Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Event

Guardian Anjur Bengkel Kebersihan Dan Sumbang Produk Mandian Kepada Pelajar Sekolah

Kira-kira 200 pelajar Tahun 2 dan pelajar Berkerperluan Khas dari Sekolah Kebangsaan Shah Alam baru-baru ini, telah menyertai Bengkel Kebersihan Guardian interaktif anjuran Guardian Malaysia. Ini merupakan sebahagian daripada program khidmat masyarakatnya di seluruh negara, ‘Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak’, membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah kekal bersih dan seterusnya, kekal sihat. Soren Lauridsen, Ketua Pegawai Eksekutif, Kesihatan dan Kecantikan Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata; “Kami berasa senang hati dan bangga menyaksikan keseronokan pada wajah kanak-kanak ini ketika mempelajari tentang amalan kebersihan yang baik di Bengkel Kebersihan kami. Kami percaya bahawa semua orang berhak untuk menjadi bersih dan sihat.  Ia adalah hak asasi manusia. Hal ini tidak sepatutnya menjadi satu kemewahan atau keistimewaan, terutamanya bagi kanak-kanak. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah ...

Pakar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur, Tentulah Ergoworks !

Letakkan kepercayaan anda kepada yang pakar. Jangan khuatir, kerana Ergoworks sedia untuk menyokong anda.Ergoworks memperjuangkan pengurusan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur menerusi kedai flagship pertama di Pavillion Bukit Jalil. Parkar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur Ergoworks, penyedia ergonomik yang memenangi anugerah, membawakan sains kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur ke pasaran Malaysia menerusi pelancaran kedai flagshipnya yang pertama di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini. Ditubuhkan pada 2005 di Singapura, Ergoworks berusaha ke arah mengubah dan menerajui industri ergonomik holistik dan profesional dan sejak itu telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 500 PKS Berpotensi Terbaik di Singapura. Berazam untuk mengembangkan portfolionya dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan sokongan lumbar dan penjagaan postur, kedai flagship Ergoworks yang baru dilancarkan ini akan berfungsi sebagai sebuah pusat sehenti yang menyediakan penyelesa...

Video Hari Raya, 'Guardian Raya Untuk Semua'

Guardian Malaysia hari ini mengadakan tayangan perdana ‘Guardian Raya Untuk Semua’, video Raya Guardian untuk Hari Raya 2023, bersempena dengan pelancaran tawaran Hari Rayanya yang menakjubkan!    Menurut Angela Teo, Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd “Video Raya 2023 kami, bertajuk ‘Guardian Raya Untuk Semua’, dihasilkan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan nilai-nilai kekeluargaan, terutamanya di masa-masa berharga seperti Hari Raya.   “Kami turut menggunakan kesempatan ini untuk menyerlahkan peranan Guardian dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dengan membantu mereka berhari raya secara sihat dan bergaya, menerusi tawaran pelbagai produk kesihatan dan kecantikan hebat pada nilai yang lebih baik tahun ini!” jelas beliau di majlis tayangan video raya dan berbuka puasa bersama media.   Video Hari Raya Guardian Cukup Menghiburkan Video Raya tersebut, yang menampilkan lagu berirama joget yang rancak oleh Guardian, dibangunkan ...

Suke TV Umumkan Senarai Program Baru

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun Suke TV yang diasaskan Dato’ AC Mizal ini bersiaran secara rasminya menerusi platform myFreeview (saluran 116) iaitu rangkaian penyiaran digital tanpa langganan. Program Baru 2023 Di Suke TV Suke TV adalahrangkaian penyiaran hiburan dan pembelian dari rumah yang terbaru di Malaysia, telah mengumumkan senarai program baru untuk tahun 2023. Berteraskan moto “Bringing Happy Back”, Suke TV bertujuan untuk menghibur dan memberi maklumat kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan genre program yang berbeza. Antara program-program terbaru adalah Suke Tune, VC (Video Clip), I PC U (I Penasihat Cinta U), Pin Pin Siapa Tu, Odah Billionaire, Suke Tanya Ustaz, Suke Celeb Raya, dan musim baru program popular seperti Berita Latah Musim ke-4, Tanya Jer Musim ke-2 dan Sejarah Dari Sejadah Musim ke-2. Bermatlamatkan untuk menghiburkan rakyat dan memperkasakan industri, Suke TV juga telah bekerjasama dengan juruanimasi tempatan, Wan Animation S...

Portal Kota Buku Digital - Platform Perbukuan Terbesar

Portal Kota Buku Digital Malaysia merupakan sebuah platform perbukuan digital terbesar negara dibangunkan oleh PKB yang mengumpulkan keseluruhan ekosistem industri buku termasuklah penerbitan, penulisan, penterjemahan, jualan, dagangan dan pelbagai aktiviti perbukuan. Ia bertujuan memudahkan masyarakat secara amnya dan murid sekolah khususnya bagi mendapatkan akses kepada buku serta variasi bahan bacaan berkualiti dan terkini secara saksama dengan lebih efisien. Portal Kota Buku Digital Malaysia Perbadanan Kota Buku (PKB) ini merupakan sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Merchantrade Asia Sdn. Bhd. (Merchantrade) dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menawarkan pilihan kepada fungsi e-dompet ‘Merchantrade Money’ di sambil disaksikan oleh YBrs. Tuan Muhammad Kamil bin Abdul Munim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia baru-baru ini. Menerusi jalinan kerjasama str...

I'dahlia Corner Tampilkan Aneka Menu Ala Kampung Untuk Buffet Ramadan 2023

I’dahlia Corner menawarkan aneka juadah kuih-muih serta lauk-pauk ala kampung dan moden yang cukup enak untuk dinikmati! Nikmati Buffet Ramadan Dalam Taman Di I’dahlia Corner Buat kali kedua buffet Ramadan berkonsepkan dalam taman ini dilaksanakan setelah mendapat sambutan yang menggalakan pada tahun lepas. Bagi anda yang mahu berbuka puasa di luar bersama rakan dan sanak saudara, jangan ketinggalan untuk masukkan I’dahlia Corner dalam list. Lokasi tempat nie agak strategik, berada dalam kawasan tiga segi emas atau ‘golden triangle’ dan terletak tidak jauh daripada kawasan kejiranan KLCC. Selain itu, keunikan buffet ramadan dalam taman di I’dahlia Corner adalah pengunjung dapat menikmati buka puasa dalam suasana yang santai dan selesa sambil diserikan dgn persembahan kebudayaan pada setiap hujung minggu. Artikel Lain: Buffet Ramadhan di Fairfield by Marriott KL  Menu paling mantop. Sup Tulang Meletop! Sajian Istimewa Sup Tulang Meletop Pemilik...

Buffet Ramadan Pusat Konvensyen Shah Alam Bertemakan Cita Rasa Muhibbah

Buffet Ramadan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kembali lagi dan untuk tahun ini bertemakan “Cita Rasa Muhibbah”. Ia bermula pada 25 Mac hingga 19 April 2023. “Cita Rasa Muhibbah” Tema Menu Buffet Ramadan SACC  Menurut Ketua Pegawai Operasi, En. Mohd Yusof bin Mahmud, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisional hasil daripada pencampuran budaya pelbagai kaum etnik yang telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Mengambil inspirasi daripada pencampuran budaya dan situasi masyarakat yang majmuk di Malaysia – SACC memilih “Cita Rasa Muhibbah” sebagai tema untuk menu buffet Ramadan Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama-sama kumpulan chef SACC menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC. Setiap kali Ramadan juga, sudah menjadi kelaziman bagi SACC untuk menyediakan hidangan utama iaitu Kambing Kebuli yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Jangan lepaskan peluang untu...

Program Amal Persatuan Sindrom Down Malaysia Bersama World Saree Day Malaysia

Program Amal Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) Bersama World Saree Day Malaysia (WSDM)  menggabungan kesenian dan kebudayaan. Program ini disokong oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) dan Suruhanjaya Tinggi India. Program Amal Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) Tujuan program ini adalah untuk menjana dana kepada PSDM dan dalam masa yang sama, mendidik tentang keunikan Saree serta memperkenalkan budaya pemakaian Saree di kalangan rakyat Malaysia. PSDM adalah pertubuhan bukan untung yang ditubuhkan pada 2001, ia mempunyai sukarelawan kebajikan yang menjaga pembangunan dan memperjuangkan hak individu Sindrom Down (SD) di seluruh Malaysia melalui perspektif kesihatan, kebajikan, pendidikan, latihan kerjaya vokasional, dan pekerjaan. Di PSDM, kanak-kanak Sindrom Down didedahkan dengan pelbagai kemahiran seperti memasak, membasuh pakaian dan pelbagai kemahiran lain demi membantu mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Artikel Lain : Projek CSR #darihati123mamane...

Uniqlo Spring /Spring Summer 2023 Collection

Clothes that make you feel good, boost your confidence, and brighten your day! LifeWearwith functionality and beauty combined. Sneak peek of Uniqlo’s 2023 Spring Summer Collection ~ LifeWear, Uniqlo U, Uniqlo x INES DE LA FRESSANGE, Uniqlo UT, UV Protection, AIRISM and more. UNIQLO Spring / Summer 2023  AIRism T-shirts so comfortable your sweat is wicked away before you know it. Breezy linen shirts in refreshing colors―an artfully updated classic. BLUE CYCLE JEANS reduce the amount of water used in the jeans finishing process by up to 99%*, as part of our efforts to make better and more responsible products. LifeWear is clothing designed to make everyone’s life better.  OUTERWEAR Despite the chill in the air, the mood is here decidedly spring. UNIQLO has put together a lineup of more fashionable outerwear, outfitting apparel with functionality to comfortably navigate the changing of the seasons. In addition to an outerwear variation of the popular Ultra Light Jacket known for its ...

BCF LEAD AWARD 2022 MALAM PENUH GEMILANG

BCF LEAD AWARD 2022 | Majlis ini dianjurkan adalah untuk memberi anugerah dan penghargaan kepada semua leader, stokis dan ejen yang telah mencapai jualan tertinggi sepanjang tahun 2022. BCF Lead Award 2022 merupakan majlis tahunan yang dibuat oleh By Chefiza Sdn.Bhd (BCF), pengeluar produk Muslimah seperti tudung, inner neck,snowcap, stoking dan stoking tangan. Ini merupakan majlis tahunan yang dibuat dan ia adalah julung kali di adakan di luar Kelantan. Jenama ini pernah mencatat jualan snowcap hantu sehingga satu juta helai di awal penubuhan. Ia mempunyai kelainan dalam penghasilan produk tudung dan sentiasa mementingkan kualiti fabrik. Hasil dari permintaan yang tinggi inilah mereka komited dalam pengeluaran busana muslimah terutamanya produk tudung yang mampu milik, selesa dipakai serta patuh syariah. Puan Chefiza dan suaminya, Muhammad Fitri Abdul Razak selaku pengasas bersama By Chefiza Sdn Bhd By Chefiza Sdn Bhd, diasaskan oleh Che Nurul Hafizah binti Che Zulkifli yang leb...

MAJLIS WALIMATUL URUS PERDANA ANJURAN MAIWP RAIKAN 100 PASANGAN MEMPELAI DI DATARAN MERDEKA

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada hari ini mengadakan Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka sempena dengan penganjuran Karnival MAIWP 2023.  Seramai 100 pasangan mempelai yang terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan mualaf telah diraikan dalam majlis gilang gemilang, bertemakan ”Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam”. Pasangan pengantin ini menerima sepersalinan pakaian pengantin berserta perhiasan.  Artikel Lain: 5 ALASAN KENAPA ANAK ZAMAN SEKARANG PILIH KAHWIN MUDA M ajlis Walimatul Urus Perdana Menariknya, 100 pasangan mempelai itu diarak menaiki Hop on Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak karnival di Dataran Merdeka. Bahkan mereka juga disandingkan atas pelamin yang disediakan dan turut menerima wang tunai RM2,000 setiap pasangan pengantin. Dalam majlis tersebut, dua pasangan pengantin dinikahkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib bin Ismail.  Skim Bantuan Perkahwinan Skim bantuan perkahwinan merupakan salah satu s...