Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sakit

8 PENYEBAB GIGI TERASA NGILU BILA MAKAN AIS KRIM DURIAN

TERINGIN NAK MAKAN AIR KRIM DURIAN YANG SEDANG VIRAL SEKARANG. MALANGNYA RASA NGILU GIGI YANG MENCUCUK MEMBUATKAN KITA TAK BERANI MENYENTUHNYA. BUKAN ITU SAHAJA, GIGI TERASA NGILU KETIKA MENIKMATI MAKANAN DAN MINUMAN PANAS ATAU MASAM JUGA. APA PUNCANYA GIGI TERASA NGILU NI?   Gigi sensitif adalah antara penyebab gigi ngilu. Penjagaan gigi sensitif perlu dilakukan  untuk menjaga gigi supaya tidak menjadi terlalu ngilu apabila kita menikmati makanan ataupun minuman kegemaran.   Masalah gigi sensitif lebih mudah menyerang wanita berusia 40 tahun ke atas. Penyebabnya adalah kerana lapisan enamel yang kian menipis seiring dengan pertambahan usia serta penurunan gusi dan terbukanya dentin (satu lapisan di bawah enamel).   Rasa ngilu yang berkaitan dengan sensitiviti juga biasanya terjadi dalam saraf gigi. Pembentukan lapisan email gigi yang kurang sempurna  juga boleh membuatkan gigi sensitif. Sisa-sisa makanan yang menebal di kawasan pertemuan gigi juga boleh menimbulkan rasa ...

DIET SEIMBANG ALKALI DAN ASID UNTUK ELAK SAKIT

BILA DISEBUT TENTANG DIET SEIMBANG, KITA SERING MEMIKIRKAN PIRAMID MAKANAN SAHAJA SEPERTI LEMAK, KARBOHIDRAT, PROTEIN, VITAMIN DAN MINERAL. SEBENARNYA ADA LAGI GARIS PANDUAN PENTING IAITU DIET SEIMBANG ALKALI DAN ASID.   Makanan yang dimakan bukan untuk kenyang saja. Kita perlu kenal sifat makanan itu apabila kita makan. Ia dikatakan asid dan alkali tidak semestinya kerana ia makanan masam seperti sitrus dan limau.   Sesuatu makanan itu dikatakan berasid atau beralkali ialah apabila dicerna, makanan tersebut meninggalkan kesan sama ada asid atau alkali dalam tubuh. Makanan berasid meninggalkan atom hidrogen yang menyebabkan kesan asid dalam tubuh.   Begitu juga dengan bahan makanan yang meninggalkan kesan alkali yang meneutralkan pH atau meningkatkan pH. Makanan alkali akan mengurangkan kesan asid dalam badan anda. ADAKAH PENTING DIET SEIMBANG ASID-ALKALI INI? Ya, sangat penting kerana ia memberi kesan besar kepada kesihatan. Darah kita adalah sedikit beralkali, pH 7.4 d...

JAGA-JAGA! 6 PENYEBAB SERTA BAHAYA BILA JERAWAT DI KETIAK

JERAWAT  BOLEH TUMBUH DI MANA-MANA SAHAJA BAHAGIAN BADAN TERMASUKLAH JERAWAT DI KETIAK!   Munculnya jerawat di ketiak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya berpunca dari bulu ketiak yang tumbuh ke dalam ataupun disebabkan teknik mencukur bulu ketiak yang salah.   Elakkan menggosok dengan kuat atau kasar pada bahagian bulu yang tumbuh ke dalam pada ketiak kerana ia boleh menyebabkan peradangan. Keadaan ini membuarkan sel-sel kulit pada ketiak sukar mengelupas kerana bulu-bulu yang telah tersekat di dalam permukaan kulit ketiak.   Jadi, jika kita mengalami masalah jerawat di ketiak sebaiknya menggosok atau menyental lembut bahagian ketiak yang terasa gatal itu dengan kain basah sebanyak dua kali sehari.   Sekiranya jerawat di ketiak tersebut terasa sakit, gatal dan berdarah serta tak kunjung sembuh juga sekian lama, dapatkan rawatan doktor bagi memastikan status jerawat atau benjolan tersebut.   Ada kemungkinan ia bisul ( boil) atau pun ketumbuhan lain...

6 PENAWAR SAKIT KEPALA ATAU MIGRAIN PALING MUJARAB

TENTU RAMAI DI ANTARA KITA YANG KERAP DISERANG SAKIT KEPALA ATAUPUN MIGRAIN. JADI, DIKONGSIKAN BEBERAPA PENAWAR SAKIT KEPALA PALING BERKESAN UNTUK MEREDAKAN KESAKITAN TERSEBUT.   Sakit kepala atau migrain yang dialami adakalanya disertai dengan rasa tak sedap badan seperti demam, hipertensi, kurang darah dan kelesuan.   Jadi, selepas ini kalau kita diserang sakit kepala atau migrain yang disertai dengan rasa berdenyut-denyut, cubalah minum minuman yang dipercayai mampu menjadi penawar sakit kepala.   6 JENIS MINUMAN BOLEH DIJADIKAN PENAWAR SAKIT KEPALA   TEH HALIA Sejak dahulu lagi teh halia dianggap sebagai ramuan semulajadi untuk meredakan sakit kepala.   Kita hanya perlu minum air teh halia ini secara teratur apabila mengalami sakit kepala. Di samping mengurangkan sakit kepala, minum teh halia juga mampu mengatasi rasa loya ataupun ingin muntah.   TEH HIJAU Teh hijau memiliki banyak khasiat dan salah satunya mampu menjadi penawar sakit kepala.   Kan...

8 SOLUSI UNTUK MELEGAKAN SAKIT PERUT MEMULAS ATAU SENSITIF

DI ANTARA KITA PASTI PERNAH MENGALAMI KEADAAN DI MANA PERUT MEMULAS SECARA TIBA-TIBA. SAKITNYA HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAHU! Penyebab perut memulas biasanya disebabkan masalah penghadaman. Salah satunya adalah kerana makanan yang kita ambil. Makanan yang terlalu pedas atau masam boleh membuatkan kita mengalami masalah perut memulas atau perut sensitif ini. Ada juga yang mengalaminya disebabkan pengambilan susu. Rasa perut memulas yang normal merupakan rangsangan untuk segera membuang air besar, membuang air kecil, sendawa ataupun kentut (membuang angin). Lebih baik jika kita mengenali penyebabnya dan adakah perut memulas itu sesuatu yang normal ataupun tidak normal yang boleh menyebabkan suatu penyakit. UNTUK MENCEGAHNYA TIDAKLAH SESUKAR MANA, BERIKUT INI 6 TIP YANG BOLEH DILAKUKAN SUPAYA PERUT TIDAK MEMULAS LAGI. 1. ELAKKAN MAKAN TERGESA-GESA Semakin lama kita mengunyah makanan, semakin baik makanan akan dihadamkan. Usus dan organ penghadaman lainnya akan memproses makanan yang ma...

MATA SEMBAB. JANGAN-JANGAN BUAH PINGGANG KITA TAK BERFUNGSI DENGAN BAIK!

Tidur dah cukup tapi bangun-bangun tidur di pagi hari, mata sembab! Sebenarnya apa yang menyebabkan mata sembab? Biasanya penyebab mata sembab kerana tindak balas cairan atau edema ringan yang masih tergolong normal dan tidak berbahaya. Namun, kita juga patut tahu antara penyebab mata sembab atau bengkak ketika bangun hari ini ada kaitan dengan kesihatan badan kita. BERIKUT BEBERAPA PUNCA YANG MENYEBABKAN MATA SEMBAB DI PAGI HARI: PENGAMBILAN GARAM YANG BERLEBIHAN Kebanyakan pengambilan garam boleh menyebabkan edema atau pembengkakan di dalam badan. Jika badan kelebihan garam dan kekurangan cairan, maka badan akan mempertahankan diri supaya terhindar dari dehidrasi. Akibatnya mata jadi sembab. Makanan berpengawet dan makanan segera biasanya mengandungi sodium atau geram yang tinggi. Jika kita menyedari pengambilan garam kita agak berlebihan, cuba imbanginya dengan memperbanyakkan minum air masak. Bagaimanapun, anda mungkin ingin tahu khasiat garam untuk tubuh . [btn text=”LIKE ...

6 TANDA AWAL KANSER PANGKAL RAHIM YANG PERLU KITA AMBIL KISAH!

Kanser pangkal rahim atau kanser serviks merupakan salah satu kanser yang menggerunkan dan boleh menyerang mana-mana wanita selain daripada kanser payudara! Kebanyakan punca dari kanser pangkal rahim ini disebabkan oleh virus yang bernama Human Papillomavirus (HPV).Mana-mana wanita, tak kira berapapun usianya asalkan pernah melakukan hubungan seksual berpontesi untuk mendapat kanser ini. Jadi, sebagai wanita kita perlulah sentiasa berwaspada dan tahu apa sahaja tanda-tanda awal kanser ini. Ia merupakan salah satu penyakit kanser yang paling banyak ditakuti oleh kaum wanita. Kanser pangkal rahim terjadi kerana adanya perubahan struktur sel pada rahim yang menjadi ganas dan menyebabkan kematian penghidapnya. Kanser ini menyerang pada bahagian organ peranakan kaum wanita iaitu di pintu rahim atau pintu masuk ke kawasan rahim. Bahagian yang sempit di bahagian bawah antara kemaluan wanita dan rahim. Kanser serviks memerlukan proses yang panjang iaitu antara 1- hingga 20 tahun untuk menjad...