Skip to main content

Posts

Showing posts with the label SINGLE SWIPE

ALYPH JALIN KOLABORASI DENGAN DATO’ SERI VIDA UNTUK SINGLE TERBARUNYA 'SWIPE'

Kemunculan ALYPH menerusi single terbaharunya ‘SWIPE’ bersama penampilan istimewa Dato’ Seri Vida(DSV) ternyata tidak sia-sia. Lagu tersebut berjaya mendapat sambutan yang luar biasa oleh pendengar terutama menerusi platform TikTok. Dalam tempoh yang singkat sahaja lagu ‘SWIPE’ trending! ALYPH, penyanyi rap berasal dari Singapura sememangnya lahir dalam keluarga yang begitu menghargai muzik dan seni.Mengorak langkah dengan kemuculan awalnya bersama kumpulan SleeQ. Selepas itu, dia bertatih sebagai artis solo dan juga penerbit yang bertuah kerana diberikan kepercayaan menghasilkan lagu-lagu untuk nama-nama ikonik termasuk Jeo Flizzow, Kaka Azraff, K-Clique, Zizan Razak, De Fam dan Adira. Lagu terakhir  terbitannya ialah untuk K-Clique berjudul Mimpi.Lagu itu mendapat sambutan hangat dalam arena hip hop Malaysia dan lebih 45 juta tontonan muzik video tersebut setakat ini. ALYPH juga turut memenangi anugerah Young Songwriter of the Year anjuran Composers and Authors Society of Si...