Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kota buku

Portal Kota Buku Digital - Platform Perbukuan Terbesar

Portal Kota Buku Digital Malaysia merupakan sebuah platform perbukuan digital terbesar negara dibangunkan oleh PKB yang mengumpulkan keseluruhan ekosistem industri buku termasuklah penerbitan, penulisan, penterjemahan, jualan, dagangan dan pelbagai aktiviti perbukuan. Ia bertujuan memudahkan masyarakat secara amnya dan murid sekolah khususnya bagi mendapatkan akses kepada buku serta variasi bahan bacaan berkualiti dan terkini secara saksama dengan lebih efisien. Portal Kota Buku Digital Malaysia Perbadanan Kota Buku (PKB) ini merupakan sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Merchantrade Asia Sdn. Bhd. (Merchantrade) dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menawarkan pilihan kepada fungsi e-dompet ‘Merchantrade Money’ di sambil disaksikan oleh YBrs. Tuan Muhammad Kamil bin Abdul Munim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia baru-baru ini. Menerusi jalinan kerjasama str...