Skip to main content

Posts

Showing posts with the label ibu bapa

5 MAINAN KANAK KANAK YANG MAMPU MERANGSANG KECERDASAN OTAK ANAK

SELAIN BELAJAR, KECERDASAN OTAK ANAK JUGA BOLEH DIASAH MENERUSI PERMAINAN. PASTIKAN KITA MEMILIH MAINAN KANAK KANAK YANG TEPAT DAN MAMPU MERANGSANG KEMAMPUAN OTAKNYA!   Sekarang ini ada banyak mainan kanak-kanak yang dibuat khas untuk meningkatkan kecerdasan otak anak. Jadi, kita sebenarnya tidak susah untuk memilihnya.   Perkembangan otak terjadi pada setiap peringkat atau tahap usia anak. Ketika bermain, anak akan mempelajari pelbagai perkara baru dan ini merupakan perkara penting untuk menstimulasikan kecerdasan serta tahap perkembangannya.   BERIKUT ANTARA MAINAN KANAK-KANAK YANG DIPERCAYAI DAPAT MENUNJANG KECERDASAN OTAK ANAK:   FLASH CARD Flash card dipercayai sangat efektif untuk membuatkan anak-anak berkembang dengan lebih bijak.   Flash card adalah antara mainan kanak-kanak yang sangat bagus, bermain sambil belajar. Melalui gambar yang tertera di flash anak dapat mengenal huruf, angka, warna, bentuk, haiwan dan sebagainya.   Bermain dengan flash c...

MENGAPA ANAK ANDA GUGUP DAN KURANG KEYAKINAN DIRI APABILA BERADA DI KHALAYAK RAMAI?

ANDA MUNGKIN TERKILAN BILA LIHAT ANAK ORANG LAIN SEGAK DI PENTAS BERPIDATO DENGAN TAHAP KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI SEDANGKAN ANAK ANDA MENYOROK DI BELAKANG PINTU. Menurut Dr. Laura Markham ( PsychologyToday ), “Hanya 30% daripada kanak-kanak berumur 4 tahun boleh mengurus emosi, kebimbangan dan debaran mereka.” Secara umumnya, kebanyakkan kanak-kanak sememangnya kurang mempunyai keyakinan diri. Mereka tidak mampu mengawal dirinya dan takut ketika berada di depan orang ramai. Bagaimanapun, kanak-kanak yang mampu belajar untuk menguasai diri akan menjadi lebih berani bila dewasa kelak. Dalam masyarakat serba pantas, semua benda di hujung jari. Kanak-kanak dilahirkan ke dunia yang orangnya tidak perlu menunggu lama tetapi cepat panas darah. Mereka seolah-olah tidak mampu mengawal diri. Misalnya memaki orang lain dari dalam kereta atau pun mendera pembantu rumah dan kanak-kanak. Kanak-kanak diajar agar lebih pentingkan diri berbanding prihatin pada orang lain. Mereka diarah agar...

ANAK LANGSUNG TAK MINAT MEMBACA BUKU? CUBALAH 5 TIP MUDAH INI, MANA TAU MENJADI!

Bagi yang minat membaca buku sudah pasti merasakan aktiviti ini cukup menyeronokkan! Banyak perkara yang boleh kita peroleh dari  membaca buku. Bagaimana pula ya kalau anak-anak kita langsung tak minat membaca buku. Aduhai… apa yang perlu kita lakukan? Sebagai ibu, sudah pasti kita akan berasa resah dan bimbang apabila menyedari si kecil kesayangan kita tidak minat membaca buku. Apatah lagi, kita sedia maklum bahawa buku adalah sumber ilmu. Apa akan jadi jika mereka tidak suka membaca buku? Ketahui Rahsia 7 Cara Merangsang Otak Bayi Agar Pintar. [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] BERIKUT BEBERAPA CARA YANG BOLEH KITA LAKUKAN SUPAYA ANAK MINAT MEMBACA BUKU: BIARKAN ANAK PILIH BUKU YANG DISUKAI Biarpun anak telah belajar teknik membaca di tadika dan sebagainya, teruskan kebiasaan kita untuk membaca bersama-samanya. Biarkan dia memilih buku-buku ke...

CARA MEMANDIKAN BAYI YANG BARU LAHIR DENGAN PENUH YAKIN

Bukan semua pasangan yang baru menimang cahaya mata tahu cara memandikan bayi yang baru lahir. Biarpun pada awalnya kita mungkin agak ragu-ragu dan takut untuk melakukannya, namun sebagai orang tua kita perlu belajar bagaimana cara memandikan bayi baru lahir dengan selamat. Melalui tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka yang lebih berpengalaman, memandikan bayi baru lahir ini boleh menjadi momen yang cukup indah. Lagipun aktiviti ini merupakan salah satu cara yang dapat mengukuhkan ikatan kasih antara kita dengan si comel.Bayi tentunya akan berasa selesa dan selamat dengan belaian kasih sayang daripada kita. BACA: CARA MENYUSUKAN BAYI DENGAN BETUL DAN SELESA [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”] Sebelum memandikannya, kita perlu menyiapkan beberapa peralatan terlebih dahulu. Antaranya: Besen kecil atau tub mandi bayi. Mandian (pilih yang sedikit b...

LIDAH PUTIH PADA BAYI, SISA SUSU ATAU INFEKSI KULAT?

Cubalah lihat permukaan lidah bayi anda, ada kesan putih-putih pada lidahnya? Biasanya lidah putih yang terdapat pada bayi disebabkan kerana bayi mempunyai milky coating iaitu sisa-sisa susu yang membentuk lapisan putih pada permukaan lidah. Milky coating lebih jelas kelihatan apabila bayi kita kerap meminum susu. Perkara ini adalah normal, tak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana lidah putih pada bayi bukanlah kulat. Lapisan putih pada lidah bayi akan menghilang dengan sendirinya nanti apabila selalu dibersihkan. Cuma kita perlu alert jika kesan putih tersebut tidak hanya terdapat pada lidah, sebaliknya merebak ke bahagian lain. Boleh jadi si comel kita terkena infeksi kulat. Trush atau infeksi kulat pada mulut terjadi kerana kesan-kesan putih menebal atau seperti berbulu. BACA: CARA ATASI MASALAH BAYI SEMBELIT [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank...

Kepentingan Keluarga Bahagia Perlu Anda Tahu

Kepentingan Keluarga Bahagia memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Saat Ramadan dan menjelang Syawal merupakan waktu paling kritikal seseorang memerlukan keluarga.

Lampin Kain Vs Lampin Pakai Buang

Baru-baru ini, Komuniti Ibu Bapa Pengguna Lampin Kain Malaysia bersama-sama dengan organisasi antarabangsa, Real Diaper Association telah menganjurkan acara antarabangsa tahunan menukar lampin kain, kali keenam di The School by Jaya One.