederhana yang terkandung di dalamnya akan membuatkan tubuh menjadi gemuk dengan cepat.

 

Ini adalah kerana karbohidrat ini mudah disimpan, dan tubuh jadi berlemak. Apabila kitaingin menurunkan berat badan ketika berpuasa, cuba pilih rasa manis dari buah-buahan, kurma atau pun jus tanpa gula.

 

diet bulan puasa

 

  1. PROTEIN DAN SERAT

Makanan yang kita ambil sebaiknya kaya dengan protein dan serat, terutama ketika kita berbuka puasa.

 

Kandungan protein, lemak baik serta serat yang mencukupi boleh membuatkan proses metabolisme dalam badan bertambah baik sehingga ketika kita tidur kalori yang terbakar menjadi lebih banyak.  Jadi, untuk anda yang obes atau mahu menurun lebih banyak berat badan, diet Atkins seperti di bawah ini sesuai untuk bulan puasa.

 

diet bulan puasa

 

  1. BERSENAM!

Walaupun berpuasa tetapi kita sebaiknya tidak mengabaikan aktiviti bersenam ini. Melakukan senaman di bulan puasa juga boleh menjadi salah satu cara menurunkan berat badan yang efektif. Kita boleh melakukan senaman ringkas seperti berjalan kaki, jogging setempat dan sit up.

Jika anda tidak suka bersenam, gantikan aktiviti senaman dengan aktiviti lasak lain seperti mencuci rumah, berkebun, bertukang, cuci kereta atau kerja berat yang lain. pastikan anda berpeluh dan lakukan dalam tempoh 2-4 jam.

diet bulan puasa

Itulah beberapa cara diet bulan puasa yang mampu membantu kita menurunkan berat badan. Diet yang baik adalah diet yang sentiasa menitikberatkan jenis makanan yang masuk ke dalam badan kita!

 

 

 

  • [btn text=”” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...