Skip to main content

Pakar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur, Tentulah Ergoworks !

Pakar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur, Ergoworks

Letakkan kepercayaan anda kepada yang pakar. Jangan khuatir, kerana Ergoworks sedia untuk menyokong anda.Ergoworks memperjuangkan pengurusan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur menerusi kedai flagship pertama di Pavillion Bukit Jalil.

Parkar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur

Ergoworks, penyedia ergonomik yang memenangi anugerah, membawakan sains kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur ke pasaran Malaysia menerusi pelancaran kedai flagshipnya yang pertama di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

Pakar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur, Ergoworks

Ditubuhkan pada 2005 di Singapura, Ergoworks berusaha ke arah mengubah dan menerajui industri ergonomik holistik dan profesional dan sejak itu telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 500 PKS Berpotensi Terbaik di Singapura.

Berazam untuk mengembangkan portfolionya dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan sokongan lumbar dan penjagaan postur, kedai flagship Ergoworks yang baru dilancarkan ini akan berfungsi sebagai sebuah pusat sehenti yang menyediakan penyelesaian holistik kesihatan ergonomik dan postur untuk semua peringkat usia dengan produk dan perkhidmatan yang tiada tolok bandingannya. 

“Kami gembira kerana dapat mengembangkan operasi kami ke pasaran Malaysia. Di Ergoworks, kami yakin dalam menyediakan sebuah syurga untuk para eksekutif dan pemilik rumah menjaga kesihatan tulang belakang dan postur mereka, dan kami berazam untuk menyediakan sebuah pusat sehenti penyelesaian holistik kesihatan ergonomik dan postur kepada rakyat Malaysia, yang boleh didapati mengikut keselesaan mereka sendiri. Dengan kehadiran Ergoworks di Malaysia, kami berhasrat untuk membuka jalan ke arah sokongan lumbar, kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur yang optimum di samping memperjuangkan keselesaan dalam melakukan aktiviti harian menerusi sains,” ujar Pengasas Ergoworks, Joseph Tan. 

Artikel Lain: Kenapa Keperluan Protein Sangat Penting?

Sebagai jenama ergonomik terkemuka dan terawal di Asia, Ergoworks menawarkan rangkaian luas keperluan dan produk ergonomik yang menggalakkan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur lebih baik secara keseluruhannya.

Yang mana kesemuanya telah mendapat pengiktirafan dan disyorkan secara profesional oleh Persatuan Kiropraktik (Singapura) dan Persatuan Fisioterapi Singapura. Menerusi produknya, Ergoworks menyasarkan untuk membantu semua rakyat Malaysia mempunyai pengalaman yang lebih sihat dan selesa dalam melakukan aktiviti seharian mereka.   

Bagi meraikan pelancaran kedai flagship pertama mereka, Ergoworks telah menganjurkan majlis perasmian besar-besaran yang dihadiri oleh, Joseph Tan, Pengasas Ergoworks bersama tetamu kehormat, Rennie Pan, pengasas bersama Ergoworks dan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh

Beberapa rakan media dan KOL terpilih turut dijemput ke majlis pelancaran tersebut bagi menjadi antara yang pertama melihat secara eksklusif produk terkini Ergoworks dan melawat kedai baharu itu bersama-sama pengasas Ergoworks, En. Joseph Tan bagi mempelajari lebih lanjut mengenai jenama itu.

Pakar Kesihatan Tulang Belakang Dan Penjagaan Postur, Ergoworks

Serah Sahaja Kepada Mereka Yang Pakar

Dengan beberapa produk baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk datang sendiri ke Ergoworks di Pavilion Bukit Jalil atau IOI City Mall dan serahkan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur anda kepada mereka yang pakar. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ergoworks dan pelbagai produk yang ditawarkan, sila kunjungi laman sesawang mereka di https://ergoworks.com.my

Comments

Popular posts from this blog

LAC Raikan “Learning at Work Week” dengan BSpeed

LAC, jenama terkemuka dalam bidang suplemen kesihatan,  teruja untuk tampil menyertai sambutan “Learning at Work Week”, sebuah inisiatif yang dimulakan di UK. Baginya ketangkasan mental dan kesediaan untuk pembangunan diri memainkan peranan yang penting, memandangkan permintaan bagi peningkatan kemahiran dan latihan semula pada masa ini yang kian meningkat. Untuk menjaga kesihatan otak, LAC mengesyorkan BSpeed, produk istimewa yang dirumuskan dengan gabungan unik bahan-bahan berkualiti tinggi. BSpeed dihasilkan untuk meningkatkan kejelasan fikiran, memori, dan tumpuan bagi membantu individu mengekalkan ketajaman fikiran agar pengguna dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, keupayaan suplemen ini untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga dapat membantu memberikan kelebihan kepada pengguna untuk menjayakan apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada kerja seharian mahupun kegiatan olahraga. Artikel Lain: Neuro Protect Menyokong Kesihatan Kognitif Dihasilkan berdasar...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

Top 7 Makanan Anti Penuaan Yang Anda Perlu!

Siapa yang nak cepat tua kan? Walaupun ia adalah sesuatu yang pasti akan dialami oleh setiap wanita di dunia ini. Untuk mencegahnya kita boleh melakukannya secara sederhana dengan beberapa jenis makanan anti penuaan yang sangat mudah untuk kita dapatkan .