SETIAP orang diberikan kesempatan yang terbaik buatnya untuk hidup. Sama ada singkat atau lama, itulah yang telah tercatat di Luh Mahfuz. Terpulang pada kita semua sama ada mahu hidup lebih baik atau sebaliknya. Kita turut diingatkan agar berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Alangkah indahnya jika sebelum pergi kita dapat tinggalkan sebuah legasi buat anak-cucu dan generasi baru seperti yang dilakukan oleh Randy Pausch ini. Randy Pausch, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University dan pesakit kanser pankreas. Sebelum meninggal pada 2008, dia telah menulis buku “The Last Lecture” pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan. Dalam surat Randy Pausch kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, “Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik” untuk isteri dan anak-anaknya. Perhatikan betul-betul bahawa tidak ada satu pun disebut tentang kehebatan metarial dalam 30 pesanannya. Jadi, jika and...