Skip to main content

Posts

Showing posts with the label lawatan

MELAKA DESTINASI SULUNG SIRI COLOURS OF LIVES TRAVELOGUE MALAYSIA

Siapa yang tidak teruja setiap kali berpeluang berkunjung ke Melaka Negeri Bersejarah kerana di sinilah segala-galanya bermula. Sama ada anda datang bersama keluarga atau pun rakan-rakan, melawat Melaka tidak akan cukup sehari. Ada banyak tempat menarik yang perlu dikunjungi sekitar Melaka.   Ironinya, ramai yang terlupa bahawa Melaka juga mempunyai pantai yang tidak kurang menarik kerana ia bersempadan dengan Port Dickson iaitu pusat peranginan tepi pantai popular bagi warga tempatan di Malaysia.   Biasanya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka akan mengambil masa lebih kurang 2 jam jika melalui Lebuh Raya Plus. Bagaimanapun jika anda ada masa, apa kata anda masuk ke Melaka melalui laluan alternatif  iaitu Port Dickson – Tanjung Tuan – Kuala Linggi. Meskipun anda mungkin akan lewat satu atau dua jam, namun ia amat berbaloi.   Untuk menikmati kelainan perjalanan ke Melaka, maka edisi pertama siri jelajah Colours of Lives Travelogue Malaysia ini telah memilih laluan...