Skip to main content

Posts

Showing posts with the label cantik

BIBIR SIHAT DAN TIDAK LEBAM. INI CARANYA!

Bibir sihat merupakan aset penting wajah kita. Ia sudah pastinya bebas daripada masalah bibir kering, mengelupas ataupun pecah-pecah.  Bibir pecah-pecah boleh membuatkan kulit pada bibir kita retak, mengelupas dan juga berdarah. Bibir kering juga boleh disebabkan oleh pelbagai macam faktor. Baca artikel ini sampai habis. Bibir mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis dan transparent. Berbeza dengan kulit muka, bibir tidak mempunyai kelenjar minyak. Jadi, sebab itulah bibir lebih mudah kering dan pecah-pecah. Kurangnya kelembapan adalah penyebab utama bibir kering dan pecah-pecah. PUNCA UTAMA KENAPA KITA TIDAK DAPAT BIBIR SIHAT  DEHIDRASI Dehidrasi boleh menganggu keseimbangan mineral semulajadi dalam badan, menyebabkan kerosakan. Bukan hanya pada sistem organ dalam badan, namun turut memberikan efek negatif pada kulit kita. Dehidrasi menimbulkan efek seperti pening, sakit kepala, sembelit, penurunan pengeluaran air kencing, mulut dan bibir kering. Di samping itu, dehidrasi yang parah...

BOSAN DAH DENGAN MASALAH TAHI LALAT & KULIT KUSAM - MUJUR JUMPA CLINIC D’UMRA SHAH ALAM

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, begitulah pengalaman yang dialami oleh salah seorang team Mamanet beberapa hari sebelum Raya. Syukur sangat bila dapat peluang menjalani rawatan facial dan membuang tahi lalat di CLINIC D’UMRA Shah Alam. Satu pengalaman yang sangat berharga bagi kami di Mamanet. Clinic d’Umra terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Kepada yang biasa dengan Shah Alam, pasti tahu tentangHospital UMRA yang popular sebagai hospital bersalin pilihan ramai. Manakala kedudukanCLINIC D’UMRA ini pula betul-betul terletak di sebelah Hospital UMRA. Memangsenang nak cari sebab lokasinya tidak jauh dari bulatan Stadium Shah Alam. Bagi anda yang belum tahu, CLINIC D’UMRA ini merupakan klinikestetika, awet muda dan kesejahteraan diri. Maksudnya kepada mereka yang mahumenambah baik penampilan luar dan dalam, inilah pilihan yang tepat. Jika anda ke salon, belum tentu kaedah yang diamalkanselamat. Sebab itu, Mamanet syorkan anda datang ke sini sama ada sekadar untukm...

TIMEWISE® MIRACLE SET 3D™ REVOLUSI KULIT CANTIK ANTI-AGING

TimeWise® Miracle Set 3D™ adalah revolusi kulit cantik anti-aging terkini daripada Mary Kay. Ia dikatakan mampu mempertahankan, memperlambatkan dan membuktikan kulit anda kelihatan muda lebih lama.   Sebagai wanita kita pasti mahu memiliki kulit yang sentiasa sihat dan cantik. Namun, tanpa disedari pertambahan usia membuatkan pengeluaran kolagen di dalam tubuh menjadi semakin berkurangan.   Dan tahukah anda yang hanya 20 peratus penuaan kulit yang kelihatan disebabkan proses penuaan semulajadi? Ini bermakna faktor lain datang dari kehidupan seharian. Sinaran UV, pencemaran, debu, pemakanan, merokok, kekurangan tidur dan tekanan – semua ini merupakan faktor yang mempercepatkan proses penuaan, yang boleh membawa kepada penuaan kulit pra-matang. Disebabkan kita tak dapat menghentikan masa, Mary Kay telah menemui cara untuk kita melambatkannya. Rahsia Kulit Cantik Dengan TimeWise® Miracle Set 3D™ * MEMPERTAHANKAN kulit dari radikal bebas yang mempercepatkan pen...

7 CARA HILANGKAN LEMAK BAWAH DAGU PALING MUDAH DAN BERKESAN

Kewujudan lemak bawah dagu atau double chin boleh terjadi pada sesiapapun terutama orang gemuk. Jika anda berhadapan dengan masalah ini adalah lebih baik jika anda mengetahui cara hilangkan lemak bawah dagu ini dengan cara yang paling mudah dan berkesan!   Selain obesiti yang menjadi faktor utama penyebab lemak di bawah dagu, faktor genetik atau keturunan juga memainkan peranan penting kemunculannya. Lagi satu, lemak di bawah dagu juga boleh disebabkan oleh masalah penuaan. Sekiranya sewaktu muda anda sudah memiliki lemak di bawah dagu, keadaan akan jadi bertambah buruk apabila anda meningkat usia tua nanti.   Sungguhpun begitu, jangan risau ya. Anda tidak tidak perlu melakukan pembedahan untuk menghilangnya kerana ada beberapa cara hilangkan lemak bawah dagu secara semulajadi yang boleh anda cuba. Cara  Hilangkan Lemak Bawah Dagu: Senaman Dagu Caranya senang sahaja, buka mulut anda luas-luas. Kemudian, cuba tarik dan kuatkan lemak dengan tangan. Lakukannya selama 60 saat pada...

TIP PADANAN BAJU DAN TUDUNG UNTUK GAYA YANG LEBIH SEMPOI

Padanan baju dan tudung yang dikenakan mampu memberikan gambaran terhadap keseluruhan gaya penampilan kita.   Jadi, sebab itulah kita perlu lebih bijak untuk mensuaipadankan baju dan tudung supaya penampilan kita lebih cantik dan sedap di pandang mata.   Tip Padanan Baju Dan Tudung Untuk Gaya Yang Sederhana Atau Sempoi   Baju Kosong (Polos) Dan Tudung Kosong (Polos) Kombinasi atau padanan baju dan tudung kosong adalah gabungan yang paling selamat. Biasanya kombinasi sebegini mampu memberikan kesan yang sederhana. Cuma, apa yang perlu kita titiberatkan adalah keserasian warna baju dan juga warna tudung. Tudung Kosong Dan Baju Bermotif Biarpun blaus atau baju yang digayakan bermotif, namun jika dikenakan dengan tudung kosong ia tetap menampilkan gaya yang sederhana.   Pilihan motif atau corak baju yang berflora atau abstrak dengan warna lembut boleh dijadikan pilihan. Kombinasi gaya seperti ini mampu menyerlahkan gaya sederhana, namun pastikan warnanya serasi.   A...

KETAHUI 5 PUNCA STRETCH MARK DAN SOLUSI MENGATASINYA

Apa punca munculnya stretch mark (regangan berlebihan pada kulit) pada bahagian tubuh kita seperti di atas perut, paha, payudara dan juga punggung?   Kesan regangan yang pada mulanya berwarna merah jambu atau ungu, lama kelamaan akan berubah menjadi warna putih atau kelabu, bergantung pada warna kulit seseorang.   Masalah stretch mark ini bukan sahaja dialami oleh wanita mengandung. Jadi, adalah lebih baik jika kita ketahui punca stretch mark dan cara untuk mengatasinya.   Beberapa Punca Stretch Mark   Mengandung Ramai ibu mengandung yang keliru dan beranggapan stretch mark ini muncul disebabkan tabiat suka menggaru di perut atau paha. Sedangkan rasa gatal tersebut timbul sebagai petanda awal munculnya stretch mark.   Ketika kulit meregang dengan cepat akibat anggota badan mengembang, lapisan tengah kulit akan menipis sehingga lapisan di bawahnya muncul ke permukaan. Keadaan inilah yang dikatakan stretch mark. Obesiti Pertambahan berat badan secara mendadak bole...

5 KESALAHAN BESAR BILA KITA PAKAI LIPSTIK

Kuasa lipstik sangat luar biasa. Mana-mana wanita yang pakai lipstik pasti akan nampak lain penampilannya. Lipstik bukan sahaja mampu merubah penampilan, bahkan memanipuasikan wajah wanita yang nampak pucat menjadi lebih berseri dan segar!   Lipstik adalah salah satu produk kecantikan yang wajib dimiliki hampir semua wanita. Namun, ramai di antara kita yang  masih salah dalam mengaplikasikan lipstik.   Berikut Ada Beberapa Cara Untuk Mengatasi Beberapa Kesalahan Pakai Lipstik Sehingga Membuatkan Bibir Rosak:   Tidak Pakai Pelembab Bibir Ramai di antara kita yang tidak melembabkan bibir terlebih dahulu sebelum memakai lipstik.   Untuk memiliki bibir yang nampak segar, selain memperbanyakkan minum air masalah, selalu mengaplikasi pelembab atau primer terlebih dahulu. Membiarkan Bibir Pecah-Pecah Atau Meggelupas Mengaplikasikan lipstik pada bibir yang kering ataupun pecah-pecah boleh membuatkan bibir kering kita semakin parah.   Rawat bibir dengan menggunakan berus...

6 MAKANAN SEDAP BUAT KULIT AWET MUDA

Rata-rata wanita di dunia ini mahu kelihatan awet muda. Namun, ramai yang tidak tahu ada beberapa jenis makanan sedap yang boleh dimanfaatkan bagi mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.   Tidak dinafikan untuk nampak lebih awet muda, kebanyakan wanita cenderung menggunakan pelbagai produk kecantikan, khususnya yang mengandungi UV protection dan retinol.   Sungguhpun begitu, kita tetap perlu menitikberatkan soal pengambilan makanan diet yang berkhasiat. Terdapat banyak makanan sedap yang boleh membuatkan kulit kita menjadi lebih awet muda. Berikut Beberapa Jenis Makanan Sedap Terbaik Bagi Mendapatkan Kulit Yang Lebih Awet Muda:   Buah Delima Buah ini sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin B5, kalium, riboflavin, polifenol dan antioksida yang dapat meningkatkan keindahan dan umur kulit.   Jus delima adalah ubat yang paling bagus untuk kulit yang rosak disebabkan sinaran cahaya matahari atau penuaan semulajadi. Buah ini juga dikatakan dapat memperbaiki kerosakan k...

INILAH 7 PUNCA RAMBUT ROSAK KERAP DIALAMI WANITA BERHIJAB

RISAU RAMBUT KUSUT ATAU ROSAK KERANA KERANA BERTUDUNG? BAGAIMANA MENJAGANYA DENGAN BETUL SUPAYA RAMBUT KITA TERJAGA DENGAN BAIK? SEBELUM ITU, CUBA KITA PERHATIKAN APAYANG SERING MENJADI PUNCA RAMBUT ROSAK.   Janganlah takut atau risau sangat dengan masalah rambut rosak ini. Ini adalah kerana dengan bertudung kita bukan sahaja mendapat banyak manfaat keberkatannya. Malahan, kesihatan rambut kita juga terjaga.   Pemakaian tudung atau hijab dapat melindungi rambut kita daripada terdedah daripda sinaran ultra violet dan pencemaran udara yang menyebabkan rambut kering, kusut serta rosak.   Namun, sebagai wanita yang memakai tudung pada setiap hari kita memerlukan penjagaan rambut yang lebih ekstra dan rutin kerana rambut kita tertutup sepanjang hari.   Penjagaan rambut ini tidak semestinya kita wajib ke salon, sebaliknya boleh juga dilakukan di rumah.   BERIKUT BEBERAPA PUNCA RAMBUT ROSAK, KUSUT ATAUPUN BERKELEMUMUR:   PAKAI TUDUNG MASA RAMBUT MASIH BASAH Ramai ...