Peminat minuman The Indulgence dari Coolblog ini sudah pasti tidak lepaskan peluang untuk menikmati siri minuman ini.Apatah lagi, bersama dengan siri ini turut diperkenalkan Caramelicious Combo yang cukup enak dinikmati. The Indulgence merupakan salah menu Coolblog yang paling popular dan kaya dengan rasa serta kelazatan topping termasuk sos karamel, mousse keju, dan serbuk Lotus Biscoff. Untuk lebih membuatkan peminat mereka rasa teruja, Coolblog memberikan kelainan dengan penambahan Cookies & Cream Indulgence (baru) untuk kali ini. Bersama siri The Indulgence, Coolblog mengajak pelanggan setianya untuk menikmati Caramelicious Combo.Terdapat empat perisa menerusi siri minuman Indulgence ini iaitu Cookies & Cream Indulgence (new),Triple Coffee Indulgence,Lattecino Indulgence dan Choctiramisu Indulgence. Semua ini boleh menikmatinya sejak 13 April lalu. Di samping itu, anda boleh menikmati minuman kesukaan bersama dengan waffle yang disaluti dengan caramel masin, serta popcorn ...