Skip to main content

MENGAPA ANAK ANDA GUGUP DAN KURANG KEYAKINAN DIRI APABILA BERADA DI KHALAYAK RAMAI?

ANDA MUNGKIN TERKILAN BILA LIHAT ANAK ORANG LAIN SEGAK DI PENTAS BERPIDATO DENGAN TAHAP KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI SEDANGKAN ANAK ANDA MENYOROK DI BELAKANG PINTU.

Menurut Dr. Laura Markham (PsychologyToday), “Hanya 30% daripada kanak-kanak berumur 4 tahun boleh mengurus emosi, kebimbangan dan debaran mereka.”

Secara umumnya, kebanyakkan kanak-kanak sememangnya kurang mempunyai keyakinan diri. Mereka tidak mampu mengawal dirinya dan takut ketika berada di depan orang ramai. Bagaimanapun, kanak-kanak yang mampu belajar untuk menguasai diri akan menjadi lebih berani bila dewasa kelak.

Dalam masyarakat serba pantas, semua benda di hujung jari. Kanak-kanak dilahirkan ke dunia yang orangnya tidak perlu menunggu lama tetapi cepat panas darah. Mereka seolah-olah tidak mampu mengawal diri. Misalnya memaki orang lain dari dalam kereta atau pun mendera pembantu rumah dan kanak-kanak.

Kanak-kanak diajar agar lebih pentingkan diri berbanding prihatin pada orang lain. Mereka diarah agar menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Bahka sentiasa dipaksa menjadi nombor 1.

Akhirnya, ketegangan dan stress berlaku. Ada kanak-kanak yang sanggup membunuh diri hanya kerana tidak berjaya mendapat A dalam peperiksaan. Memang menyedihkan. Inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat sekarang.keyakinan diri

BAGAIMANA MEMBINA KEYAKINAN DIRI ANAK?

  1. Menjadi Role Model

Anda adalah  role model terbaik anak. Dia akan memerhati dan mengambil isyarat bagaimana anda bertindak dalam satu-satu situasi. Adakah anda sering hilang sabar, cepat panas baran atau sering mencari gaduh dengan orang lain? Berfikirkah sejenak, anak sebenarnya banyak meniru sikap anda sendiri.

Tunjukkan sikap yang baik seperti bersopan, rajin dan gigih berusaha tidak kira di mana pun anda berada.

keyakinan diri

  1. Membina Kepercayaan

Mungkin anda sudah terbiasa untuk tidak memuji anak di depan orang lain. Misalnya bila jiran puji anak anda yang hidangkan air. Anda akan jawab, “Alah, itupun kena suruh. Kalau tak suruh, tak buat.” Hal ini menyebabkan hati anak terguris dan tidak bersemangat untuk membantu anda lagi.

Lebih teruk kalau anda ceritakan segala keburukannya pada jiran, rakan atau ahli keluarga yang lain. Anak akan hilang keyakinan diri dan mula bersikap negatif sebagai tanda protes pada sikap anda. Hormatilah perasaan anak. Jika anda tidak suka orang mengata anda, anak pun sama.keyakinan diri

  1. Tepati Masa

Masa itu emas. Ajari anak bersiap sedia terlebih awal dan tepati masa. Persediaan awal akan mengelakkan masalah kelewatan atau ketinggalan sesuatu. Keyakinan diri akan terhasil apabila kita berada dalam keadaan siap siaga dan tidak kelam kabut.

  1. Setiap Hasil Datang daripada Usaha

Ajari anak tentang ilmu menuai hasil. Ceritakannya mengenai proses kehidupan organik. Segalanya perlu bermula dan A-Z. Misalnya kejayaan adalah hasil daripada usaha yang berterusan. Bahkan nasi dihasilkan daripada padi yang disemai dan dituai lalu diproses menjadi beras sebelum ditanak menjadi nasi.

Bagitu juga jika mahu makan ayam, perlulah dieramkan telur ayam lalu menjadi anak ayam dan diberi makan hingga besar dan sihat. Selepas itu barulah disembelih dan dimasak.

Apabila anak faham akan konsep ini, maka keyakinan diri dapat meningkat kerana dia faham proses.keyakinan diri

  1. Berani kerana benar dan sedia terima hukuman jika bersalah

Memarahi anak dengan kasar dan melulu apabila dia melakukan kesalahan bukanlah satu perkara yang wajar. Benda sudahpun terjadi.  Paling penting, anda perlu bantu dia cari jalan penyelesaian.

Anak yang mendapat bimbingan dan sokongan penuh ibu bapa selalunya tidak akan banyak berahsia. Dia akan jadi lebih terbuka, yakin dan gemar berbincang dengan ibu bapa. Bahkan dia berani mengakui kesilapan dan sedia menerima sebarang hukuman.

  1. Berdoa

Tiada siapa yang lebih berkuasa melainkan Allah S.W.T. Galakkan anak berdoa dan solat kerana sebaik-baik pertolongan adalah daripada-NYA. Pembinaan jiwa dan keyakinan diri lebih kukuh jika ia berlaku dari dalam kalbu.

Anak yang kuat jiwanya, tidak akan mudah goncang dengan tekanan, godaan atau cabaran. Dia akan membesar menjadi individu yang punya keyakinan diri kukuh.

Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook

Anda Mungkin Ingin Tahu 4 Permainan Pertama Anak Untuk Merangsang Otaknya

[btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

Comments

Popular posts from this blog

UNIVERSITI PERUBATAN ANTARABANGSA(IMU) TERIMA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA BERPRESTIJ DALAM PENDIDIKAN

Belakang (dari kiri): Prof Er Hui Meng (Dekan, Pengajaran & Pembelajaran), Prof Abdul Aziz Baba (Naib-Canselor),  Prof Vishna Devi Nadarajah (Pro Naib-Canselor, Pembangunan Institusi & Antarabangsa).  Depan (dari kiri): Dr Wong Pei Se (Dekan Bersekutu, Pengajaran & Pembelajaran), Dr Norul Hidayah (Pensyarah Kanan, ICE), Siti Suriani Binti Abdul Razak (Pensyarah, ICE)   Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), universiti perubatan dan sains kesihatan swasta pertama yang terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menerima pengiktirafan antarabangsa atas usahanya dalam pembangunan fakulti daripada AMEE, iaitu Persatuan Antarabangsa untuk Pendidikan Perubatan. Sebuah organisasi yang diiktiraf di peringkat global, AMEE dianggotai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dari lebih 90 negara di lima benua dan mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan profesion kesihatan melalui perkongsian amalan terbaik, sokongan, rangkaian, penyelidikan dan pembangunan profesional.  Anugerah Kec...

RANGKAIAN PRODUK MUSTELA BANTU HILANGKAN STRETCH MARK SEMASA MENGANDUNG DAN BERSALIN

Sewaktu mengandung atau kehamilan dan selepas bersalin sudah pasti ramai ibu yang mengalami masalah tanda regangan atau stretch mark. Semakin besar kandungan, semakin banyaklah kesan regangan yang berlaku. Tanda stretch mark ini boleh dilihat pada bahagian perut, paha, dada dan juga bawah lengan. Biasanya ketika wanita mengandung tahap hormone dalam badannya akan meningkat seperti ekstrogen dan testeron, yang mana akan menyebabkan kandungan kolagen pada kulit menjadi rendah. Wajib ada! Produk Mustela mampu selesaikan masala stretch mark yang kerap dialami oleh para ibu mengandung Produk kehamilan dan bersalin Mustela direka khas untuk kulit ibu yang tertekan akibat kehamilan dan penyusuan, membantu mengekalkan keanjalan serta kulit yang kekal berseri. Akibat kesan regangan kepada kulit yang dehidrasi dan mengelupas, biasanya kulit akan bertukar warna keperangan, kelihatan satu garisan merekah serta nampak berkedut. Sungguh nampak tak lawa, kan? Tak mustahil kita akan jadi kurang senang...

KLUANG RAILCOFFEE & GUNUNG LAMBAK, TEMPAT MENARIK DI KLUANG WAJIB PERGI

Daerah Kluang, Johor sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Kluang Rail Coffee dan Gunung Lambak adalah tempat menarik yang menjadi destinasi terakhir penjelajahan team Colours of Lives Travelogue Malaysia.   Apa yang pasti, sambil menyelesaikan misi dan tugasan hari terakhir, kami berpeluang menikmati keindahan yang ada daerah Kluang, Johor ini.   Kluang RailCoffee Jadi Pilihan Tempat Menarik Pelbagai Bangsa Jika dah sampai ke Kluang, rugi rasanya jika tidak singgah ke Kluang RailCoffee. Di Kluang sahaja, terdapat tiga cawangan Kluang Rail Coffee. Manakala satu cawangan lagi di Mersing. Kluang Rail Coffee yang kami singgah ini adalah yang masih utuh bertahan sejak 70 tahun lalu. Lokasinya betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi Kluang. Kalau bernasib baik dan kena pada waktunya, memang kita boleh tengok kereta lalu dan orang naik turun keretapi di sini. Orang yang datang atau singgah ke restoran kopitiam ini punyalah ramai dan berb...