Skip to main content

ALYPH JALIN KOLABORASI DENGAN DATO’ SERI VIDA UNTUK SINGLE TERBARUNYA 'SWIPE'

Kemunculan ALYPH menerusi single terbaharunya ‘SWIPE’ bersama penampilan istimewa Dato’ Seri Vida(DSV) ternyata tidak sia-sia.

Lagu tersebut berjaya mendapat sambutan yang luar biasa oleh pendengar terutama menerusi platform TikTok. Dalam tempoh yang singkat sahaja lagu ‘SWIPE’ trending!

ALYPH, penyanyi rap berasal dari Singapura sememangnya lahir dalam keluarga yang begitu menghargai muzik dan seni.Mengorak langkah dengan kemuculan awalnya bersama kumpulan SleeQ.

Selepas itu, dia bertatih sebagai artis solo dan juga penerbit yang bertuah kerana diberikan kepercayaan menghasilkan lagu-lagu untuk nama-nama ikonik termasuk Jeo Flizzow, Kaka Azraff, K-Clique, Zizan Razak, De Fam dan Adira.

Lagu terakhir  terbitannya ialah untuk K-Clique berjudul Mimpi.Lagu itu mendapat sambutan hangat dalam arena hip hop Malaysia dan lebih 45 juta tontonan muzik video tersebut setakat ini.

ALYPH juga turut memenangi anugerah Young Songwriter of the Year anjuran Composers and Authors Society of Singapore (Compass) pada tahun ini.

ALYPH muncul kembali dengan ‘SWIPE’ yang menyentuh aspek harga diri dan keyakinan pada era percintaan menerusi aplikasi dan terpencil sekarang.Meskipun melodinya cukup pantas menangkap halwa telinga pendengar, ALYPH mengakui bukan tugas mudah melunaskannya: 

“Bukan senang nak jadi yakin setiap masa, jadi saya ingin hasilkan lagu yang mampu cetuskan rasa itu.” 

Bagi memberi gambaran realistik mengenai hal itu, dia menjadikan seseorang sebagai rujukan yang cukup tepat dan tidak munafik berdekad lamanya. Yakni beliau adalah usahawan dan selebriti jutawan Datuk Seri Vida (DSV). Ramai tahu, beliau sering mendapat liputan, dan tidak pernah gagal menjentik khalayak untuk bercakap mengenainya.

“Saya inginkan seseorang yang langsung tak malu jadi dirinya dan pada masa sama, punyai luka silam serta kejayaan depan mata. Beliau sangat sempurna dengan karakter itu,” jelas ALYPH.

Frasa pernah diucapkan DSV juga menjadi pembuka lagu terbabit dan bertepatan dengan alur semangatnya. “Asalkan kamu ada hala tuju, apa nak kisah?” 

Muzik Video Yang Cukup Kreatif

Muzik video lagu berkenaan juga sekali gus cukup menarik, mendapat sentuhan pengarah kreatif dan pejuang kebudayaan Shahrin Bahar yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan ramai rakan hip hop seangkatan ALYPH.

Keluar dari kepompong lebih suka bekerja sendiri, ALYPH perlu akur untuk berikan laluan kepada Shahrin berkarya ikut kreativitinya. 

Menurut Shahrin, muzik video itu diinspirasikan daripada visi dan pesona ALYPH menerusi warna-warna terang, kata kunci yang padu, suntingan pantas, dan kejutan lain, agar lebih menghiburkan untuk tontonan peminat.

‘SWIPE’ adalah sebuah platform untuk ALYPH menonjolkan dirinya sebagai artis prolifik, pamer elemen yang sinonim dengan visi dan pesonanya,” kata Shahrin.

“Saya sudah terbiasa selalu mahu uruskan segalanya sendiri tapi kali ini ada idea yang tidak menjadi dan lain-lain,” akui ALYPH. “Itulah sebab saya belajar bekerja dengan sebuah pasukan besar untuk pastikan semua sepakat, termasuk DSV. Memang ia agak mencabar, namun sangat berbaloi.” 

‘SWIPE’ kini boleh dinikmati menerusi semua platform digital, manakala muzik videonya boleh ditonton di Youtube.

LIRIK LAGU SWIPE 

Aku ada type

Kalau aku like, aku like

Kalau tak

Aku swipe

Swipe

Aku ada type

Tak kisah, hype k  e tak hype

Kalau aku like, aku like

Kalau tak

Aku swipe

Swipe

Tak nak jaga hati

Lebih baik aku jujur

Dah banyak situasi yang ku mengalami

Biar takde yang ku kesali

Dulu diorang beritahu kena buat macam ni

Kalau tak, confirm takle pergi

Bila aku tak dengar

Mereka kata ego tinggi

Tak pandai bawak diri

Korang boleh pergi m-

Baby, aku ada type

Kalau aku like, aku like

Kalau tak

Aku swipe

Swipe

Aku ada type

Tak kisah, hype ke tak hype

Kalau aku like, aku like

Kalau tak

Aku swipe

Swipe

‘Ngada-ngada

Bagi secubit nak segenggam’

Diam

Skarang aku nak segalanya

Amacam?

Cabaran

Buat kebaikan masa depan, kau kena letak jawatan

Amacam?

Aku nak susah kan hidup kau? Tak

Kau da terbiasa orang dengar cakap

Kau da leka, itu sebab kau stuck

Bagi otak, aku lap, aku wipe

Bagi lega, lega

Lega lega lega lega lega

Kau dibebas dera

Kau dapat nikmati warna Senja (Ooouuu)

Itu aku Like

Pada hujung hari

Aku susun sepuluh jari

Moga yang tak bersetuju akan buka hati

Psyche!

Korang boleh m-

Aku ada type

Kalau aku like, aku like

Kalau tak

Aku swipe

Swipe

Aku ada type

Tak kisah, hype ke tak hype

Kalau aku like, aku like

Kalau tak

Aku swipe

Swipe

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...