Khasiat labu kuning terlalu banyak. Selain mengandungi banyak nutrisi penting seperti vitamin A,B,C dan beta karoten, labu kuning juga termasuk dalam jenis buah yang rendah kalori, namun kaya dengan serat. Labu kuning elok buat bayi, terutama setelah bayi berusia enam bulan ke atas. Kandungan nutrisi dan khasiat labu kuning serta teksturnya yang lembut memang sesuai buat bayi. Untuk bayi, kita boleh memberikannya puri labu kuning. Ia boleh dicampur dengan buah-buahan, daging ayam ataupun jenis sayur-sayuran lainnya. Boleh juga diresbus, dikukus atau dipanggang dengan pelbagai variasi masakan. Selain itu, boleh juga dibuat pancake , pie ataupun kudapan ringan yang sangat berkhasiat untuk anak-anak dan juga keluarga anda. BERIKUT BEBERAPA KHASIAT LABU KUNING YANG PATUT DIKETAHUI: BETA KAROTEN Kandungan beta karoten yang banyak sangat bagus untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit hati. Di samping itu, warna kuning merupakan ciri khas yang menandakan labu ini mengandungi zat karoten...