Skip to main content

Posts

Showing posts with the label posisi

7 CARA ATASI SUSAH TIDUR KETIKA MENGANDUNG DENGAN MUDAH

SUKAR MELELAPKAN MATA ATAU TIDUR PADA MALAM HARI SERING DIALAMI OLEH WANITA MENGANDUNG. MASALAH INI BIASANYA BERLAKU PADA TRIMESTER KETIGA ATAU KETIKA USIA KANDUNGAN MENCECAH 8 BULAN. JADI, KETAHUI 7 CARA ATASI SUSAH TIDUR MALAM INI DENGAN MEMBACA ARTIKEL INI SAMPAI HABIS!   Susah tidur boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya kerana suhu panas kerana tiada pengudaraan yang baik dalam bilik atau rumah, keadaan perut yang semakin membesar, pergerakan bayi dalam kandungan, rasa senak pada ulu hati dan sebagainya. Itulah yang  membuatkan ramai ibu mengandung yang sukar memiliki tidur dengan lena atau nyenyak pada malam hari.   Ada beberapa cara atasi susah tidur pada ibu mengandung yang boleh dilakukan dengan mengikuti beberapa tip mudah. Masalah susah tidur ini perlu diatasi kerana disebabkan kurang tidur juga kesihatan badan ibu mengandung akan terganggu. Akibat kurang tidur badan akan terasa lemah, lesu, tidak bermaya sehingga nampak seperti orang yang kurang sihat. ...