MEMILIH WARNA LIPSTIK TERBAIK YANG MEMANG SESUAI DENGAN WARNA TUDUNG ATAU HIJAB SANGAT PENTING. KESERASIAN KEDUA-DUANYA MAMPU MEMBUATKAN PENAMPILAN KITA MENJADI LEBIH CANTIK DAN MENARIK. Lipstik merupakan salah satu item kecantikan yang wajib dimiliki oleh setiap wanita. Hanya dengan sapuan lipstik di bibir, penampilan kita akan nampak berbeza. Bagi kita yang berhijab atau memakai tudung, sapuan lipstik perlu disesuaikan dengan warna supaya wajah kita tidak kelihatan pucat dan nampak lebih segar. 7 TIP PILIHAN WARNA LIPSTIK TERBAIK YANG SESUAI DIGAYAKAN BERSAMA WARNA TUDUNG YANG KITA GAYAKAN: 1. TUDUNG PUTIH Jika kita memakai hijab atau tudung berwarna putih, cuba sapukan bibir kita dengan lipstik berwarna terang, seperti merah atau merah jambu. Jika kita menggunakan lipstik berwarna merah, elakkan menyapu pemerah pipi atau blush on secara berlebihan. Ini adalah kerana warna lipstik terbaik itu telah memberikan kesan yang cukup menarik. 2. TUDUNG HITAM Sekiranya kita suka memakai tu...