Skip to main content

BOSAN DAH DENGAN MASALAH TAHI LALAT & KULIT KUSAM - MUJUR JUMPA CLINIC D’UMRA SHAH ALAM

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, begitulah pengalaman yang dialami oleh salah seorang team Mamanet beberapa hari sebelum Raya. Syukur sangat bila dapat peluang menjalani rawatan facial dan membuang tahi lalat di CLINIC D’UMRA Shah Alam. Satu pengalaman yang sangat berharga bagi kami di Mamanet.

Clinic d’Umra terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Kepada yang biasa dengan Shah Alam, pasti tahu tentangHospital UMRA yang popular sebagai hospital bersalin pilihan ramai. Manakala kedudukanCLINIC D’UMRA ini pula betul-betul terletak di sebelah Hospital UMRA. Memangsenang nak cari sebab lokasinya tidak jauh dari bulatan Stadium Shah Alam.

Bagi anda yang belum tahu, CLINIC D’UMRA ini merupakan klinikestetika, awet muda dan kesejahteraan diri. Maksudnya kepada mereka yang mahumenambah baik penampilan luar dan dalam, inilah pilihan yang tepat.

Jika anda ke salon, belum tentu kaedah yang diamalkanselamat. Sebab itu, Mamanet syorkan anda datang ke sini sama ada sekadar untukmembuat facial muka biasa atau yang lebih intensif seperti membuanglemak kerana di sini rawatan dilakukan oleh doktor dan pembantu yang bertauliah.Kadar harganya pula sangat berpatutan. Anda mungkin tak percaya dan rasamenyesal sebab tak datang sini lebih awal.

Hapuskan Tahi Lalat Dengan Teknologi CO2 Laser

Dr. Lashela Dharmadas memberikan padangan terbaiknya tentang rawatan yang perlu.

Baiklah kita berbalik pada cerita Mamanet di CLINIC D’UMRA ini.Sebaik tiba pada masa yang telah ditetapkan, Mamanet telah mendapat konsultansipercuma daripada Doktor Pakar Estetika iaitu Dr. Lashela Dharmadas. Dr Shelamemberikan beberapa nasihat terbaik untuk mengatasi masalah kulit Mamanet.

Tahi lalat ini berwarna cair atau bening.

Pertama kali bertentang mata dengan Dr. Shela yang manis danperamah, terus beliau syor untuk buang tahi lalat atau mole di tepihidung. Sebenarnya inilah impian Mamanet sejak sekian lama. Mamanet nak sangatmuka bersih, licin dan jauh dari segala anasir yang menganggu di wajah.

Contoh skin tag yang menjejaskan keselesaan pengidapnya.

Bukan itu sahaja, Mamanet pun ada ‘skin tag’ kat bahagian ketiak. Tahu tak apa dia ‘skin tag’? ‘Skin tag’ ini adalah lebihan kulit yang terjadi akibat geseran. Ada kala ia tumbuh di leher, dada atau bahagian badan yang lain sama seperti ketuat yang selalu mengganggu keselesaan kita.

Puas sudah Mamanet amalkan petua dan guna ubat farmasi untuktanggalkan ‘skin tag’ ini tapi gagal. Bila bertemu Dr. Shela, beliau terus sajacadangkan Mamanet buat rawatan C02 Laser. Sekelip mata sahaja masalah selesai.Alhamdulillah, Mamanet gembira sangat.

Untuk makluman semua tahi lalat (dalam pelbagai rupa) adalahperkara biasa dan kebanyakan orang mempunyai satu atau lebih tahi lalat. Tahilalat terhasil daripada konsentrasi pigment-producing cells (melanocytes)pada kulit anda.

Contoh tahi lalat yang telah dibuang.

Tahi lalat ini biasanya wujud sejak zaman kanak-kanak dan makin berubah dari segi saiz serta warna mengikut peningkatan usia. Tahi lalat baru biasanya muncul bila anda mengalami perubahan hormon, misalnya sewaktu hamil.

Kebanyakannya bersaiz kurang daripada 1/4 inci diameter. Biasanya ia berwarna cerah atau coklat dan hitam. Ia boleh tumbuh di mana sahaja pada tubuh anda sama ada hanya satu atau banyak. Di CLINIC D’UMRA, tahi lalat boleh dihapuskan dengan menggunakan CO2 Laser tanpa meninggalkan kesan parut yang ketara. Prosesnya pun tak sakit sebab kita akan dibius dulu.

Jom lihat video ini sewaktu tahi lalat dibuang dengan menggunakan CO2 Laser.

Rawatan C02 Laser

Kesan merah ialah bekas tahi lalat yang telah ditanggalkan.

Rawatan Terkini Menggunakan Mesin Indiba WISH Pro Facial

Hati bertambah teruja bila Dr. Shela syorkan pula Mamanetbuat rawatan awet muda yang canggih dan bebas jarum iaitu dengan Indiba WISHPro Facial. Sememangnya Mamanet ada masalah kulit yang agak kusam dan mula terjejasakibat proses penuaan (maklumlah bila usia sudah menjejak 4 series). Dr. Shelamemang memahami kehendak pelanggan. Thumbs up untuk Dr!

Rawatan Indiba WISH Pro Facial ini dapat membantu meremajakankulit kerana ia disertakan sekali dengan ramuan rahsia atau pati semualajadiyang diserapmasuk ke dalam kulit dengan menggunakan alat infra merah.

Kaedah ini dapat mengurangkan garis-garis kedut dengan berkesan, menegangkan kulit dan pada masa yang sama dapat mengurangkan pigmentasi hingga menjadikan wajah lebih mulus, gebu dan cerah sekata serta-merta.

Jom tengok video rawatan WISH Pro Facial

WISH Pro Facial

Kebetulan pula, Mamanet buat rawatan ni masa nak raya, maka memang muka raya sungguhlah kali ini! Untuk anda yang mahukan wajah yang lebih segar dan muda secara semula jadi, masih belum terlewat lagi. Datanglah ke CLINIC D’UMRA, anda pasti akan tersenyum berseri-seri.

Pelbagai Rawatan Kecantikan di CLINIC D’UMRA

Clinic D’Umra bukan hanya menyelesaikan masalah muka atau kulit saja, tapi bagi anda yang bosan dengan lemak berlebihan dan bentuk badan yang mengeleber, bolehlah ke sini. Bahkan rawatan untuk kesejahteraan rumah tangga (mengetatkan vagina) pun ada.  Ingat ya, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan dan tiada penyakit yang tiada penawar kecuali mati.

Pendek kata, sebarang rawatan dari hujung rambut hinggahujung kaki, semuanya ada. Usah takut dengan harga. Benda boleh bincang, buatapa simpan. Jadi, sila datang jumpa doktor dan bincang secara empat mata.

Lebih istimewa, untuk anda yang ada masa terluang dan denganbajet yang sangat ketat, rebutlah peluang HAPPY HOUR! Waktu ini harga memang RUNTUH!Memang rugilah sesiapa yang tak nak GRAB! Nak tahu lebih lanjut, sila klik dibawah:

Facebook: Clinic d’Umra

Laman web: Umraskin.com

Untuk sebarang kemusykilan atau mahu menetapkan temu janji, cepat hubungi nombor di bawah:
017-883 1944 atau 03 – 5518 0009

KLINIK D’ UMRA SHAH ALAM
No. 12, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, Shah Alam, 40100,
Shah Alam, Selangor.

#ClinicDUmra#aestheticclinicshahalam
#skinclinic #drlashela
#aestheticclinicshahalam #skinclinicselangor#moleremoval
#drlashela#moleremoval
#drlashela

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .