Anda masih mencari-cari destinasi berbuka puasa yang menyajikan pelbagai hidangan yang menampilkan selera Nusantara? Jom ke Restoran Secret Garden By SACC. Restoran Secret Garden By SACC yang terletak di tingkat bawah ibu pejabat PKNS yang baru ini sudah beroperasi sejak November 2021. Bertemakan Selera Nusantara, restoran ini menawarkan lebih 50 sajian istimewa. Antaranya Udang masak Lemak, Sotong Berlado, Kambing Kusi, Ayam Bakar dan macam-macam lagi. Fresh… Ikan Bakar Ulam-ulaman dan ikan masin memikat selera Yang suka daging kambing bakar memang puas hati! Serius! Ayam Bakar-nya memang terbaik! Menu utama akan berubah pada setiap hari dan anda juga boleh menikmati pelbagai menu enak daripada 8 gerai makanan yang tersedia. Antara menu yang terdapat di gerai makana tersebut ialah Char Kuew Teow, Roti John, Aneka Kuih Muih, Puding Roti,Lontong Selangor dan Pecal. Yang suka nak makan bubur lambuk dan minum Air Kathira, jangan lepas peluang untuk singgah ke gerai tersebut dan menik...