Skip to main content

6 PENAWAR SAKIT KEPALA ATAU MIGRAIN PALING MUJARAB

TENTU RAMAI DI ANTARA KITA YANG KERAP DISERANG SAKIT KEPALA ATAUPUN MIGRAIN. JADI, DIKONGSIKAN BEBERAPA PENAWAR SAKIT KEPALA PALING BERKESAN UNTUK MEREDAKAN KESAKITAN TERSEBUT.

 

Sakit kepala atau migrain yang dialami adakalanya disertai dengan rasa tak sedap badan seperti demam, hipertensi, kurang darah dan kelesuan.

 

Jadi, selepas ini kalau kita diserang sakit kepala atau migrain yang disertai dengan rasa berdenyut-denyut, cubalah minum minuman yang dipercayai mampu menjadi penawar sakit kepala.

 

Sakit kepala atau migrain sering datang dengan demam, hipertensi, kurang darah dan kelesuan. Ketahui penawar sakit kepala di www.123mamanet.com

6 JENIS MINUMAN BOLEH DIJADIKAN PENAWAR SAKIT KEPALA

 

  1. TEH HALIA

Sejak dahulu lagi teh halia dianggap sebagai ramuan semulajadi untuk meredakan sakit kepala.

 

Kita hanya perlu minum air teh halia ini secara teratur apabila mengalami sakit kepala. Di samping mengurangkan sakit kepala, minum teh halia juga mampu mengatasi rasa loya ataupun ingin muntah.

penawar sakit kepala

 

  1. TEH HIJAU

Teh hijau memiliki banyak khasiat dan salah satunya mampu menjadi penawar sakit kepala.

 

Kandungan antioksidan dalam teh hijau akan merangsang sistem sarah dan mengaktifkan otak bagi mengurangkan stress yang menjadi punca sakit kepala.

 

Kandungan kafien di dalamnya juga dapat mengurangkan sakit kepala atau migrain yang dialami.

penawar sakit kepala

 

  1. TEH HITAM

Kandungan kafein yang terdapat pada teh hitam boleh dijadikan penawar sakit kepala.

 

Apabila kita mengalami sakit kepala, kita boleh minum air teh hitam yang dicampur dengan sedikit air perahan lemon agar khaisatnya boleh bekerja lebih efektif untuk melegakan sakit kepala.

penawar sakit kepala

  1. TEH PUDINA

Teh pudina berkhasiat untuk mengawal pengaliran darah dalam badan supaya boleh berjalan dengan baik.

 

Dari sinilah teh ini boleh menjadi penawar sakit kepala ataupun meredakan stress dan sakit kepala secara efektif.

 

Aroma dari pudina juga dapat mengawal pengaliran darah dan menenangkan  badan.

 

penawar sakit kepala

  1. KOPI

Kopi mampu menjadi penawar sakit kepala yang sedang dialami. Kafein yang ada di dalam kopi biasanya digunakan sebagai bahan utama untuk ubat-ubatan sakit kepala.

 

Sekiranya kita diserang sakit kepala pada siang hari, cubalah minum secawan kopi untuk meredakannya selain memanaskan sedikit badan kita.

penawar sakit kepala

 

  1. AIR SEJUK

 

Sakit kepala yang disebabkan oleh dehidrasi dapat diredakan dengan meminum air sejuk.

 

Minum segelas air sejuk ketika sakit kepala sangat berkesan untuk meningkatkan pengaliran darah ke otak sehingga mampu mengurangkan sakit kepala.

penawar sakit kepala

Semoga artikel mengenai 6 jenis minuman yang dapat meredakan sakit kepala ini bermanfaat kepada anda.

 

 

 

  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...