Skip to main content

Portal Kota Buku Digital - Platform Perbukuan Terbesar

Buku Digital

Portal Kota Buku Digital Malaysia merupakan sebuah platform perbukuan digital terbesar negara dibangunkan oleh PKB yang mengumpulkan keseluruhan ekosistem industri buku termasuklah penerbitan, penulisan, penterjemahan, jualan, dagangan dan pelbagai aktiviti perbukuan.

Ia bertujuan memudahkan masyarakat secara amnya dan murid sekolah khususnya bagi mendapatkan akses kepada buku serta variasi bahan bacaan berkualiti dan terkini secara saksama dengan lebih efisien.

Buku Digital

Portal Kota Buku Digital Malaysia

Perbadanan Kota Buku (PKB) ini merupakan sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Merchantrade Asia Sdn. Bhd. (Merchantrade) dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menawarkan pilihan kepada fungsi e-dompet ‘Merchantrade Money’ di sambil disaksikan oleh YBrs. Tuan Muhammad Kamil bin Abdul Munim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia baru-baru ini.

Buku Digital

Menerusi jalinan kerjasama strategik ini, pihak Merchantrade menyatakan komitmen untuk menyediakan kemudahan kewangan dan pembayaran menerusi tawaran pilihan kepada fungsi e-dompet ‘Merchantrade Money’ yang turut disertakan dengan Kad Prabayar Visa sebagai pemudahcara pembelian buku secara digital di platform Kota Buku Digital Malaysia.

Inisiatif ini juga akan memberi galakan kepada masyarakat amnya dan murid khususnya terhadap transaksi kewangan secara digital serta mewujudkan ekosistem baharu tanpa tunai di peringkat sekolah sejajar dengan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menerajui Dasar Pendidikan Digital.

Artikel Lain:Kenapa Keperluan Protein Sangat Penting

Penyediaan kemudahan kewangan secara digital melalui pilihan kepada fungsi e-dompet ini juga akan mewujudkan persekitaran pengurusan kewangan yang lebih efisien, telus dan tepat di samping meningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran industri buku.

Usaha ini juga akan menghasilkan bank data industri buku yang lebih signifikan dan tepat bagi mengenal pasti corak budaya pembacaan masyakarat Malaysia sekaligus memudahkan pihak Kerajaan dan penggiat industri buku untuk membuat keputusan dan menggubal dasar demi kemajuan industri buku negara.

Artikel Lain: Sunfeet International Selesaikan Masalah Kaki 

PKB amat berharap dengan penyediaan pilihan kepada fungsi e-dompet di portal Kota Buku Digital Malaysia ini akan membuka ruang pertimbangan untuk mengembalikan semula pemberian ‘Baucar Buku’ yang boleh ditambah baik pelaksanaannya melalui pemberian ‘e-Baucar Buku’ secara digital kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan diperluaskan kepada murid di sekolah untuk menggalakkan budaya pembacaan ke arah pembinaan masyarakat madani.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Mohd Khair bin Ngadiron, Ahli Lembaga Pengarah PKB; Puan Adibah binti Omar, Ketua Pegawai Eksekutif PKB; dan Encik Ramasamy K. Veeran, Pengarah Urusan Merchantrade.

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...