Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hamil

9 MAKANAN SIHAT UNTUK IBU MENGANDUNG DAN SI MANJA

Sepanjang kehamilan banyak perkara yan perlu kita berikan perhatian supaya kandungan terjaga dengan baik. Salah satunya, bab makanan sihat untuk ibu mengandung. Sebenarnya bukan semua makanan boleh kita santap!   Ada makanan yang disarankan dan tidak disarankan buat wanita yang sedang mengandung. Bagi anda yang sedang mengandung, informasi tentang makanan sihat untuk ibu mengandung ini perlu diberikan perhatian.   Berikut 9 Jenis Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung: 1. TELUR Sepanjang tempoh mengandung, pengambilan protein tidak sepatutnya kita hindari dari jadual pemakanan seharian. Protein diperlukan untuk pembentukan sel tubuh.   Cara paling mudah untuk mendapatkan protein adalah dengan menikmati telur. Di dalam telur mengandungi 12 vitamin dan mineral yang baik untuk ibu mengandung.   Di samping itu, kolin dalam telur juga dikatakan bagus untuk perkembangan bayi, otak dan sarafnya. 2. SUSU Pertambahan berat badan ketika mengandung membuatkan badan cepat penat, ter...

INI DIA PENYEBAB DAN CARA MENGATASI GATAL-GATAL PADA KULIT KETIKA MENGANDUNG

Gatal-gatal pada kulit ketika mengandung adalah perkara yang normal dan biasanya muncul di trimester ketiga (7-9 bulan). Gatal gatal pada kulit ibu mengandung biasanya terjadi di sekitar perut dan payudara. Ini disebabkan oleh perubahan hormon. Peningkatan hormone chorionic gonadotropin dan hormone estrogen sering menjadi penyebab utama timbulnya gangguan kesihatan ini. Regangan yang terjadi pada kulit disebabkan semakin membesarnya payudara dan perut juga boleh menjadi penyebab gatal-gatal pada kulit ibu mengandung. Namun, tidak semua ibu mengandung yang merasakan kegatalan ini. Masalah gatal-gatal pada kulit ibu mengandung biasanya muncul pada trimester ketiga kehamilan. Gejala ini akan terus menjadi parah seiring dengan perkembangan tahap kehamilan.  Apatah lagi, jika dibiarkan begitu sahaja. Rasa gatal tersebut akan jadi semakin menggila dan tentunya sangat menganggu aktiviti harian ibu mengandung. Rasa gatal ini berbeza-beza pada setiap ibu mengandung, dan kerap menyerang di k...

BAGUS RUPANYA KALAU IBU MENGANDUNG MAKAN JAGUNG REBUS. TAK PERCAYA, BACA NI!

  Suka makan jagung? Tak kiralah jagung rebus ataupun jagung bakar, asal namanya jagung memang favourite ! Keenakan jagung, terutama jagung rebus memang tidak mampu ditolak, termasuklah oleh para ibu mengandung. Ada bermacam-maca cara atau olahan untuk menikmati jagung, selain dari jagung yang direbus atau dibakar. Antaranya puding jagung, bubur jagung, sup jagung dan juga bertih jagung. Jagung termasuk dalam kategori jenis makanan yang tepat bagi ibu mengandung. Sebahagian dari ibu mengandung, terutama yang sering berasa mual atau loya ketika makan nasi telah menjadikan jagung sebagai makanan kegemaran pengganti nasi. Selain jagung boleh menjadi kudapan bagi ibu mengandung, jagung juga mempunyai beberapa nutrisi seperti mineral dan vitamin. BERIKUT BEBERAPA KEBAIKAN JAGUNG UNTUK IBU MENGANDUNG NUTRISI LENGKAP IBU MENGANDUNG Kandungan vitamin kompleks di dalam jagung berguna untuk kesihatan saraf. Jagung mengandungi banyak mineral seperti zat besi, selenium, mangan dan magnesium. K...

MINUM AIR KELAPA BAKAR LEBIH BAIK DARIPADA KELAPA MUDA? KETAHUI CARA MEMBUATNYA

Minum air kelapa muda adalah perkara biasa tetapi bagaimana pula dengan air kelapa bakar? Pernahkah anda terlihat di jalanan ada papan tanda yang tertulis kelapa bakar. Mamanet selalu nampak bila melalui jalan Kampung Subang. Bahkan mamanet tertanya-tanya, bagaimana rasanya air kelapa bakar dan apakah khasiatnya? Kelapa bakar merupakan kelapa muda yang melalui proses pembakaran pada tungku atau alat pemanggang lebih kurang 3 hingga 4 jam sehingga dipastikan air di dalamnya sudah mendidih. Manakala isi kelapa menjadi lekang dan lembut dan bercampur dengan air kelapa seperti sari pati. Sejukkan dulu air kelapa bakar itu sebelum diminum. Ketahui juga manfaat air kelapa muda. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] RAMUAN TAMBAHAN MENAMBAH LAGI KEENAKAN DAN KHASIAT AIR KELAPA BAKAR Bagi segelintir peminat  air kelapa bakar, mereka menambah manisan agar l...

12 MANFAAT AIR KELAPA BAGI KESIHATAN TUBUH BADAN YANG WAJIB ANDA TAHU!

Air kelapa memang tidak asing di kalangan penduduk beriklim Khatulistiwa. Ia 0 lemak, 0 kolestrol dan rendah kalori. Manfaat air kelapa pula bukan sedikit. Manfaat utama air kelapa ialah ia penuh dengan elektrolit untuk menghidrat dan mengembalikan tenaga anda selepas bersenam, hari yang panas atau keletihan kerana bekerja sepanjang hari. Air kelapa mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang dan 15 kali lebih banyak berbanding minuman energi di pasaran. Potassium membantu mengelakkan masalah tegang otot. Bagi air kelapa yang dibotolkan, mungkin telah ditambah dengan rasa, gula dan kalori. Sebaik-baiknya minumlah air kelapa segar sebagai alternatif kepada minuman tenaga atau minuman dalam tin yang lain. BACA: NAK LANGSING? KETAHUI 7 MINUMAN UNTUK KURUS! [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] MANFAAT AIR KELAPA BAGI KESIHATAN TUBUH ADALAH SE...

6 JENIS BUAH-BUAHAN UNTUK IBU MENGANDUNG DAN BAYI YANG SIHAT

Mana-mana ibu mengandung perlu mengambil makanan sihat bagi menutrisi bayi dalam kandungan.  Makanan sihat dikatakan sempurna jika dilengkapi dengan pilihan buah-buahan untuk ibu mengandung yang bernutrisi tinggi. Tambahan pula di saat kehamilan terutama ketika di trimester pertama, setiap ibu mengandung perlu mendapatkan pengambilan zat yang sempurna dari apa sahaja jenis makanan sihat termasuklah buah-buahan. Ini adalah kerana buah mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan sepanjang masa kehamilan.Namun tidak semua buahan-buahan elok dimakan oleh ibu mengandungi. BACA: 5 NUTRISI WAJIB ADA PADA IBU MENGANDUNG [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]   BERIKUT BEBERAPA JENIS BUAH-BUAHAN UNTUK IBU MENGANDUNG YANG PATUT DIKETAHUI: BUAH KURMA Buah kurma mengandungi serat yang tinggi, kalium, mangan, fosfor, besi, kalsium dan juga magnesium yang s...

KEKURANGAN KALSIUM UNDANG BAHAYA IBU MENGANDUNG DAN BAYI

Kalsium merupakan salah satu unsur penting yang wajib ada dalam menu makanan ibu mengandung sepanjang kehamilan. Kekurangan kalsium boleh mengundang bahaya kepada ibu dan bayi. Kalsium sangat bermanfaat untuk pertumbuhan tulang janin. Jika pengambilan kalsium sepanjang masa kehamilan tidak mencukupi, janin akan mula mengambil kalsium dari tulang ibunya, sehingga membuatkan si ibu berisiko terkena osteoporosis . Kalsium boleh didapati dari makanan yang dinikmati pada setiap hari. Antara makanan yang kaya dengan kalsium ialah produk susu, daging, sayur-sayuran hijau, ikan salmon, buah-buahan kering, kacang-kacangan, bijirin dan telur. Bagi ibu mengandung yang vegetarian boleh memperoleh kalsium dari sumber kalsium non -haiwan atau suplemen kalsium. Pada tempoh kehamilan, kalsium sangat diperlukan terutama di trimester kedua dan ketiga. Ini adalah kerana pada ketika ini janin mula berkembang dengan pesat berbanding sebelumnya. Kepantasan pertambahan berat badan bayi juga akan meningkat. J...